Thursday, July 31, 2008

Minggu "Bergaji" Datang Lagi...

Sekitar minggu “gaji dah masuk”, inilah masanya nak tengok shopping mall penuh sesak. Tambahan pula kalau ada “sale” di sini sana. Selain terpengaruh dengan perkataan “SALE”, apa sebab kamu turut “tumpang sekaki” bersesak-sesak ke shopping mall untuk “melabur” juga “melebur”kan duit gajimu itu?

Adakah kamu bershopping sakan sebab:

  1. “Lapar Mata” tengok pelbagai fesyen dan poduk terkini di pasaran. Lagipun sejak dua minggu lalu, dah hampir 10 kali kamu masuk kedai yang sama, membelek dan mencuba baju yang SAMA ( tapi tertahan-tahan nak beli sebab duit kamu waktu tu tinggal “cukup-cukup makan” sampai tibanya hari gaji).
  2. “Gatal tangan” nak membeli walaupun beg dan baju yang ada bertimbun-timbun di rumah tu pun ada lagi belum sempat dipakai. Malah ada juga yang kamu sendiri tak tahu (atau buat-buat tak tahu) yang kamu memilikinya.
  3. Anggap ia sebagai “reward” untuk dirimu selepas sebulan “bertungkus-lumus” bekerja, dan ini masanya untuk kamu hadiahkan diri dengan sesuatu “berharga” – tidak kira sama ada ia kecil, besar, murah mahupun mahal.
  4. Ataupun kamu hanya bershopping barang yang “perlu” sahaja. Malah, kamu lebih rasa “bebas” jika separuh dari gajimu itu dihabiskan untuk membayar hutang yang “keliling pinggang” (at least tak payah pening kepala jawab call bila bank telefon mintak bayar hutang mengalahkan ceti!)

Jadi, kamu tergolong dalam kategori yang mana? Ayuh kongsi pendapatmu dengan Cosmo!

Regards,
; ) Zaiti

Wednesday, July 30, 2008

Hari Yang Biru

COSMO Team - (dua dari kiri) Nana, Yvonne, Zura, Nida, Laura bersama Stephanie (Beauty Editor CLEO, kiri sekali)


Pernah tak kamu ke pejabat dan lihat hampir semua (atau separuh) rakan sekerja "tiru" warna busanamu? Agak ngeri, bukan? That's what happened to us today, siap kena arah balik tukar baju lagik. Kalau ada, kongsikan dengan kami!!
love,
Anida :)

Fara Fauzana Rocks Cosmopolitan (Chelsea too!)

Alamak! Izza dah scoop I. Takpe, takpe. I scoop you balik bos. Hehehe...Fara called me ari tu and she was so happy to see the magazine. Seronok dengar dia dok ulang kata "I love it! I love it! Thank you!" Bukan main lagik, tapi memang the Cosmo Team sangat flattered dengan her sincerety. Tima Kacih Fafau, we "lap" u toooooo....
We are cooking something with Fara for you, once it is confirmed, pasti ada pengumuman besar-besaran on it. Dan, diharapkan you guys datang bagi support lah yer.




Anyways, another current story yang I nak kongsi - I dapat bergambar dengan MICHAEL BALLACK!! TQ Samsung (especially Annabelle, Chee Minh, Aniss) sebab bagi peluang Cosmo bertentang mata dengan the great players of Chelsea team masa training session. Besides bergambar, dapatlah his signature (asalnya nak guna kertas tu tulis Q&A lah konon, hampeh!). The truth is, I am not a big fan of football, tapi I tak kesal sebab dapat peluang jadi "manic fan" bila diberi peluang...wahahahaaaa...Keputusan game semalam, Chelsea menang 2-0. Takpe Malaysia, kira okehlah tu. We still love you!!

Love,
Anida

Tuesday, July 29, 2008

Temui The Fashionistas @ Bijou Bazaar!
















