Friday, September 4, 2009

Kerjaya Bosan? Cosmo Nak Tahu...

Nak tanya, ada sesiapa pernah rasa "stuck" dalam kerjaya (yang definitely tak best)? Jom kongsikan pengalaman dengan Cosmo di sini. Ceritalah bagaimana kamu hadapinya, atau ada tip nak hilangkan kebosanan dengan kerjaya ke atau ada yang sanggup berhenti kerja ke? Meh kongsi, meh...

Love,
Nida.

Iftar Cosmopolitan bersama Fafau, Liyana Jasmay & Irma Hasmie







Ampun maaf dipinta sebab tak berkesempatan nak upload pics dan story pasal buka puasa Cosmo dan readers tersayang ari tu. Kisahnya begini, Ogos 26 lalu, Cosmo telah adakan majlis iftar dengan 40 pembaca terpilih dan mereka berpeluang lepak2 dengan editor jemputan isu Ogos, Fara Fauzana, serta Liyana Jasmay dan Irma Hasmie yang pernah jadi wajah depan Cosmo tahun ini.
Tetamu terawal datang kira-kira 6.20pm, terdiri daripada pembaca. Liyana pula tiba dengan bondanya, nampak lesu jek adik manis kita ni sebab baru abes photo shoot sepanjang hari. Memang perutnya dah mula berkeroncong pun. Fara Fauzana yang memang vasss gitu sampai tak berapa lama kemudian. Letak2 beg terus melayan tetamu, memang hebat lah. Memang cuak jugak mula2 tu sebab cuaca tetiba gelap gelita, padahal jam belum pun 7pm. Hujan lebat turun, nasib baik tak teruk mana. Bila majlis mula, alhamdulillah dah reda. Minta maaf kalau ada pembaca yang kena pindah meja, tapi nak elak dari kalian pulang lencun jek nanti..hehehe..Eh lupa, Irma Hasmie pula tiba beberapa minit lepas waktu berbuka sebab stuck dalam traffic. Cian dia, tapi tetap jelita gitu.
Kemuncak majlis, Cosmo telah buat penyerahan A Bag Of Love kepada Kem Modal Insan Kewaja yang membantu wanita berdepan masalah hamil luar nikah. Terima kasih banyak2 kepada En Yahya Mohd Yusuf yang sudi datang mewakili Kewaja. Juga penaja terhormat seperti Maybelline (buka kaunter solekan jadi rebutan ramai tu) dan Garnier, serta Restoran Tarbush selaku penaja lokasi dan makanan. Memang makan sampai kenyang lah malam tu...Amacam, best tak?
-Nida-

Friday, August 21, 2009

Cosmopolitan September - Lebih Hebat!


Dah ada, dah ada...Isu September dengan wajah jelitawan terkenal, Maya Karin! Dan sebagai hadiah Ramadhan, kamu boleh dapatkan Cosmo Collection yang memaparkan koleksi fesyen Dingin/Sejuk 2009 serta paparan solekan musim terbaru ini. (All sweat and tears tau!)
Macam-macam cerita menarik disediakan termasuk bahaya memandu cuai, kesilapan baru yang mungkin kamu pernah lakukan, mampu meragut nyawa. Dan, gadis Cosmo bercerita pengalaman bercinta yang nakal (we like!), kelakar dan mengejutkan betul. Dan cara kamu boleh rapatkan hubungan kekeluargaan bila konflik melanda kamu dan adik-beradik.
Check out spread tentang dua Nana (Nurul Hana EraFM dan Liyana Jasmay), pasti ada satu inspirasi solekan boleh digayakan sempena Aidilfitri nanti. Ikuti kisah menarik pengalaman raya mereka, dan bagaimana Nana (EraFM) kali pertama beraya sebagai seorang isteri.
Bonus: sampel gincu dari Maybelline untuk kamu!! Untungnya....

Dah Dua Ratus!!!!!

Hello everyone,

Seronok betul melihat perkembangan blog kami yang bermula sebagai ruang untuk memperkenalkan majalah ini hinggalah ia kini menjadi medan untuk berkongsi idea, rasa dan aktiviti. Sejak ia mula hadir, saya dan team Cosmo sentiasa berusaha memberikan posting yang terkini (walaupun ada kalanya senyap seketika - maknanya kami sibuk menyiapkan majalah akan datang ye...) bukan untuk bermegah tetapi sekadar berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang tak kesampaian untuk muncul dalam majalah.

Selain itu, kami amat berterima kasih dengan kesungguhan pengunjung blog sekalian menyertai ruangan undian yang banyak memberi manfaat serta data berharga untuk kami serapkan dalam rencana Cosmopolitan. Thanks girls!

Kini follower blog dah mencecah 200 orang, tahniah kepada "Hypercopycat cicakgal" - sila hubungi Cik Ungku Natasya di pejabat kami untuk dapatkan hadiah misteri pengunjung blog ke-200!

Keep the comments coming. We welcome any ideas that can make this blog a much "happening" place for you to visit everyday!

Salam Ramadhan from Izza, Zaiti, Anida, Nana, Zura, Nisa' and Natasya!

Wednesday, August 5, 2009

Cosmo Majalah Rasmi Gadis Melayu 2




Dear ladies (and guys),

Ogos ini menjadi permulaan kembara baru Cosmopolitan dalam memantapkan aktiviti sampingan majalah kesayanganmu ini. Mungkin ada yang dah tahu sebelum ini, Cosmopolitan menjadi majalah rasmi rancangan yang kini menjadi bualan hangat Gadis Melayu musim kedua di TV9.

