Thursday, December 31, 2009

Let's Welcome 2010

Tinggal beberapa jam saja lagi 2009 akan berlalu dan muncullah pula 2010. Apa rancangan kamu untuk tahun baru ni? Anything great? Bagi Cosmo Team, 2009 memang tahun yang amat mencabar. Namun, kami tetap berpuas hati dengan apa yang dapat disediakan buat pembaca tersayang. Biarpun kegawatan 2009 amat dirasai pada awal tahun lagi, tapi Cosmo tetap move forward untuk pastikan hanya yang terbaik dalam majalah kesayangan kamu ini.
Dengan berakhirnya 2009, Cosmo Team turut mengucapkan selamat maju jaya kepada our beloved Sub Editor, Norzaiti Abdul Talib yang telah berkhidmat bersama kami hampir dua tahun. We will definitely miss you. Apa pun, Cosmo doakan all the best buat Zaiti dalam apa jua bidang yang bakal diceburinya kelak. Mwahs!
Buat pembaca Cosmo, SELAMAT TAHUN BARU!! May all your dreams come true. Dan teruskan menyokong COSMOPOLITAN MALAYSIA.

Wednesday, December 23, 2009

Isu Januari 2010 bersama Cheryl Samad

Kenapa kamu kena dapatkan isu Januari Cosmopolitan SEKARANG?!:
1. It's the Body Love issue, segalanya tentang tubuhmu Cosmo kongsikan. Ada kisah lemak dan "kata-katanya", isu kesihatan yang melanda wanita muda yang perlu kamu ketahui dan bagaimana selebriti Malaysia (termasuk barisan finalis pengacara 8TV Quickie).
2. Ada cara untuk kamu menangi trip ke Hong Kong. Siapa cepat, dia dapat ya!
3. Cheryl Samad, our lovely cover girl dedah rahsia hebat mengacara di pentas siaran langsung. Dan tak lama lagi, Anugerah Juara Lagu 2009 bakal berlangsung. Nantikan kemunculan Cosmo yang telah dilantik media rasmi mereka ya...But don't worry, we're not singing..hehehehe...
4. Tahun baru, azam baru...Cuba nasihat yang telah dibentangkan Cosmo. Pasti banyak yang menusuk kalbu.
5. Kamu nak kelihatan Girl Hot atau Guy Hot? Kedua-duanya kamu boleh perolehi menerusi beauty spread kami di dalam isu ini.
6. 50 jejaka Malaysia kongsi hal wanita. Bukan main lagi...memang nakal!
6. Check out resolusi fesyen tahun baru. Macam2 idea baru kena kami turuti. Barulah boleh bergelar fashionista.
7. Menangi pelbagai hadiah hebat ditawarkan termasuk produk Stage, Fudge, Mariah Carey, menonton wayang Tooth Fairy dan rawatan True Spa. Juga, Amazing Makeover bersama Lancome.

Miss Cosmo, Miss Out!!

The Ultimate Fun Fearless Fabulous 2009

Cosmo sempat minta Intan Shafinaz untuk kongsikan pandangannya mengenai anugerah hebat ini.

Perasaan Juara...When the winner was announced during the Awards evening on December 5th, saya memang terkejut dan sudah tentu, gembira. I had stiff competition from the other finalists as each person is unique in her own fun, fearless, fabulous ways. It was difficult to even predict who would be the chosen one, but when my name was called, it was a moment of mixed feelings - disbelief, nervousness and pure elation. Sememangnya ia detik penting yang saya mahu kongsikan dengan finalis lain.... We are all beautiful.

Erti Anugerah Itu...Anugerah ini satu pengiktirafan pembaca Cosmo sendiri that they could relate to a person as Fun, Fearless and Fabulous. It is not so easy to fit the 3-in-1 bill.... I was not even sure I could. Though, it is amazing that readers can gauge a lot from just the photos of the finalists and their short interviews. Well, I suppose a picture does paint a thousand words! I am certainly thrilled to be awarded the recognition by the readers themselves.

Rancangan 2010... Saya rancang untuk sambung belajar tahun depan. It is high time that I pursue my Masters. The working life is truly competitive, and I am talking globally here, not just within Malaysian boundaries. We not only have to excel academically, but have to be well-rounded and equipped with positive attitude and energy. So in a nutshell, I will be furthering my studies and staying healthy. Oh yes, at some point, I should try to get married. Hahaha. That would be fun, fearless and fabulous all rolled into one!!!

Cara jadi wanita Fun Fearless Fabulous... Love yourself, only then can you be truly comfortable and confident in your own skin. Be positive, healthy, mentally-strong and emotionally-stable. I believe that women have always been the stronger gender and that someday we will rule the Planet. We women have been born with the 'X' factor (heck, we have two 'X' chromosomes in our genes and the men are short of one)... there comes a time when you have to activate it and be fearless! But please do not be selfish and just think about yourself. Being vain is so not cool.

Identify something out there that you have a natural bond with, beyond yourself, and work for the greater cause that is bigger than oneself. For example, I love coral reefs. Diving is my passion and I go out there and try to make sure people understand that our corals are fragile. If they die due to our careless behaviour, so will the ocean, and so will we. We all have a great mission - this one on protecting our coral reefs is mine.

Love, Shafi.

Monday, December 14, 2009

Fun Fearless Fabulous 2009 Pictures!

Group photo of all Anugerah Cosmopolitan Fun Fearless Fabulous 2009 winners with Editor Cosmopolitan,
Izza Safinaz Ibrahim.


Pemenang The Ultimate Fun Fearless Fabulous 2009 - Intan Shafinaz Suhaimi. Tahniah!!


Lokasi majlis, ISHq Restaurant di Crowne Plaza Mutiara Hotel KL dihias untuk acara hebat itu.



