Wednesday, July 22, 2009

"Miliki" Michael Jackson

Tak lama lagi Ogos bakal menjelma, cepatnya masa berlalu! Sedar tak sedar, Raja Pop Dunia - Michael Jackson dah hampir sebulan meninggalkan kita. Biarpun banyak spekulasi dan kontroversi di sebalik dan selepas pemergiannya, but his music lives on. Pasti ramai antara kamu yang membesar dengan lagu2 hebatnya. My personal favourite is The Way You Make Me Feel, boleh ulang dengar banyak2 kali. Tak jemu langsung.
And now, Cosmo nak bagi peluang kepada pengunjung blog ini untuk memenangi album kompilasi lagu2 hebat Michael Jackson yang terbaru edaran Sony Music Malaysia! Caranya cukup "kacang". Siapa boleh lengkapkan sebaris lirik lagu di bawah akan dihubungi Cosmo untuk mendapatkan album fantastik ini...

1) Just beat it, beat it, beat it, beat it, no…………………………….

2) Billie jean is not my lover, she’s……………………………..

3) Cause this is thriller, thriller night, and…………………..

Senangnyaaa...cubalah! Kita lihat siapa peminat MJ paling gempak!!

Love, Anida.

Tuesday, July 21, 2009

Fara Fauzana Editor Baru Cosmo??

Terkejutkah? Memang TIDAK benar, tapi yang sebenarnya - Fara Fauzana menjadi editor jemputan untuk isu Ogos ini. Bila Cosmo team mintak Fafau menulis, bukan main laju lagi dia membalas. Lihatlah sendiri hasil nukilannya pada ruangan Editor's Note (FYI, Izza masih bos kami ya..hehe) dan Cover Story. Sampai hati juga Fara ni "menyalahkan" Cosmo kerana buatnya gila fesyen. "Masalahnya," ramai je gadis Cosmo lain yang mula menggilai fesyen paparan setiap bulan, betul tak? Fara juga sempat memilih produk kecantikan diminatinya dalam Editor's Pick, dia sendiri rambang mata nak pilih idaman kalbu. Soon, Fara akan berkongsi her thoughts di blog ini. Nantikannya ya.

Yang ni...sewaktu Fafau berkunjung ke ofis Cosmo. Editor jemputan kenalah buat keje...Hehe..

Lagi yang menarik - ada cenderahati istimewa dari Herbal Essences, iaitu sampel conditioner Long Term Relationship, sesuai untuk gadis Cosmo berambut panjang. Memang hot!
Cerita hebat bulan ini:
* Dynas "membintangi" Cosmo fashion spread!! Cantik habis, siap bawa dia shoot di Singapura lagik. Lihatlah sendiri. :)
* Pelan Pikat Si Dia - macam mana ya nak tackle si dia tanpa kelihatan terlalu over atau jual mahal? Ada caranya...
* Periksa dirimu! Sama ada kamu jenis pendendam atau mudah memaafkan. Check out Youniverse Quiz ya.
* Perasan tak deretan poll yang kami letak di sini bulan lepas? Yang dijawab kamu tuuu...Hasil tinjauan pun kami paparkan dalam bulan Ogos ni.
* Dah plan untuk buka puasa di mana (this time next month dah puasa, wah!)? Ada senarai tempat best dengan pakej menarik sempena Ramadhan ni.
* Lebih meletup...! Macam2 produk L'oreal boleh kamu dapatkan secara percuma, kira hadiah Raya lah tu...
Apa lagi, cepat dapatkan isu Ogos dengan wajah Fara Fauzana tu ya. Rugi kalau terlepassssss...

love,
Anida

Wednesday, July 8, 2009

Lelaki Cosmo Idaman Kamu!

Assalamualaikum! Apa khabar Cosmo clans? Apa cerita minggu ni? Maybe ada di kalangan kamu yang masih bersedih dengan pemergian King of Pop, Michael Jackson. Cosmo team pun begitu, especially pagi ni selepas berpeluang menonton (sedikit, nak tengok ulangan malam ni) memorial service live di tv mlm tadi. (psst..Izza masuk bengkak mata pagi ni, ehem!) Bak kata John Mayer, a part of our childhood dah meninggalkan kita when he passed away. Sedih sungguh, and so true!
Anyways, we need bantuan kalian coz you guys matter most to us. Cosmo beri pilihan untuk kamu...siapa yang kamu nak lihat dipaparkan dalam ruangan Can't Take Our Eyes Off...? Berikan senarai kamu, manalah tahu ada yang "kena!" Kalau boleh, not the ones we have featured ya... Tak sabar nantikan jawapan kalian.

Love,
Anida

Tuesday, July 7, 2009

JOM! SERTAI BELLY DANCING BERSAMA IRMA HASMIE DAN TEAM COSMO!


COSMO MEET THE FANS SESSION kembali sekali lagi dan kali ini bersama cover girl Cosmo Julai, Irma Hasmie! Pembaca bertuah Cosmopolitan (dan seorang rakan) berpeluang sertai Belly Dancing serta beramah mesra bersama Irma secara percuma!

TEMPAT: CELEBRITY FITNESS, BANGSAR VILLAGE
TARIKH: JULAI 18, 2009 (SABTU)
MASA: 11.00AM-1.00PM

Untuk tempahan, sila hantarkan NAMA, NO KP, PEKERJAAN DAN NO TELEFON SERTA GAMBAR KAMU DAN RAKAN ke marketing@acpmagazines.com.my

Tempat adalah terhad. Aktiviti eksklusif ini hanya dibuka untuk tempahan terawal sahaja.

Wednesday, July 1, 2009

Jom! Sertai Pertandingan Melamar!


Sempena tayangan filem The Proposal, Cosmopolitan ingin mengajak kamu dan si dia
untuk menyertai Most Creative Marriage Proposal Contest anjuran Buena Vista Columbia
Tristar Films dan kamu berpeluang memenangi pelbagai hadiah hebat seperti yang tertera di bawah!

Hadiah Utama
● Gaun pengantin oleh Carven Ong ● Penginapan satu malam di Penthouse Suite, Le Meridien KL ● Bufet dinner di Latest Recipe ● Set wangian Salvatore Ferragamo ● Fotografi perkahwinan oleh Covershots kesemuanya bernilai RM15,325
Hadiah Kedua
● Gaun petang oleh Carven Ong ● Penginapan satu malam di Penthouse Suite, Le Meridien KL ● Bufet dinner di Latest Recipe ● Set wangian Salvatore Ferragamo ● Fotografi perkahwinan oleh Covershots kesemuanya bernilai RM13,925
Hadiah Ketiga
● Gaun petang oleh Carven Ong ● Penginapan satu malam di Royal Suite, Le Meridien KL ● Bufet dinner di Latest Recipe ● Set wangian Salvatore Ferragamo● Fotografi perkahwinan oleh Covershots kesemuanya bernilai RM7,225
Hadiah 40 Penyertaan Terawal
● Penginapan satu malam di Le Meridien KL● Bufet dinner di Latest Recipe ● Wangian Incanto Bliss 50ml ● Hadiah misteri dari Covershots serta Bridal Bouquet

Cara untuk menyertainya mudah sahaja; hanya klik pada link- http://www.gsc.com.my/theproposal/index.html dan isi borang tertera. 100 pasangan yang mempunyai proposal paling kreatif akan memenangi goodie bag bernilai RM1,300 setiap satu dan akan dijemput ke peringkat akhir pertandingan ini yang akan diadakan pada hujung bulan ini di mana kamu dan si dia akan diadili oleh para juri profesional!