Ola everyone! Seronok betul Cosmobile di Bijou Bazaar Mei lepas. Semua orang datang dengan gaya tersendiri. The real Cosmo girls were there! Shopping sakan mereka di gerai2 yang menjual pelbagai benda menarik yang sukar didapati di tempat lain. Di samping mendapat naskah majalah Cosmopolitan Malaysia, mereka juga menerima pelbagai lagi goodie hebat FOC!

Teruja nak dapatkan hadiah hebat dan majalah Cosmopolitan percuma? Jangan risau kerana Cosmo bakal berada sekali lagi di Bijou Bazaar yang diadakan di Jalan Maarof Bangsar, Sabtu ini (2 August 2008 dari jam 3-4pm). Tapi sebelum tu pada hari yang sama team Cosmobile akan berada di Subang Parade dari jam 1.30pm hingga 2.30pm. Datang tau! Siapa cepat dia dapat! Stok terhad!

XOXO,
zura ahmad

Monday, July 28, 2008

What I've tried on this week...

Kamu bangun awal daripada sepatutnya hanya sebab nak peruntukkan masa untuk makeup? I know that's normal but believe it or not, I don't! wahahaah. Memang dah biasa, Beauty Writer Cosmopolitan ni jarang bersolek datang office. BUT, there's a good reason for that. I am also the type yang akan mencuba apa saja yang menarik, yang sampai ke meja yang semak ni. Head to toe, daripada hair serum, to makeup (Izza menjadi saksi mata ini bertukar biru dan bibir merah/shocking pink menjelang petang), nail colors(Anida's Silky Girl Quick Clean Nail Polish Remover is my favourite victim!) to scar creams (the neverending battle with chic pox scars!!!). Jadi its only natural saya ke pejabat dengan wajah "kosong", supaya senang nak cuba all the great new products so I can tell you what's hot and what's not. Well here's a few that made me go ooohh and aahhh....

aBiotherm Aquasource Moisturizing Balm protective Lip Care - great for really dry/chapped lips. Ada SPF8 and slightly shiny, bibir nampak sihat and soft.


aM.A.C Starflash Kohl Power in Mystery (rich black with green and teal pearl) - see how in one stroke you get a few different color effect.




aRMK Jelly X Powder Eyes - satu gel, satu powder but that's not why I love it. Warna-warna dia senangggggg nak pakai. You can't go wrong! try lah....

-Nana-


Sunday, July 27, 2008

Jakarta Fever!


Hello girls,


Tak habis penat lagi, baru balik dari Jakarta last week to attend Islamic Fashion Festival yang dijayakan oleh Datuk Raja Reza Shah. I was there with rombongan from Malaysia and dapat tengok banyak busana hebat from Datuk Tom Abang Saufi, Datin Sharifah Kirana, Calvin Thoo, Iszal Citra dan Albert King selain designer top Indonesia, Biyan dan Sebastian Gunawan. Gorgeous banget!


That was my first time ke sana... Yup, first time. Been everywhere else but Indonesia. But now, my trip to kota paling padat tu dah tercapai... Waduh! memang padat and the traffic was bumper to bumper! Tak tahulah macam mana nak drive, ya ampun... Oh well, I'm sure you all pun ada kisah menarik ke Jakarta, Bali, Jogja, Surabaya and the most favourite now... Bandung! But I enjoyed the trip to Mangga 2, crazy but nice to see lambakan beg, baju, aksesori dan macam-macam lagi dalam satu bangunan... bukan jamu mata lagi... pening lalat jadinya.


Hey, share with us your most memorable Indonesia trip... it took me a while to master the currency! Syok jugak dapat bergelar jutawan!


Love,

Izza

Wednesday, July 23, 2008

Mandi Madness...