Marsha turut menyanyikan dua buah lagu bagi menyerikan majlis. Nurul yang memenangi Best Haute Couture Chic Dress bersama pereka busananya, Amir Luqman. Rashidah Ishak dan Vanidah Imran adalah Pasangan Serasi Anugerah Cosmopolitan Fun Fearless Fabulous 2009! Hebat...


Liyana Jasmay (pemenang kategori pelakon); Awal Ashaari (pemenang Jejaka Terhangat) dan Noryn Aziz (pemenang kategori penyanyi) bergambar dengan trofi "ais" Cosmopolitan. Cool! Izza menyampaikan trofi Anugerah Pereka Muda kepada Hatta Dolmat. Ning Baizura menyampaikan Simply The Best dan Awan Yang Terpilu sebagai penutup majlis gilang gemilang berkenaan.

Monday, December 7, 2009

Dan pemenangnya adalah...

Hello all,

Seperti yang diketahui, majlis kemuncak Anugerah Cosmopolitan Fun Fearless Fabulous 2009 yang berlangsung Sabtu lalu di ISHq Restaurant, Hotel Crowne Plaza Mutiara cukup meriah. Inilah barisan pemenang bagi tahun 2009. TAHNIAH!

· The Ultimate Fun Fearless Fabulous Intan Shafinaz
· Pemenang Personaliti Radio Fun Fearless Fabulous Fara Fauzana
· Pemenang Pelakon Fun Fearless Fabulous Liyana Jasmay
· Pemenang Personaliti TV Fun Fearless Fabulous Nurul Syuhada
· Pemenang Penyanyi Fun Fearless Fabulous Noryn Aziz
· Pemenang Jejaka Terhangat Fun Fearless Fabulous Awal Ashaari
· Pemenang Senyuman Menawan Fun Fearless Fabulous Anuar Zain
· Pemenang Pereka Fesyen Muda Fun Fearless Fabulous Hatta Dolmat
· Pemenang Pasangan Serasi Fun Fearless Fabulous Vanidah Imran & Rashidi Ishak

* Nantikan gambar-gambar eksklusif majlis penuh warna-warni ini dalam posting seterusnya. Hang on!

Love,
Cosmo Team

Friday, November 20, 2009

Happy 4th Birthday Cosmo Malaysia!



Ya, sedar tak sedar, Cosmo dah pun berusia empat tahun di Malaysia. Wahhh!! Dan seperti biasa, inilah buah tangan istimewa kami untuk kamu bulan ini. The lovely Ning Baizura on our lovely and colourful cover!! (Ning yang berada di luar negara dah diberitahu semalam, tak sabar dah dia nak balik Malaysia untuk melihatnya sendiri). Apa yang Cosmo pelajari daripada Ning? or tentang Ning? Dia itu sangatlah banyaknya tenaga!! Biarpun shoot kali ini memerlukannya mengganti lebih dari 3 pasang baju, she was still smiling ear to ear. Hinggakan Aunty Stella (Ning's lovely mom) pun cakap, Ning sememangnya banyak tenaga. Dan untuk kalian semua, Ning kongsikan cara untuk tampil hebat, konfiden dan menawan bila kamu menghadiri parti hujung tahun. Siap dia kongsikan the dos and dont's, jadi kamu memang kena baca!!
Sempena birthday Cosmo, ada empat special promotion mengandungi hadiah hebat2 belaka untuk kamu rebuti. Jangan lepaskan peluang dapatkan produk daripada Estee Lauder, DKNY, Bobbi Brown dan Origins ya. Dan, Cosmo kembali menganjurkan bengkel kecantikan bersama Clarins oleh itu, kamu tak boleh ketinggalan ya kerana Intan Ladyana pun akan join sama...
Dan ada pelbagai rencana menarik untuk tatapan kamu bulan ini, termasuk cara tarik perhatian si dia (tanpa nampak over) di majlis nanti - dari segi fesyen, kecantikan dan kendiri. Kamu juga kena pelajari kenapa menuruti kata hati itu mampu menyelamatkan kamu dari situasi tak diingini. Termasuklah mengelak menjadi mangsa perogol janji temu. Caranya, dalam rencana Only In Cosmo khusus mengenai isu menakutkan itu.
Tunggu apa lagi, dapatkan a copy of your latest Cosmopolitan NOW!!


p/s - Zura Ahmad dah selamat melahirkan anak perempuan, Thalia Zara pada 9 November lalu ya...Congrats Zura!!!

Friday, November 6, 2009

Perjalanan Gadis Melayu Musim Ke-2

Halloooo....ada sesiapa sempat menonton finals Gadis Melayu semalam? Maaflah lupa nak remind tapi I think as Cosmo girls yang tahu your fav magazine is the official media, tentu tak terlepas menyaksikannya. Me, Zaiti, Nisa were there untuk beri sokongan, apatah lagi bos, Izza Safinaz jadi one of the juries (bersama Rosyam Noor, Adam Salleh, Nurfarahin Jamsari dan Shafinas Selamat).
Pemenang Ikon Gadis Melayu kali ni, tak lain tak bukan...FIQA!! Tahniah from the Cosmo team, memang terserlah keyakinan dirinya dan lakonan hebat sewaktu digandingkan dengan Fauzi Nawawi (Tahniah Fauzi and Lis sebab bergelar Mama Papa round two just before the show starts). Kagumnya ikon berusia 20 tahun ni, dia kalau bab menjawab soalan (in a good way ya) memang jelas dan tak teragak2. Clear je jawab. Syabas!!
TV9 turut berikan dua anugerah berasingan, iaitu Gadis Safi Balqis juga Fiqa dipilih pemenangnya. Dan Gadis Bijaksana - Finas, ratu luncur ais negara. Kalau ada antara kalian ingat, Finas adalah finalis Cosmopolitan Fun Fearless Fabulous tahun lalu. Memang Cosmo bangga dia juga terpilih memenangi anugerah itu. Kepada peserta dan finalis Gadis Melayu yang lain, good luck and best wishes untuk masa depan kalian...
Speaking of Fun Fearless Fabulous, kamu dah mengundi ke belum? Ada lagi masa untuk pastikan selebriti dan finalis pilihanmu menang besar. Dan siapa yang mengundi tu sama ada menerusi borang atau SMS, berpeluang meraih jemputan ke majlis hebat yang bakal diadakan tak lama saja lagi...

