Wednesday, October 5, 2011

Cosmopolitan Oktober 2011 bersama TIZ ZAQYAH


Dah dapatkan belum majalah terbaru Cosmopolitan edisi Oktober. And on the cover is the beautiful Tiz Zaqyah, and kami terima pelbagai reaksi daripada kamu di FB. Terima kasih kerana terus memberi komen membina and for those yang dah menambah-lengkap koleksi Cosmo, jutaan terima kasih. We love you too! Here are some of the behind the scene photos of Tiz being made up by well-known makeup artist, Tiar Zainal...


Bagi yang belum dapatkannya, jangan ketinggalan sebab Tiz ada kongsi kisah cinta terbarunya dan lihatlah sendiri lakaran wajahnya yang telah dia lakukan dalam less than a minute. This girl sure knows how to draw!

Friday, August 26, 2011

Happy Eid from Cosmopolitan Malaysia!

(Dari kiri) Fauziah, freelancer; Norasyikin Abd Wahid, Fashion Assistant; Nana Marlini Ghazali, Beauty Editor; Steve Chua, Graphic Designer; Nurul Azwa, Art Director; Eena Houzyama, Editor; Anida Salwani Abdul Hadi, Features Editor dan Siti Syahidah, Sub Editor.

Selamat pulang beraya dan jangan lupa bawa bersama Cosmo edisi September buat peneman kamu! Drive safe & have a great Aidilfitri.

XOXO!

Monday, August 22, 2011

Jom Sertai Bengkel Kunci COSMO ke Fashionista Menawan bersama shu uemura

Jadilah antara 60 pembaca terawal untuk menyertai bengkel hebat ini!

September ini, Cosmopolitan dengan kerjasama shu uemura buat pertama kalinya menganjurkan Bengkel Kunci Cosmo ke Fashionista Menawan. Pakar jurusolek dari shu uemura, Lisa Yap akan berkongsi jenis solekan edgy dan urban chic untuk kamu tampil lebih bergaya dan
menyerlah. Bukan itu sahaja, pakar dari Tangs Chabom Chan akan membawamu ke alam gaya fashionista terkini.

Tarikh: Oktober 8, 2011 (Sabtu)
Masa: 10am – 3pm
Tempat: DoubleTree by Hilton, Kuala Lumpur
Bayaran: RM50 setiap seorang

Program:
- Demo solekan fashionista oleh Lisa Yap, shu uemura chief make-up artist.
- Sesi suai padan top dan bottom, tip gaya dan warna serasi bentuk tubuh serta cara padankan aksesori yang sesuai oleh Chabom Chan, senior fashion stylist dari TANGS Pavilion.

Cabutan Bertuah!
10 pembaca bakal memenangi produk shu uemura dan Cosmopolitan bernilai RM200!
5 pembaca bakal memenangi baucar TANGS benilai RM200!

*Kamu akan menerima cenderamata dari shu uemura, TANGS dan Cosmopolitan.
*Jamuan ringan turut disediakan

Menarik bukan? Hantar segera borang penyertaanmu kerana tempat adalah terhad!


Shila Amzah on Cosmo September Issue!


Mempersembahkan... Cosmo Malaysia Raya Issue! Bersama the lovely miss Shila Amzah yang kini sedang meletup di Youtube dengan lagu Patah Seribu. We think that she's our youngest cover so far! #fakta. Dia berkongsi kisah peluang berganding dengan Ning Baizura dan JaclynVictor untuk album Tiga Suara serta hubungannya dengan Bruno Mars! Segalanya ada di dalam edisi ini ya.

Istimewa buat kamu! Rebut peluang menangi gincu untuk hari raya ini. Kami ada lebih 100 untuk dihadiahkan. Siapa cepat, dia dapat okey.

Juga ada tip istimewa buat "bekalan" kamu pulang beraya. Cara untuk serasi dengan semua orang. Memang berguna bila kamu nak menghadiri rumah terbuka dan berjumpa keluarga yang mungkin dah lama tak ditemui. Biar kamu jadi gadis yang disukai semua!

Tunggu apa lagi? Ada pelbagai tips, kisah dan rencana hebat ditulis hanya untuk kamu.
We love you!

XOXO!

Thursday, August 11, 2011

A Special Message from Fazura!



Fazura sends her love to all Cosmopolitan readers. Check it out!

Friday, July 29, 2011

Salam Ramadhan

Cosmopolitan Malaysia nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa. Do check out our August issue with many tips and stories agar kamu dapat buat persiapan sewajarnya untuk Raya nanti.


Miss Cosmo, Miss Out!

Wednesday, July 27, 2011

Dah Dapatkan Cosmopolitan Edisi Ogos? Ada Nur Fazura!


Isn't she HOT?! Cosmo cukup gembira apabila Fazura yang diketahui sibuk dengan jadual lakonannya bersetuju untuk muncul sebagai Cover Star Cosmo bulan ini. Apatah lagi, namanya sering disebut-sebut oleh kamu bila ditanya siapa bintang paling hangat ketika ini. Ikuti kisahnya seperti diceritakan kepada Zura Ahmad dalam Cover Story. Lihat sendiri lakaran kek kahwin idamannya, beria-ia Fazura melukisnya agar kamu pun boleh lihat sendiri betapa dia mahukan hari bahagianya nanti jadi cukup sempurna. Tak kiralah bila ia akan berlaku, Cosmo tak sabar nak melihatnya nanti.

Istimewa untuk kamu, THE BIG SHOE AND BAG GIVEAWAY. Cosmo tahu bila dah nak dekat raya ni, antara persiapan gadis Cosmo yang gemar bergaya kenalah ada kasut dan beg. Kasut mana sesuai untuk ke majlis berbuka atau acara iftar santai bersama teman. Dan sudah tentu, kasut ini boleh kamu pakai terus time Raya nanti. Jangan lepas peluang menangi kasut dan beg yang akan dihadiahkan kepada pembaca bertuah dalam isu ini.

Disebabkan Raya datang hujung bulan, gaji pun masuk mungkin tak membuatkan kamu sempat nak buat persiapan yang diidamkan, Cosmo kongsikan rencana 10 Hari Persediaan Sambut Syawal Sempurna. Lengkap dengan check list dan countdown dari hari gaji ke Aidilfitri untuk kamu guna pakai.

Dan pelajari cara nak suai padan fesyen Malaysiana dalam busana harian kamu untuk tampil lebih bergaya. Terus ke halaman 60 dan berseronoklah dengan inspirasi yang telah dikongsikan oleh Syikin Wahid.

Teruja? Dapatkan edisi Ogos SEKARANG!