Salam buat semua Cosmo gals!
Rindu pulak bila dah seminggu tak posting. Hope everyone is doing great and I rasa semua dah bersedia untuk menghayati bulan Ramadan ini dengan semangat baru. Dah ganti puasa belum? Nasib baik I sempat juga ganti tapi paling tekun ganti puasa dalam team Cosmo ni, Zaiti, almost every week dia puasa... ada puasa sunat jugak kot!
Bulan ni bukan sekadar nak bersiap untuk Raya tetapi juga untuk kembali kepada kesederhanaan dan jangan terlalu ghairah shopping nanti. Nasihat saya, berpada-padalah ya... Beli apa yang patut dan elakkan pembaziran lebih-lebih lagi time harga naik sana sini.
So, I rasa ramai jugak antara you all yang dah tempah baju raya dengan tailor kegemaran ataupun dah congak warna baju raya tahun ni. Kalau tak sempat, beli saja di pelbagai kiosk Ramadan nanti. Tak payahlah berpasang-pasang, satu pun dah memadai.
Bercerita pasal fesyen, I nak tahu juga you all punya interest in style. Sebab sebelum ni ada a few bloggers yang tertarik dengan ruangan fesyen Cosmo. So amatlah dialu-alukan feedback daripada you all sama ada fesyen yang ditampilkan dalam majalah sesuai dengan cita rasa kamu, perlukan lebih elemen tertentu dan jika produk yang digunakan bersesuaian.
Jangan segan kerana semua feedback yang kami terima adalah untuk meningkatkan mutu majalah untuk you all juga! Hope to hear from you soon!

Anida, me and Tasha feels small bila berdiri next to Dynas yang tinggi lampai!
Get the latest Cosmo kat kedai berhampiran sekarang! Cover girl bulan September ni, Dynas yang hot dengan pelbagai drama serta filem dan juga Pelakon Wanita TV Popular!
* Oh! Thank you Fara for your time datang bertemu pembaca Cosmo di MPH MidValley haritu. I'm truly honoured to have you walaupun tahu you busy giler that week! You're a sweetheart!Salam merdeka!
Izza