Till then, luv,
Anida

Tuesday, November 3, 2009

Your Hot Date, Bowled Over

Janji temu pembaca Cosmo dengan jejaka idaman hari tu memang best. Tup2 nampak coverage kat Berita Harian semalam, alamak...teruja abis! (Thanks Jaydee n Su)
Dari pagi team Cosmo dan terpacak kat Pin Junction, Cineleisure untuk set up and to make sure the place looks hot for you. Dari writers, semua jadi minah bunga aka florist sbb kena buat susunan bunga DIY, nasib baik cantik hehehee...Dengan yang kena panjat sana, hias sini, gantung sana. But ofcourse, staff di Pin Junction banyak membantu, terima kasiiiiihh...
Tetamu pertama yang nampaknya tak sabar2 nak mulakan acara - Noh (Hujan). Yes, he was early! We like! Seronok la tengok gelagat dia, siap duduk kat reception baca berita tetiba..hehehee...asalkan Noh bahagia, team Cosmo tumpang happy.
Then seorang demi seorang (diselang seli dengan readers jemputan) masuk ke area boling. Thank you Zizan Nin, Imran Ajmain, Gambit, Fizo, Kamal, Alif, Ashraf, Noh dan terakhir tiba...Awal. Yang penting, readers had fun bermesra sambil compete secara friendly sepanjang acara itu. Ada yang ingat main sampai tiga games ni! Bukan main lagi...maybe next time kita buat ala GP ke? (pandang kat Izza and Net).
A special thanks to Shiseido Zen For Men, penaja utama acara ini dan Pin Junction as penaja lokasi.

Inilahnya senarai pemenang...
Best team: Geng Kamal Adli (ada kontroversi di situ, tapi keputusan dibuat berdasarkan jumlah jatuhan pin terbanyak. Muktamad)
High Score: Sarah (dari team Zizan Nin)
Ratu Longkang: Mimie (dari team Imran Ajmain)
Raja Longkang: Gambit Saifullah (sporting habis!!)

Kepada sesiapa yang berpeluang ke hot date ari tu, silalah kongsi kenangan kalian di sini ya...we'd love to hear from you.

p/s - Zura Ahmad, editorial assistant Cosmo dah mula cuti rehat untuk persiapan menyambut anak keduanya, insyaallah minggu ini. Sama-sama tolong doakan dia selamat bersalin ya...

Tuesday, October 27, 2009

Cosmo November 2009 Di Pasaran!

Elo, elo...Sorry sebab lama tak update, tapi Cosmo team sedang sibuk preparing upcoming issues, dengan events hujung tahun lagi nak kena prepare. But ofcourse, inilah dia buah tangan terbaru untuk kamu - COSMOPOLITAN ISU NOVEMBER 2009. Wajah depan kali ini; Juliana Evans yang nampak SO HOT, betul tak? Mungkin ada antara kamu yang sangka dia tak se-friendly selebriti lain. Haaaa...Cosmo berjaya korek sebabnya. Dan dia turut kongsi sesuatu mengenai kisah cintanya dengan Sam Bunkface tu. Juga mengenai pembabitannya dalam Gadis Melayu. Jangan lupa saksikan Final Gadis Melayu pada 5 November nanti ya. Kita lihat siapa yang menang...
Menarik isu ini, tentulah Anugerah Kecantikan Cosmopolitan (AKU 2009). Saksikan sendiri barisan produk terbaru yang telah dinobat pemenang kategori masing-masing. Dengan cara itu, kamu boleh nilaikan sendiri kehebatannya menerusi recommendation Cosmo. Barisan pemenang memang gempak habis.
Juga, Anugerah Fun Fearless Fabulous 2009 kembali menemuimu, kali ini 11 finalis disenaraikan. Terus ke halaman 61 untuk lebih mengenali gadis Cosmo yang masuk ke final. Dan, barisan Selebriti Fun Fearless Fabulous. Ada tiga kategori tambahan untuk jadikan anugerah ini lebih happening iaitu FFF Senyuman Menawan; FFF Pereka Muda dan FFF Pasangan Serasi. Antara muka baru masuk sebagai finalis tahun ini termasuk Dina (Era FM), Lisa Surihani, Marion Caunter, Shila OIAM, Aizat, Nabil, Henry Golding dan Mawi! What you need to do now is to VOTE! Selak ke halaman 68 untuk tanda pilihan (hati) mu. Dan kamu juga berpeluang untuk ke kemuncak anugerah itu nanti tau. Tunggu apa lagi....
Bagi yang sedang merancang untuk habiskan cuti tahunan, dalam isu yang sama Cosmo sertakan pelbagai tips, rencana dan paparan berkaitan termasuk fesyen dan kecantikan bila kamu nak melancong. Jangan lepaskan peluang memenangi kembara menarik ke Surabaya, Indonesia dengan penerbangan Malaysia Airlines.
Menarik, bukan? Cepat dapatkan Cosmopolitan terbaru ini untukmu. :)