Jika kamu setia menontonya tahun lalu, tentu kenal dengan format programnya yang menerapkan elemen budaya Melayu dari pelbagai aspek. Pendekatan untuk musim terbaru ini masih lagi konsep sama tetapi ia turut menerapkan elemen kreatif dan adventure untuk selari dengan aliran terkini.

Kami di Cosmo amat berbesar hati untuk turut sama menjayakan program realiti ini dan telahpun turut serta dalam sesi audition dan pemilihan finalis sejak beberapa bulan lalu. Saya juga dijemput untuk menjadi juri ujibakat di Shah Alam dan Kuala Lumpur bersama beberapa juri ternama. Tidak dinafikan ia adalah antara pengalaman yang cukup menarik. Bukan mudah untuk menemubual ratusan gadis yang datang dengan harapan menggunung untuk diterima sebagai peserta Gadis Melayu.

Terima kasih kepada yang sudi hadir sesi ujibakat di semua lokasi dan sekiranya kamu bukan yang terpilih ke peringkat akhir, masih ada ruang untuk kamu perbaiki dan pelajari. Mana tahu, tahun depan ada peluang baru. Saya tabik kesemua peserta ujibakat kerana berani dan bersungguh-sungguh datang to prove yourselves.

Untuk saksikan bermacam aksi di sesi ujibakat, tonton Gadis Melayu musim ke-2, esok (Khamis, 6 Ogos, 9.30malam). Episod pertama ini juga akan turut memperkenalkan 12 peserta akhir yang bakal merebut gelaran Ikon Gadis Melayu. Episod seterusnya (juga waktu dan hari siaran yang sama) akan menyaksikan peserta terbabit dalam pelbagai tugasan serta ujian dan seorang bakal tersingkir setiap minggu sehingga episod akhir November nanti.

Uniknya musim ini, peserta yang terpilih juga datang dari latar yang berbeza dan terbabit dalam pelbagai bidang sebelum menyertai Gadis Melayu. Lihat nanti transformasi gadis urban menjadi wanita Melayu unggul!

Salam,
Izza

Wednesday, July 22, 2009

"Miliki" Michael Jackson

Tak lama lagi Ogos bakal menjelma, cepatnya masa berlalu! Sedar tak sedar, Raja Pop Dunia - Michael Jackson dah hampir sebulan meninggalkan kita. Biarpun banyak spekulasi dan kontroversi di sebalik dan selepas pemergiannya, but his music lives on. Pasti ramai antara kamu yang membesar dengan lagu2 hebatnya. My personal favourite is The Way You Make Me Feel, boleh ulang dengar banyak2 kali. Tak jemu langsung.
And now, Cosmo nak bagi peluang kepada pengunjung blog ini untuk memenangi album kompilasi lagu2 hebat Michael Jackson yang terbaru edaran Sony Music Malaysia! Caranya cukup "kacang". Siapa boleh lengkapkan sebaris lirik lagu di bawah akan dihubungi Cosmo untuk mendapatkan album fantastik ini...

1) Just beat it, beat it, beat it, beat it, no…………………………….

2) Billie jean is not my lover, she’s……………………………..

3) Cause this is thriller, thriller night, and…………………..

Senangnyaaa...cubalah! Kita lihat siapa peminat MJ paling gempak!!

Love, Anida.

Tuesday, July 21, 2009

Fara Fauzana Editor Baru Cosmo??

Terkejutkah? Memang TIDAK benar, tapi yang sebenarnya - Fara Fauzana menjadi editor jemputan untuk isu Ogos ini. Bila Cosmo team mintak Fafau menulis, bukan main laju lagi dia membalas. Lihatlah sendiri hasil nukilannya pada ruangan Editor's Note (FYI, Izza masih bos kami ya..hehe) dan Cover Story. Sampai hati juga Fara ni "menyalahkan" Cosmo kerana buatnya gila fesyen. "Masalahnya," ramai je gadis Cosmo lain yang mula menggilai fesyen paparan setiap bulan, betul tak? Fara juga sempat memilih produk kecantikan diminatinya dalam Editor's Pick, dia sendiri rambang mata nak pilih idaman kalbu. Soon, Fara akan berkongsi her thoughts di blog ini. Nantikannya ya.

Yang ni...sewaktu Fafau berkunjung ke ofis Cosmo. Editor jemputan kenalah buat keje...Hehe..

Lagi yang menarik - ada cenderahati istimewa dari Herbal Essences, iaitu sampel conditioner Long Term Relationship, sesuai untuk gadis Cosmo berambut panjang. Memang hot!
Cerita hebat bulan ini:
* Dynas "membintangi" Cosmo fashion spread!! Cantik habis, siap bawa dia shoot di Singapura lagik. Lihatlah sendiri. :)
* Pelan Pikat Si Dia - macam mana ya nak tackle si dia tanpa kelihatan terlalu over atau jual mahal? Ada caranya...
* Periksa dirimu! Sama ada kamu jenis pendendam atau mudah memaafkan. Check out Youniverse Quiz ya.
* Perasan tak deretan poll yang kami letak di sini bulan lepas? Yang dijawab kamu tuuu...Hasil tinjauan pun kami paparkan dalam bulan Ogos ni.
* Dah plan untuk buka puasa di mana (this time next month dah puasa, wah!)? Ada senarai tempat best dengan pakej menarik sempena Ramadhan ni.
* Lebih meletup...! Macam2 produk L'oreal boleh kamu dapatkan secara percuma, kira hadiah Raya lah tu...
Apa lagi, cepat dapatkan isu Ogos dengan wajah Fara Fauzana tu ya. Rugi kalau terlepassssss...

love,
Anida