Thursday, February 5, 2009

Demam Anugerah!





Bulan ni bukan setakat sambutan Hari Kekasih, tapi bakal menjelma acara gilang gemilang Anugerah Grammy (8 Feb 09) dan Academy (22 Feb 09). Masa ni lah nak tengok bagaimana artis Hollywood melaram sakan dan sama ada mereka akan "ditahan" Fashion Police atau tidak. (Ada kala, mereka pun jadi fashion victims, pelik bukan?) Ofcourse, barisan artis yang dicalonkan tak kira dalam bidang muzik atau lakonan, tak kurang hebatnya. Untuk Grammy nanti, ia akan dihoskan LL Cool J dan Taylor Swift dengan persembahan gempak dari Coldplay, Kenny Chesney, Jennifer Hudson, Jonas Brothers, Lil Wayne, Carrie Underwood dan ramai lagi! Sementara itu, Hugh Jackman (aktor utama filem Australia, sigh!) bakal mengacarakan Anugerah Academy nanti. Hot, hot, hot!



Jom saksikan Grammy Awards di 8TV menerusi siaran tertunda (sejam) pada 9 Feb '09 (Isnin) jam 10.00 pagi. Dan bersempena Academy Awards, ntv7 akan menyiarkan barisan filem hebat seperti Dragon Heart, Mighty Joe Young dan The Recruit pada setiap malam Sabtu bermula 7 Feb '09 jam 10 malam. Saksikan juga siaran anugerah itu Jumaat, 27 Feb '09 jam 10 pagi! Ulang tayangnya pula pada Sabtu, 28 Feb '09 jam 10 malam. Silalah "award" dirimu ya!

Love,
Anida

Monday, February 2, 2009

Santapan Dua Sejoli di HRC


Sudahkah kamu berkunjung ke Hard Rock Cafe Kuala Lumpur yang kini berwajah baru? Kalau belum, apa kata buat temujanji bersama pasanganmu ke HRC di malam Hari Kekasih 14 Februari yang bakal tiba kurang dua minggu dari sekarang.

Sempena sambutan Hari Kekasih pada 14 Februari ini, HRC bakal menampilkan menu khas yang mempunyai 3 hidangan utama yang cukup lazat! Berlatar belakangkan suasana yang cukup romantik dan diiringi persembahan akustik dari band "SwitchGroove" pada hari tersebut, sudah pasti ia mampu menjadi kenangan yang tak dapat dilupakan!

Pakej makan malam yang di sediakan pada malam tersebut termasuklah Crabmeat and Mango Cocktail sebagai hidangan pembuka selera, pilihan hidangan utama terdiri daripada pilihan Panfried Seabass, Grilled Sirloin of Beef atau Supreme of Chicken and Scallop Combo dan Praline Chocolate “Heart” Cake pula sebagai hidangan pencuci mulut.


Hubungi 03- 27155555 untuk tempahan meja dan nikmati pakej makan malam ini dengan hanya RM99++ seorang.


Love,


Zura.


Wednesday, January 21, 2009

Rabu Sudah...

Selamat pagi! Apa khabar? Siapa dapat tiket ke Bride Wars malam tadi? Amacam, best tak? I loved it too...Kembang satu body tengok Cosmopolitan terpampang (lama plak tu) masa movie tu. Kamu perasan tak?

Anyways, I got satu soalan cepu "sedap" nak mintak pandangan you guys (gals). Berdasarkan pengalaman, (sendiri atau dari teman) - Bolehkah pasangan yang berlainan perangai kekal bersama? Kongsikan pandanganmu ya!

XOXO,
Anida

Wednesday, January 14, 2009

Gajet Gempak Januari Ini!

Selamat pagi! How's your week so far? Cosmo team seperti biasa, sibuk langsaikan kerja, sambil tu memenuhi undangan ke majlis pelancaran produk gempak. Minggu ni, tak sabar nak kongsi gajet keluaran Nokia dan Sony terbaru. Pasti kamu teruja!
Tadaaaa...Pandanglah lihatlah, Nokia 5800 XpressMusic yang dilancarkan di Pavilion KL, Jumaat lalu. Terkesima tak? (word kegemaran Zaiti..hehehehe) Bagi peminat touch screen, inilah yang terbaru dan paling sesuai.
Dilengkapi kamera autofokus 3.2MP, built-in GPS dan Nokia Maps, skrin lebar nHD dan mampu menyimpan hingga 12,000 lagu; memori telefon: 81MB dan boleh support hingga 16GB kad memori microSD. Hebatnya dalam genggaman!