Wednesday, October 14, 2009

Ada Aku Kesah? We Should Care


Of course nak kena ambil kisah. Cosmo tahu our readers semua pemurah dan penyayang plus its an opportunity untuk kamu berbakti. Tadi I pergi event Clarins We Care 2009. Dah 11 tahun Clarins buat "bende" ni dengan tujuan membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik.
Tahun ni Clarins cuba membantu kanak-kanak dari empat rumah kebajikan - with your help of course!
  • Agathians Shelter, PJ
  • Persatuan Anak-anak Yatim & Ibu Tunggal Kampung Medan, PJ
  • Rumah Kebajikan Kanak-Kanak Rhema, Seremban
  • Vinashini Home, Seremban
Apa yang boleh kamu buat :
Bermula 1 November hingga 31 Disember 2009, beli "We Care Tumbler" yang sangat cute dengan harga RM12 (sahaja!) kat mana-mana outlet Clarins. Semua kutipan jualan akan disalurkan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini.

So girls, if you can afford to buy a bottle of perfume harga RM200.... apa sangatlah RM12.

Untuk maklumat lanjut go to www.clarinswecare.com.my

-Nana-

Friday, October 9, 2009

Think Pink Sepanjang Oktober


Sabtu lalu, Menara KL yang jadi kebanggan warga Malaysia telah digemerlapkan dengan sinaran merah jambu - menandakan permulaannya bulan kempen kesedaran barah payu dara. Cosmo tabik Estee Lauder Companies dengan kerjasama dengan Menara KL yang menyemarakkan usaha mengetengahkan kesedaran mengenai kepentingan mengesan barah payu dara awal. Kamu boleh lihat keindahan Menara KL diiluminasi rona pink ini selama empat minggu bermula Okt 3 lalu. Bukan setakat Menara KL saja yang menerima simbahan cahaya ini, Estee Lauder melakukan perkara sama kepada beratus-ratus bangunan, monumen dan landmark terkenal di 70 negara seluruh dunia! Wah...Memang hebat betul.



Sebagai pembukaan kepada iluminasi 2009, buat pertama kalinya Estee Lauder Companies menganjurkan Walk for World Pink yang menyaksikan lebih 1,200 rakyat Malaysia memberi sokongan padu kepada kempen hebat ini. Sambutan pada aktiviti ini punyalah tak berbelah bagi, kerana dalam masa tiga minggu saja penyertaan bukan main padat! Lihat sajalah betapa sportingnya para peserta yang seronok-seronok melukis wajah dengan simbol pink ribbon malah sanggup membuat bentuk simbolik itu beramai-ramai. Cantiknya!

Tuesday, October 6, 2009

Time to get creative girls!




Majolica Majorca(MJ) akan menyambut ulang tahunnya yang pertama bulan Oktober 2009 ini. Sempena itu MJ akan menganjurkan INTERACTIVE DESIGN COMPETITION. Ia telahpun bermula pada 1 Oktober lalu sehingga 30 NOV 2009.

Kamu yang berminat:

Pilih antara lima Chapter MJ yang ada sehingga kini iaitu *Chapter 20 - A Girl With Wings *Chapter 21 - I Am Gorgeous *Chapter 22 - Girly Erotica *Chapter 23 - Innocent Pleasure *Chatper 24 - Fairy Sadistic

Kamu hanya boleh memilih SATU sebagai tema rekaan dan upload hasil seni kamu ke dalam FACEBOOK, FRIENDSTER, atau BLOGSPOT.

Kamu boleh download imej serta borang penyertaan daripada laman web rasmi MJ. The materials(images on the 5 chapters) and entry form can be downloaded from MJ's official website. www.majolica-majorca.com

Peserta harus mengisi borang penyertaan dan hantarkan salinan hasil seni kamu ke SHISEIDO MALAYSIA sebelum 30 NOV 09.

Setiap pemenang kategori akan menerima:
1) Kotak hadian MJ buatan Jepun & produk bernilai RM 1000
2) Tunai RM 1000
3) Baucar tunai Watsons bernilai RM 1000.

Friday, September 25, 2009

MENANGI TEMU JANJI HANGAT BERSAMA ZEN FOR MEN DAN JEJAKA IDAMANMU!


Pernahkah kamu bermimipi mendampingi artis lelaki kegemaranmu dalam satu temu janji yang hangat? Well ladies, this is your chance! Hanya jawab soalan mudah di bawah, kamu berpeluang untuk berkenalan dengan Ajejaka-jejaka berbakat besar Cosmo- Ashraf Muslim, Zizan Nin, Fizo Omar, Awal Ashaari, Kamal Adli, Qi Razali, Remy Ishak, Alif Satar, Noh Hujan, dan Gambit Saifullah semuanya pada waktu yang sama!

Kenali mereka dengan lebih rapat bersama wangian terkini Shiseido ZEN for MEN. Shiseido buat pertama kalinya memperkenalkan wangian khas untuk si dia, ZEN for MEN. Wangian ini mengandungi campuran eksotik buahan Nashi dan Kinkan dengan rempah-ratus, digabungkan pula dengan unsur Rhododendron yang maskulin. Haruman ini merupakan ekspresi seorang lelaki moden yang sempurna dan well-balanced, yang menikmati persekitarannya yang aktif dan bersemangat. Sesi hot date with Cosmo ini dibawakan khas oleh wangian Shiseido Zen for Men.

Dapatkan isu Oktober Cosmopolitan untuk maklumat lanjut dan cara menyertai aktiviti janji temu hangat ini!

GUA SUDAH DUA TAHUN!


