Cosmo team baru kembali dari "beryoya" dengan Dayang di Heritage Mansion, KL. But ofcourse, acara itu sebenarnya untuk pembaca Cosmo terpilih dan bertuah kerana dapat lepak dan berkenalan lebih rapat dengan Dayang. Bayangkanlah, dia sendiri yang duduk bersama kira-kira 15 pembaca/peminat dan melayan mereka, seperti tuan rumah. Apa yang mereka bualkan? Hanya mereka saja yang tahu.
Sambil sembang2, semua tetamu dapat peluang menjamu selera dengan menu menyelerakan - nasi lemak with gulai ayam (yummy), pasta dan dessert mangga & laici. Perfect!
Untuk menambah keseronokan, Cosmo team jalankan pop kuiz pada mereka. Soalan berdasarkan kisah dipaparkan dalam Cosmo Disember, antaranya termasuk makanan paling tak digemari Dayang dan nama Editor sendiri. Memang menguji daya ingatan mereka...Kelakar!
(nota: Gambar dipaparkan di sini dari kamera amatur. Better pictures will be uploaded real soon. Nantikannya!)
Love,
Anida.