And yesterday, sempat "lari" ke pelancaran notebook PC Sony Vaio P yang boleh muat poket seluar! Ala ala pegang macam clutch gitu. Dengan empat warna cukup cantik (Garnet Red, Olivine Green, Obsidian Black dan Crystal White), silap2 akan ada org ingat kamu genggam tas kecil di sebelah tangan.
Vaio P dengan kemampuan SSD hanya seberat 594g manakala dengan HDD, 620g saja tapi fungsinya, macam PC sedia ada. Jika kamu berminat dapatkannya sekarang, ada promosi menarik menantimu, boleh dapat baucar Levi's wooh! Tunggu apa lagi, check these two beauties out ya...
Love,
Anida




Monday, January 12, 2009

Jom makan malam bersama Noryn Aziz!



INGIN BERAMAH MESRA BERSAMA NORYN AZIZ SECARA LIVE? PEMBACA BERTUAH COSMOPOLITAN BULAN INI (DAN SEORANG RAKAN) BERPELUANG UNTUK MENGHADIRI MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA COVER GIRL COSMOPOLITAN JANUARI DAN TEAM COSMO, SECARA PERCUMA!

TEMPAT: CARLOS FOOD HEAVEN,

HERITAGE ROW, KL

TARIKH: JANUARI 15, 2009, KHAMIS

MASA: 7.00PM - 9.00PM

UNTUK TEMPAHAN, SILA HANTARKAN NAMA, NO IC, PEKERJAAN SERTA GAMBAR KAMU DAN RAKAN KE UNatasya@acpmagazines.com.my SEBELUM 14 JANUARI 2009.

TEMPAT ADALAH TERHAD. AKTIVITI EKSKLUSIF INI HANYA DIBUKA UNTUK TEMPAHAN TERAWAL SAHAJA.

JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI. JUMPA YOU ALL DISANA!



Wednesday, December 31, 2008

Makeover Mania bersama The Body Shop


Macam pernah lihat? Halaman ini ada dalam isu Januari dan ia antara hadiah hebat Cosmo khusus untukmu. Cosmo "cabar" kamu untuk sertai sesi makeover bersama jenama kosmetik terkenal, The Body Shop.
Teringin nak join? Beli saja produk The Body Shop pada harga minimum RM50, bukan saja kamu akan dirias cantik malah berpeluang menjadi model atau menjadi jemputan khas ke Pertandingan Solekan The Body Shop peringkat nasional pada Februari 2009. Wah! Acara berprestij tu...
Bukan itu saja, ada pelbagai lagi produk hebat bakal kamu menangi jika kamu sertai makeover hebat ini. Nak tahu lebih lanjut, segera dapatkan Cosmopolitan Januari 2009. Rugilah kalau terlepas ya!

Selamat Datang 2009!


Hi Cosmo darlings, apa khabar? Dah bersedia untuk melangkah ke Tahun Baru? Tinggal beberapa jam saja lagi kita akan tinggalkan 2008. Pejam celik, pejam celik kena ubah kalendar atas meja. Apa azam tahun baru ni? Untuk Cosmo, tentulah nak jadi majalah paling diminati, menjadi sumber rujukan yang hebat dan terus-terusan murah rezeki.

Begitu juga yang diharapkan cover girl Cosmo isu Januari - NORYN AZIZ. Hadiahnya buat peminat, album baru yang lebih komersial. Nak tahu rahsia dan petua dirinya untuk tampil hebat di pentas dan permaidani merah, kenalah beli dan baca sendiri. ;)
Juga menarik - sesi makeover mania dengan lapan pembaca Cosmo! Lihatlah penampilan sebelum dan hasilnya selepas itu. Sama ada idea fesyen atau kecantikan, tentu ada satu yang boleh kamu tiru. Inilah masanya nak cuba sesuatu yang baru untuk 2009 ini. Berbaloi!
Semestinya, pemburuan untuk wanita Fun Fearless Fabulous 2009 sudah pun bermula dengan penampilan Norhana Osman, kaki jalan2 sokmo ini. Satu yang Cosmo tak sempat sebut - she loves baking! Memang sedap cupcakes buatannya, yummy! Kami mengalu-alukan sesiapa yang ada kriteria Fun Fearless Fabulous, calonkan dirimu SEKARANG. Hantarkan emel dengan biodata dan gambar ke CosmopolitanMalaysia@acpmagazines.com.my. Tentu ramai yang dah dapatkan Cosmo Januari, tabiklah! Kepada yang belum tu, kamu dah boleh dapatkannya di pasaran. Dah dijual sejak seminggu lalu. Siapa Miss Cosmo, dia Miss Out tau! Have a happy new year. Mwahs!



Love,
Anida