Laman sesawang gaya hidup dan hiburan paling popular di Malaysia, Gua.com.my kini sudah pun berusia dua tahun! Bersempena dengan ulangtahun Gua yang kedua pada 11 September lalu, M Zulkifli Abdul Jalil, Pengurus Besar Jenama, Pengisian dan Pemasaran Alt Media Sdn. Bhd. (yang juga pencetus asal GUA) sempat berkongsi dengan COSMOPOLITAN tentang pencapaian serta projek-projek terbaru yang bakal diperkenalkan oleh GUA.

GUA terus mengorak langkah dengan memperluaskan jaringan di laman sesawang sosial yang lain melalui Facebook, Twitter, Pacmee dan seumpamanya. GUA juga bakal memperkenalkan sebuah drama berkonsepkan ‘thriller’ yang mempunyai kesan khas dan belum pernah di ketengahkan di GUA sebelum ini. Terbaru di GUA adalah laman ‘mobile’ GUA yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Laman ‘mobile’ ini akan memberi peluang kepada para pengguna untuk membaca dan menyaksikan kandungan terkuni GUA di telefon bimbit mereka.

Dalam perancangan juga adalah beberapa portal baru yang bakal diperkenalkan oleh Alt Media, syarikat yang membelakangi GUA demi mengukuhkan lagi kedudukan dalam industri yang semakin mecabar ini . Layari http://www.gua.com.my/ untuk info gaya hidup dan hiburan terkini khas untukmu!

Friday, September 18, 2009

Ready, Set, Terimalah Isu Oktober!

Sebelum pulang balik beraya tu, jangan lupa dapatkan isu Oktober yang dah terjual di pasaran (mesti ramai yang dapatkannya, syabas!). Leighton Meester, teraju utama Gossip Girl menghiasi muka depan bulan ini. She's so hot! Cerita eksklusif mengenai dirinya hanya untuk pembaca Cosmo melihatkan betapa "biasanya" gadis terkenal ini.
Menarik bulan ini:
* BONUS! PERCUMA Beg Edisi Terhad Fun Fearless Fabulous untuk semua pembaca!
*Menangi hot date dengan 10 selebriti lelaki terkenal tanah air. Termasuk Ashraf Muslim, Fizo Omar, Gambit Saifullah, Zizan Nin, Awal Ashaari, Remy Ishal, Noh (Hujan), Kamal Adli, Qi Razali dan Alif Satar (ops! that's everybody..heheh). Boleh main boling bersama mereka tau. Sesi janji temu berkumpulan tajaan Shiseido Zen For Men ini pasti menyeronokkan!
* Lagi yang boleh kamu menangi - Percutian ke BALI tajaan MAS!!!! Mudah saja caranya, berikan slogan tak lebih 20 perkataan menggunakan borang disediakan.
* Juga bersama isu Oktober, tote beg eksklusif Cosmopolitan untukmu. Cepat, tunggu apa lagi!!
* Paparan hebat bulan ini termasuk deretan beg dan kasut terseksi di pasaran. Cosmo cuba paparkan yang terkini musim ini termasuk tumit tinggi, platform, gladiator, pumps dan banyak lagi. Untuk lengkapkan gayamu itu, kenalah ada beg bimbit comel (pun ada banyak pilihan kamu boleh buat).
Sebagai majalah yang amat prihatin dengan "mimpi ngeri" wanita, sempena bulan kesedaran barah payu dara ini, Cosmo dan majalah di bawah ACP Magazines menganjurkan Projek Think Pink. Nak tahu pembabitan Cosmo dan apa yang kamu boleh lakukan? Terus ke bahagian merah jambu bulan ini ya.
Sempena Syawal yang bakal menjelma lusa ini, team Cosmopolitan Malaysia nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA dan MAAF ZAHIR BATIN kepada semua pembaca tersayang. Semoga kalian terus-terusan menyokong Cosmo, sampai bila-bila ya...

Wednesday, September 16, 2009

Rancangan Realiti Online Pertama dari Maybelline & 8TV




Pernahkah kamu bermimpi untuk mempunyai sebuah butik atau menjadi pereka kasut ataupun melanjutkan pelajaran? Apapun impianmu September ini, Maybelline bersama 8TV akan menjadikan impian seseorang menjadi kenyataan dengan kehadiran sebuah rancangan realiti “Simply Fabulous” untuk mengubah imej dan penampilan seseorang. Program realiti ini telah mula disiarkan menerusi laman sesawang 8TV bermula 7 September 2009.

Rancangan menarik ini merupakan sebuah rancangan realiti online yang juga dikenali sebagai “dream maker”. Program ini disertai oleh 10 orang peserta perempuan yang dipilih melalui sesi uji bakat yang telah menarik perhatian lebih 1,200 orang. Setiap minggu, 10 peserta yang terpilih akan menjalani pelbagai aktiviti dan cabaran tentang kecantikan, fesyen dan juga keyakinan diri.

Menurut Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV, “Kami telah menjumpai 10 peserta perempuan yang terbaik sebagai peserta rancangan realiti ini tetapi kami memerlukan pertolongan rakyat Malaysia untuk menentukan siapakah yang terbaik dan impian siapa yang sepatutnya kami tunaikan lagi. Rakyat Malaysia boleh mula mengundi pada 28 September dari jam 12.00 pagi hingga 13 Oktober 12.00 tengahari,”.

Malam finale bagi program ini akan disiarkan di saluran 8TV dan secara online selama 30 minit pada 18 Oktober 2009 jam 10.00 malam. Jadi jangan ketinggalan untuk menonton rancangan realiti “Simply Fabulous” yang dibawakan oleh Maybelline New York dan berilah undianmu dengan melayari www.8TV.com.my/simplyfabulous

Friday, September 11, 2009

Gadis Melayu "Serang" Cosmo

Pada saat ini, beberapa butir kamera video sedang berada di ofis Cosmo untuk menjalani penggambaran Perjalanan Gadis Melayu. Suspens gila sebab selalunya team Cosmo berada "behind the scene" untuk sesuatu story, tapi hari ini - agak kena tempias spotlight gitu! Haha...Apa akan berlaku dan kenapa mereka berada di pejabat Cosmo? Tontoni program Gadis Melayu Khamis akan datang (Sept 17 2009), 9.30 malam ya. Tungguuuuuu.....

