Tuesday, October 27, 2009

Cosmo November 2009 Di Pasaran!

Elo, elo...Sorry sebab lama tak update, tapi Cosmo team sedang sibuk preparing upcoming issues, dengan events hujung tahun lagi nak kena prepare. But ofcourse, inilah dia buah tangan terbaru untuk kamu - COSMOPOLITAN ISU NOVEMBER 2009. Wajah depan kali ini; Juliana Evans yang nampak SO HOT, betul tak? Mungkin ada antara kamu yang sangka dia tak se-friendly selebriti lain. Haaaa...Cosmo berjaya korek sebabnya. Dan dia turut kongsi sesuatu mengenai kisah cintanya dengan Sam Bunkface tu. Juga mengenai pembabitannya dalam Gadis Melayu. Jangan lupa saksikan Final Gadis Melayu pada 5 November nanti ya. Kita lihat siapa yang menang...
Menarik isu ini, tentulah Anugerah Kecantikan Cosmopolitan (AKU 2009). Saksikan sendiri barisan produk terbaru yang telah dinobat pemenang kategori masing-masing. Dengan cara itu, kamu boleh nilaikan sendiri kehebatannya menerusi recommendation Cosmo. Barisan pemenang memang gempak habis.
Juga, Anugerah Fun Fearless Fabulous 2009 kembali menemuimu, kali ini 11 finalis disenaraikan. Terus ke halaman 61 untuk lebih mengenali gadis Cosmo yang masuk ke final. Dan, barisan Selebriti Fun Fearless Fabulous. Ada tiga kategori tambahan untuk jadikan anugerah ini lebih happening iaitu FFF Senyuman Menawan; FFF Pereka Muda dan FFF Pasangan Serasi. Antara muka baru masuk sebagai finalis tahun ini termasuk Dina (Era FM), Lisa Surihani, Marion Caunter, Shila OIAM, Aizat, Nabil, Henry Golding dan Mawi! What you need to do now is to VOTE! Selak ke halaman 68 untuk tanda pilihan (hati) mu. Dan kamu juga berpeluang untuk ke kemuncak anugerah itu nanti tau. Tunggu apa lagi....
Bagi yang sedang merancang untuk habiskan cuti tahunan, dalam isu yang sama Cosmo sertakan pelbagai tips, rencana dan paparan berkaitan termasuk fesyen dan kecantikan bila kamu nak melancong. Jangan lepaskan peluang memenangi kembara menarik ke Surabaya, Indonesia dengan penerbangan Malaysia Airlines.
Menarik, bukan? Cepat dapatkan Cosmopolitan terbaru ini untukmu. :)

Wednesday, October 14, 2009

Ada Aku Kesah? We Should Care


Of course nak kena ambil kisah. Cosmo tahu our readers semua pemurah dan penyayang plus its an opportunity untuk kamu berbakti. Tadi I pergi event Clarins We Care 2009. Dah 11 tahun Clarins buat "bende" ni dengan tujuan membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik.
Tahun ni Clarins cuba membantu kanak-kanak dari empat rumah kebajikan - with your help of course!
  • Agathians Shelter, PJ
  • Persatuan Anak-anak Yatim & Ibu Tunggal Kampung Medan, PJ
  • Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Rhema, Seremban
  • Vinashini Home, Seremban
Apa yang boleh kamu buat :
Bermula 1 November hingga 31 Disember 2009, beli "We Care Tumbler" yang sangat cute dengan harga RM12 (sahaja!) kat mana-mana outlet Clarins. Semua kutipan jualan akan disalurkan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini.

So girls, if you can afford to buy a bottle of perfume harga RM200.... apa sangatlah RM12.

Untuk maklumat lanjut go to www.clarinswecare.com.my

-Nana-

Friday, October 9, 2009

Think Pink Sepanjang Oktober


Sabtu lalu, Menara KL yang jadi kebanggan warga Malaysia telah digemerlapkan dengan sinaran merah jambu - menandakan permulaannya bulan kempen kesedaran barah payu dara. Cosmo tabik Estee Lauder Companies dengan kerjasama dengan Menara KL yang menyemarakkan usaha mengetengahkan kesedaran mengenai kepentingan mengesan barah payu dara awal. Kamu boleh lihat keindahan Menara KL diiluminasi rona pink ini selama empat minggu bermula Okt 3 lalu. Bukan setakat Menara KL saja yang menerima simbahan cahaya ini, Estee Lauder melakukan perkara sama kepada beratus-ratus bangunan, monumen dan landmark terkenal di 70 negara seluruh dunia! Wah...Memang hebat betul.



Sebagai pembukaan kepada iluminasi 2009, buat pertama kalinya Estee Lauder Companies menganjurkan Walk for World Pink yang menyaksikan lebih 1,200 rakyat Malaysia memberi sokongan padu kepada kempen hebat ini. Sambutan pada aktiviti ini punyalah tak berbelah bagi, kerana dalam masa tiga minggu saja penyertaan bukan main padat! Lihat sajalah betapa sportingnya para peserta yang seronok-seronok melukis wajah dengan simbol pink ribbon malah sanggup membuat bentuk simbolik itu beramai-ramai. Cantiknya!

Tuesday, October 6, 2009

Time to get creative girls!




Majolica Majorca(MJ) akan menyambut ulang tahunnya yang pertama bulan Oktober 2009 ini. Sempena itu MJ akan menganjurkan INTERACTIVE DESIGN COMPETITION. Ia telahpun bermula pada 1 Oktober lalu sehingga 30 NOV 2009.

Kamu yang berminat:

Pilih antara lima Chapter MJ yang ada sehingga kini iaitu *Chapter 20 - A Girl With Wings *Chapter 21 - I Am Gorgeous *Chapter 22 - Girly Erotica *Chapter 23 - Innocent Pleasure *Chatper 24 - Fairy Sadistic

Kamu hanya boleh memilih SATU sebagai tema rekaan dan upload hasil seni kamu ke dalam FACEBOOK, FRIENDSTER, atau BLOGSPOT.

Kamu boleh download imej serta borang penyertaan daripada laman web rasmi MJ. The materials(images on the 5 chapters) and entry form can be downloaded from MJ's official website. www.majolica-majorca.com

Peserta harus mengisi borang penyertaan dan hantarkan salinan hasil seni kamu ke SHISEIDO MALAYSIA sebelum 30 NOV 09.

Setiap pemenang kategori akan menerima:
1) Kotak hadian MJ buatan Jepun & produk bernilai RM 1000
2) Tunai RM 1000
3) Baucar tunai Watsons bernilai RM 1000.