Seronok kan kalau di rumah ada kamar mandi taraf 5 star? Saya selalu berangan kalau ada rumah sendiri nanti nak renovate bilik mandi siap letak bath tub dan ada cermin besar keliling! Amboi over! For now bila dapat produk mandian untuk dicuba (especially bath foam, crystal salts & bath oils) saya selalu simpan dengan harapan kalau pergi bercuti dapatlah nak merasa berendam air buih lama-lama. (Note: Always surf in advance untuk ketahui jika hotel yang bakal diduduki ada bath tub atau tidak!). Jadi, tak kiralah kalau kamu sama macam saya, atau memang sudah tersedia kemewahan "belai tubuh" di rumah sendiri, selain yang ada di dalam Beauty News Ogos ini, here are a few others you'd love as well...

(L to R)
* La Compagnie de Provence Cherry Blossom Foam Bath
* Marks & Spencer Bath Essence
* L'Occitane Citrus Verbena Fizzy Bath Salts

-Nana-

Friday, July 18, 2008

Bebas Berdikari


Itulah semangat seorang gadis Fun Fearless Fabulous! Seperti kamu yang bijak mengatur kehidupan berdikari dan mengharungi dunia realiti, saya dan team cukup kagum dengan cover girl Cosmo edisi Ogos ini, Fara Fauzana. We had a blast during the cover shoot dengan Fara yang memang gila2 and very down to earth.

Read more about Fara dalam Cosmopolitan Malaysia Ogos ni yang dah mula dijual since Julai 17, 2008. You can't miss it at the newsstand, the bright orange and the friendly Fara smile dalam busana merah hati rekaan Tracy Reese... she's looking hotter and hotter now!

Anida ada interesting stories to share in her next posting. Get your very own Cosmo now and we would like to hear what you think of it!

Salam,
Izza

Wednesday, July 16, 2008

“Hujan! Mungkin rahmat or not, atau kesan debat HANGAT malam tadi menyebabkan Tuhan nak “cool” things down. Hehehe..i don’t know! Tapi pagi ni, “akibat” dari kenaikan harga minyak, I bercadang tumpang hubby ke tempat kerja – menaiki MOTOSIKAL. And for the first time in my life, I had to ride in the rain. Suka tak suka, kena juga bersyukur sebab jimat RM1.60 (kali dua) on toll and a bit more on minyak. Hmm..Banyak benda nak kena jimat ni. But it got me thinking…

Jika diberi pilihan, adakah kamu sanggup naik public transport untuk ke tempat kerja atau ke mana saja?
Ya/Tidak

Berapa ringgit kamu belanja untuk perjalanan ke tempat kerja setiap hari?
*Kurang RM5
*Antara RM5- RM10
*Lebih RM10

Macam mana you all plan belanja kereta sendiri? Sama ada car pool, pergi kerja awal, atau cari alternatif lain?


Silalah kongsikannya, Cosmo nak tahu! - Anida

Friday, July 4, 2008

The 2008 Bridal Issue is here!

Photobucket

Memang tak sabar2 tunggu Cosmo Julai di pasaran. Sebabnya, I want all of you to dig in to the great stuff we’ve prepared! And best of all, it’s our Bridal Issue!! Sepertimana bersiap untuk a wedding, begitulah juga persiapan Cosmo team untuk the section. Penat, but it was worth it. From fashion to beauty and of course, tips to handling stress and how to actually live the “happily ever after” tagline. A special thanks to Afnie and Sujata for allowing the Cosmo team utk “serbu” their wedding. It was meaningful!
And Fazura… our July cover. Sigh, what can you really say about her? Many things! The interview was one of my best. I simply love that girl! She’s smart, tak hipokrit, she loves what she’s doing, and she knows what she wants for her wedding too! The shoot session went really well, she warmed up fast so tak perlu waste her time shoot lama2. She loooooved the shoe “collection” we prepared for the shoot. Memang macam nak lelong, hehehe. Only the best for our girl!

Here's a sneak peak behind the scenes during our cover shoot with her :

Photobucket Photobucket Photobucket


One of my other favourite column in this month's issue is Youniverse Cash. Ada senarai BEST untuk kekal berduit, even without having to do anything. I had quite a ride calculating things for you guys tapi hasilnya, amat memuaskan! Memang berbaloi tau. Silalah dapatkan Cosmo July – NOW!

Love,
Anida (Features Writer)