Friday, September 4, 2009

Kerjaya Bosan? Cosmo Nak Tahu...

Nak tanya, ada sesiapa pernah rasa "stuck" dalam kerjaya (yang definitely tak best)? Jom kongsikan pengalaman dengan Cosmo di sini. Ceritalah bagaimana kamu hadapinya, atau ada tip nak hilangkan kebosanan dengan kerjaya ke atau ada yang sanggup berhenti kerja ke? Meh kongsi, meh...

Love,
Nida.

Iftar Cosmopolitan bersama Fafau, Liyana Jasmay & Irma Hasmie







Ampun maaf dipinta sebab tak berkesempatan nak upload pics dan story pasal buka puasa Cosmo dan readers tersayang ari tu. Kisahnya begini, Ogos 26 lalu, Cosmo telah adakan majlis iftar dengan 40 pembaca terpilih dan mereka berpeluang lepak2 dengan editor jemputan isu Ogos, Fara Fauzana, serta Liyana Jasmay dan Irma Hasmie yang pernah jadi wajah depan Cosmo tahun ini.
Tetamu terawal datang kira-kira 6.20pm, terdiri daripada pembaca. Liyana pula tiba dengan bondanya, nampak lesu jek adik manis kita ni sebab baru abes photo shoot sepanjang hari. Memang perutnya dah mula berkeroncong pun. Fara Fauzana yang memang vasss gitu sampai tak berapa lama kemudian. Letak2 beg terus melayan tetamu, memang hebat lah. Memang cuak jugak mula2 tu sebab cuaca tetiba gelap gelita, padahal jam belum pun 7pm. Hujan lebat turun, nasib baik tak teruk mana. Bila majlis mula, alhamdulillah dah reda. Minta maaf kalau ada pembaca yang kena pindah meja, tapi nak elak dari kalian pulang lencun jek nanti..hehehe..Eh lupa, Irma Hasmie pula tiba beberapa minit lepas waktu berbuka sebab stuck dalam traffic. Cian dia, tapi tetap jelita gitu.
Kemuncak majlis, Cosmo telah buat penyerahan A Bag Of Love kepada Kem Modal Insan Kewaja yang membantu wanita berdepan masalah hamil luar nikah. Terima kasih banyak2 kepada En Yahya Mohd Yusuf yang sudi datang mewakili Kewaja. Juga penaja terhormat seperti Maybelline (buka kaunter solekan jadi rebutan ramai tu) dan Garnier, serta Restoran Tarbush selaku penaja lokasi dan makanan. Memang makan sampai kenyang lah malam tu...Amacam, best tak?
-Nida-

Friday, August 21, 2009

Cosmopolitan September - Lebih Hebat!


Dah ada, dah ada...Isu September dengan wajah jelitawan terkenal, Maya Karin! Dan sebagai hadiah Ramadhan, kamu boleh dapatkan Cosmo Collection yang memaparkan koleksi fesyen Dingin/Sejuk 2009 serta paparan solekan musim terbaru ini. (All sweat and tears tau!)
Macam-macam cerita menarik disediakan termasuk bahaya memandu cuai, kesilapan baru yang mungkin kamu pernah lakukan, mampu meragut nyawa. Dan, gadis Cosmo bercerita pengalaman bercinta yang nakal (we like!), kelakar dan mengejutkan betul. Dan cara kamu boleh rapatkan hubungan kekeluargaan bila konflik melanda kamu dan adik-beradik.
Check out spread tentang dua Nana (Nurul Hana EraFM dan Liyana Jasmay), pasti ada satu inspirasi solekan boleh digayakan sempena Aidilfitri nanti. Ikuti kisah menarik pengalaman raya mereka, dan bagaimana Nana (EraFM) kali pertama beraya sebagai seorang isteri.
Bonus: sampel gincu dari Maybelline untuk kamu!! Untungnya....

Dah Dua Ratus!!!!!

Hello everyone,

Seronok betul melihat perkembangan blog kami yang bermula sebagai ruang untuk memperkenalkan majalah ini hinggalah ia kini menjadi medan untuk berkongsi idea, rasa dan aktiviti. Sejak ia mula hadir, saya dan team Cosmo sentiasa berusaha memberikan posting yang terkini (walaupun ada kalanya senyap seketika - maknanya kami sibuk menyiapkan majalah akan datang ye...) bukan untuk bermegah tetapi sekadar berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang tak kesampaian untuk muncul dalam majalah.

Selain itu, kami amat berterima kasih dengan kesungguhan pengunjung blog sekalian menyertai ruangan undian yang banyak memberi manfaat serta data berharga untuk kami serapkan dalam rencana Cosmopolitan. Thanks girls!

Kini follower blog dah mencecah 200 orang, tahniah kepada "Hypercopycat cicakgal" - sila hubungi Cik Ungku Natasya di pejabat kami untuk dapatkan hadiah misteri pengunjung blog ke-200!

Keep the comments coming. We welcome any ideas that can make this blog a much "happening" place for you to visit everyday!

Salam Ramadhan from Izza, Zaiti, Anida, Nana, Zura, Nisa' and Natasya!

Wednesday, August 5, 2009

Cosmo Majalah Rasmi Gadis Melayu 2




Dear ladies (and guys),

Ogos ini menjadi permulaan kembara baru Cosmopolitan dalam memantapkan aktiviti sampingan majalah kesayanganmu ini. Mungkin ada yang dah tahu sebelum ini, Cosmopolitan menjadi majalah rasmi rancangan yang kini menjadi bualan hangat Gadis Melayu musim kedua di TV9.

Jika kamu setia menontonya tahun lalu, tentu kenal dengan format programnya yang menerapkan elemen budaya Melayu dari pelbagai aspek. Pendekatan untuk musim terbaru ini masih lagi konsep sama tetapi ia turut menerapkan elemen kreatif dan adventure untuk selari dengan aliran terkini.

Kami di Cosmo amat berbesar hati untuk turut sama menjayakan program realiti ini dan telahpun turut serta dalam sesi audition dan pemilihan finalis sejak beberapa bulan lalu. Saya juga dijemput untuk menjadi juri ujibakat di Shah Alam dan Kuala Lumpur bersama beberapa juri ternama. Tidak dinafikan ia adalah antara pengalaman yang cukup menarik. Bukan mudah untuk menemubual ratusan gadis yang datang dengan harapan menggunung untuk diterima sebagai peserta Gadis Melayu.

Terima kasih kepada yang sudi hadir sesi ujibakat di semua lokasi dan sekiranya kamu bukan yang terpilih ke peringkat akhir, masih ada ruang untuk kamu perbaiki dan pelajari. Mana tahu, tahun depan ada peluang baru. Saya tabik kesemua peserta ujibakat kerana berani dan bersungguh-sungguh datang to prove yourselves.

Untuk saksikan bermacam aksi di sesi ujibakat, tonton Gadis Melayu musim ke-2, esok (Khamis, 6 Ogos, 9.30malam). Episod pertama ini juga akan turut memperkenalkan 12 peserta akhir yang bakal merebut gelaran Ikon Gadis Melayu. Episod seterusnya (juga waktu dan hari siaran yang sama) akan menyaksikan peserta terbabit dalam pelbagai tugasan serta ujian dan seorang bakal tersingkir setiap minggu sehingga episod akhir November nanti.

Uniknya musim ini, peserta yang terpilih juga datang dari latar yang berbeza dan terbabit dalam pelbagai bidang sebelum menyertai Gadis Melayu. Lihat nanti transformasi gadis urban menjadi wanita Melayu unggul!

Salam,
Izza

Wednesday, July 22, 2009

"Miliki" Michael Jackson

Tak lama lagi Ogos bakal menjelma, cepatnya masa berlalu! Sedar tak sedar, Raja Pop Dunia - Michael Jackson dah hampir sebulan meninggalkan kita. Biarpun banyak spekulasi dan kontroversi di sebalik dan selepas pemergiannya, but his music lives on. Pasti ramai antara kamu yang membesar dengan lagu2 hebatnya. My personal favourite is The Way You Make Me Feel, boleh ulang dengar banyak2 kali. Tak jemu langsung.
And now, Cosmo nak bagi peluang kepada pengunjung blog ini untuk memenangi album kompilasi lagu2 hebat Michael Jackson yang terbaru edaran Sony Music Malaysia! Caranya cukup "kacang". Siapa boleh lengkapkan sebaris lirik lagu di bawah akan dihubungi Cosmo untuk mendapatkan album fantastik ini...

1) Just beat it, beat it, beat it, beat it, no…………………………….

2) Billie jean is not my lover, she’s……………………………..

3) Cause this is thriller, thriller night, and…………………..

Senangnyaaa...cubalah! Kita lihat siapa peminat MJ paling gempak!!

Love, Anida.

Tuesday, July 21, 2009

Fara Fauzana Editor Baru Cosmo??

Terkejutkah? Memang TIDAK benar, tapi yang sebenarnya - Fara Fauzana menjadi editor jemputan untuk isu Ogos ini. Bila Cosmo team mintak Fafau menulis, bukan main laju lagi dia membalas. Lihatlah sendiri hasil nukilannya pada ruangan Editor's Note (FYI, Izza masih bos kami ya..hehe) dan Cover Story. Sampai hati juga Fara ni "menyalahkan" Cosmo kerana buatnya gila fesyen. "Masalahnya," ramai je gadis Cosmo lain yang mula menggilai fesyen paparan setiap bulan, betul tak? Fara juga sempat memilih produk kecantikan diminatinya dalam Editor's Pick, dia sendiri rambang mata nak pilih idaman kalbu. Soon, Fara akan berkongsi her thoughts di blog ini. Nantikannya ya.

Yang ni...sewaktu Fafau berkunjung ke ofis Cosmo. Editor jemputan kenalah buat keje...Hehe..

Lagi yang menarik - ada cenderahati istimewa dari Herbal Essences, iaitu sampel conditioner Long Term Relationship, sesuai untuk gadis Cosmo berambut panjang. Memang hot!
Cerita hebat bulan ini:
* Dynas "membintangi" Cosmo fashion spread!! Cantik habis, siap bawa dia shoot di Singapura lagik. Lihatlah sendiri. :)
* Pelan Pikat Si Dia - macam mana ya nak tackle si dia tanpa kelihatan terlalu over atau jual mahal? Ada caranya...
* Periksa dirimu! Sama ada kamu jenis pendendam atau mudah memaafkan. Check out Youniverse Quiz ya.
* Perasan tak deretan poll yang kami letak di sini bulan lepas? Yang dijawab kamu tuuu...Hasil tinjauan pun kami paparkan dalam bulan Ogos ni.
* Dah plan untuk buka puasa di mana (this time next month dah puasa, wah!)? Ada senarai tempat best dengan pakej menarik sempena Ramadhan ni.
* Lebih meletup...! Macam2 produk L'oreal boleh kamu dapatkan secara percuma, kira hadiah Raya lah tu...
Apa lagi, cepat dapatkan isu Ogos dengan wajah Fara Fauzana tu ya. Rugi kalau terlepassssss...

love,
Anida

Wednesday, July 8, 2009

Lelaki Cosmo Idaman Kamu!

Assalamualaikum! Apa khabar Cosmo clans? Apa cerita minggu ni? Maybe ada di kalangan kamu yang masih bersedih dengan pemergian King of Pop, Michael Jackson. Cosmo team pun begitu, especially pagi ni selepas berpeluang menonton (sedikit, nak tengok ulangan malam ni) memorial service live di tv mlm tadi. (psst..Izza masuk bengkak mata pagi ni, ehem!) Bak kata John Mayer, a part of our childhood dah meninggalkan kita when he passed away. Sedih sungguh, and so true!
Anyways, we need bantuan kalian coz you guys matter most to us. Cosmo beri pilihan untuk kamu...siapa yang kamu nak lihat dipaparkan dalam ruangan Can't Take Our Eyes Off...? Berikan senarai kamu, manalah tahu ada yang "kena!" Kalau boleh, not the ones we have featured ya... Tak sabar nantikan jawapan kalian.

Love,
Anida

Tuesday, July 7, 2009

JOM! SERTAI BELLY DANCING BERSAMA IRMA HASMIE DAN TEAM COSMO!


COSMO MEET THE FANS SESSION kembali sekali lagi dan kali ini bersama cover girl Cosmo Julai, Irma Hasmie! Pembaca bertuah Cosmopolitan (dan seorang rakan) berpeluang sertai Belly Dancing serta beramah mesra bersama Irma secara percuma!

TEMPAT: CELEBRITY FITNESS, BANGSAR VILLAGE
TARIKH: JULAI 18, 2009 (SABTU)
MASA: 11.00AM-1.00PM

Untuk tempahan, sila hantarkan NAMA, NO KP, PEKERJAAN DAN NO TELEFON SERTA GAMBAR KAMU DAN RAKAN ke marketing@acpmagazines.com.my

Tempat adalah terhad. Aktiviti eksklusif ini hanya dibuka untuk tempahan terawal sahaja.

Wednesday, July 1, 2009

Jom! Sertai Pertandingan Melamar!


Sempena tayangan filem The Proposal, Cosmopolitan ingin mengajak kamu dan si dia
untuk menyertai Most Creative Marriage Proposal Contest anjuran Buena Vista Columbia
Tristar Films dan kamu berpeluang memenangi pelbagai hadiah hebat seperti yang tertera di bawah!

Hadiah Utama
● Gaun pengantin oleh Carven Ong ● Penginapan satu malam di Penthouse Suite, Le Meridien KL ● Bufet dinner di Latest Recipe ● Set wangian Salvatore Ferragamo ● Fotografi perkahwinan oleh Covershots kesemuanya bernilai RM15,325
Hadiah Kedua
● Gaun petang oleh Carven Ong ● Penginapan satu malam di Penthouse Suite, Le Meridien KL ● Bufet dinner di Latest Recipe ● Set wangian Salvatore Ferragamo ● Fotografi perkahwinan oleh Covershots kesemuanya bernilai RM13,925
Hadiah Ketiga
● Gaun petang oleh Carven Ong ● Penginapan satu malam di Royal Suite, Le Meridien KL ● Bufet dinner di Latest Recipe ● Set wangian Salvatore Ferragamo● Fotografi perkahwinan oleh Covershots kesemuanya bernilai RM7,225
Hadiah 40 Penyertaan Terawal
● Penginapan satu malam di Le Meridien KL● Bufet dinner di Latest Recipe ● Wangian Incanto Bliss 50ml ● Hadiah misteri dari Covershots serta Bridal Bouquet

Cara untuk menyertainya mudah sahaja; hanya klik pada link- http://www.gsc.com.my/theproposal/index.html dan isi borang tertera. 100 pasangan yang mempunyai proposal paling kreatif akan memenangi goodie bag bernilai RM1,300 setiap satu dan akan dijemput ke peringkat akhir pertandingan ini yang akan diadakan pada hujung bulan ini di mana kamu dan si dia akan diadili oleh para juri profesional!

Tuesday, June 23, 2009

JOM! SERTAI BENGKEL KECANTIKAN KULIT COSMOPOLITAN DAN ROC!

Tarikh: Ogos 8, 2009 (Sabtu)
Tempat: Banker's Club, Kuala Lumpur (Penthouse of Amoda Hotel)
Masa: 10am-1pm
Bayaran: RM30 setiap seorang
Program: Nasihat rutin penjagaan kulit, penerangan kepentingan menjaga dan faktor penyebab penuaan kulit selain sesi soal jawab. Istimewa! Penampilan khas Yasmin Hani yang akan berkongsi tip kecantikannya.

*Kamu juga akan menerima goodie bag bernilai RM200 daripada ROC
*Hidangan ringan turut disediakan.

Cosmo kembali dengan aktiviti khusus untuk pembaca setianya! Dengan kerjasama ROC, Cosmopolitan sekali lagi mengajak kamu bersama-sama menyertai bengkel kecantikan kulit Julai ini. Ketahui aspek dan kepentigan penjagaan kulit serta faktor penyumbang masalah penuaan kulit. Bukan itu sahaja, kamu juga berpeluang pelajari rutin penjagaan harian yang betul untuk setiap jenis kulit. Nak tahu lebih lanjut, dapatkan segera naskhah terkini Cosmopolitan isu Julai dan selak ke halaman 59. Daftar sekarang kerana tempat adalah terhad!