Wednesday, July 11, 2012



Gaya Musim Panas Fitflop!



Nak tampil lebih menyerlah berbanding yang lain? Cosmo cadangkan kamu sarungkan sepatu musim panas terbaru dari FitFlop. Bukan saja selesa dipakai, malah ia didatangkan dalam pelbagai warna dan corak menarik dengan inspirasi retro dan perincian yang cukup menawan. Apa tunggu lagi, dapatkan satu untuk kamu melaram pakai ketika bersantai bersama kawan-kawan mahupun ketika sesi janji temu kasual dengan si dia.
Gaya musim panas ini!

Boleh didapati di Isetan KLCC, Isetan Gardens, Parkson Pavilion, Parkson One Utama, Parkson Gurney Drive, Metrojaya City, Robinson The Gardens, FitFlop Kiosk di Bangsar Village I, Bratpack Great Eastern Mall, Bratpack Hartamas Shopping Centre, Bratpack Bangsar Village II, dan Bratpack e@Curve.

Floretta - Flame

Relaks Di Rumah Bersama Jojo Struys



Cosmo bukanlah maksudkan kamu boleh bawa Jojo Struys balik ke rumah untuk temankan kamu tenangkan fikiran ya… Aktiviti relaxation sudah menjadi trend sekarang ini, sebab itulah Jojo Struys - pengacara TV, pelakon dan columnist yang terkenal sebagai health enthusiat ini melancarkan CD relaxation yang dihasilkannya sendiri untuk bantu kamu relakskan tubuh selepas seharian penat di pejabat, rumah mahupun kolej.
Jojo Struys
Kajian oleh The American Society of Hypertension mendapati mendengar muzik yang tenang selama 30 minit sehari boleh mengurangkan tekanan darah tinggi. “Ada banyak kajian tentang muzik relaxation. Hospital di seluruh dunia pun dah mula gunakan terapi muzik untuk kurangkan rasa sakit dan rasa bimbang pesakit,” kata Jojo. Muzik menenangkan ini juga boleh bantu legakan otot-otot yang tegang dan mengumpul aura positif. Jadi buat kamu yang tengah stress dengan masalah cinta atau kerja yang bertimbun, cuba ambil masa untuk relakskan diri dengan mendengar muzik ini sambil melakukan senaman ringkas atau yoga. (Selak Cosmo halaman 136 edisi Julai untuk langkah senaman mudah!)
Langkah pertama yang kamu kena buat adalah dapatkan CD Letting Go with Jojo Struys yang mempunyai enam trek audio khas untuk bantu kamu atasi stress dan kembali positif seperti trek After a Long Day. Bila singgah ke mana-mana cawangan Starbucks untuk beli kopi, belilah sekali CD ini dengan harga RM27. Jika kamu gunakan kad Starbucks, kamu boleh belinya dengan harga RM19.90 saja. Best, kan?

Sesi “Mengopi” Di rumah!




Coffee Bean Tea Leaf Bar
Kamu jenis yang tak boleh “hidup” tanpa kopi dan mesti minum sekurang-kurangnya sekali sehari? Haa, ini mungkin produk paling sesuai untuk kamu: Mesin pembancuh kopi CBTL dari Coffee Bean yang hanya menggunakan kapsul. Memang sesuai sangatlah untuk kamu yang sentiasa sibuk dan always on-the-go kerana mesin ini adalah “life savior” yang bakal menjadi “BFF” kamu semasa bekerja mahupun ketika chill out di rumah.
Mesin kopi jenis Kaldi
            Apa kata kamu lari ke Coffee Bean berdekatan sekarang dan dapatkan satu untuk tukar rumah atau pejabat kamu menjadi kedai “kopi mahal”! Kamu boleh pilih sama ada mahukan The Contata (13.75”L x 7”W x 10.5”H) yang berharga RM880 atau The Kaldi, (14.75”L x 7”W x 10.5”H) yang berharga RM980. Terdapat pelbagai jenis kopi espresso, kopi brew dan teh, jadi kamu boleh pilih dan minum mengikut mood: Sewaktu bekerja, relaks dan lepak bersama kawan-kawan. Dengan harga hanya RM21, kamu dapat 10 jenis kopi, espresso dan teh berlainan rasa. Jadi tidaklah kamu bosan dengan satu perisa saja!


Cara mudah nak guna:

Vanilla Latte (Hidangan: 12 oz)
Tuang susu ke CBTL Milk Frother ke tahap maksimum dan panaskannya menggunakan frother wand. Sebatikan CBTL kapsul Espresso ke dalam cawan dengan menekan butang “Small Cup”. Masukkan paket French Deluxe Vanila. Tambah susu frothed ke dalam cawan ¼ inci bawah rim dan tambah foam untuk hasil yang lagi best!

Café Mocha (Hidangan: 12 oz)
Tuang susu ke CBTL Milk Fronter ke tahap maksimum dan panaskannya menggunakan frother wand. Sebatikan CBTL kapsul Coffee ke dalam cawan dengan menekan butang “Large Cup”. Masukkan paket Special Dutch Chocolate. Masukkan susu frothed ke dalam cawan ¼ inci bawah rim dan tambah foam untuk kopi yang “kaw”!

Espresso panas, yummy!
Cara mudah gunakan CBTL


Wednesday, July 4, 2012

Kamu ingin bersantai di hujung minggu sambil menonton konsert khas sempena Summer in Clinique Beach Party? Jangan lupa dapatkan tiket kamu dengan segera! Dengan setiap tiket kamu juga akan menerima goodie bag istimewa dari Cosmo dan Clinique!
Jika kamu teringin nak jadi cover girl majalah kami, jangan lupa untuk datang untuk sesi ujibakat "live" pada hari yang sama. Mungkin kamu ada gaya jadi cover girl ...So, jangan lepaskan peluang keemasan ini Cosmoholics!

Wednesday, June 6, 2012

Selamat Pengantin Baru Nurul & Eric Depp

Gambar dari koleksi saya (Eena) semasa menghadiri majlis akad nikah penyanyi Nurul Wahab pagi tadi. Saya dah mengenali Nurul lebih 10 tahun dan we are always supportive of each other.  Sebagai sahabat saya begitu gembira dapat bersama meraikan hari yang istimewa buat Nurul.
Gambar saya (Eena) bersama pengantin


Just nak share gambar khas buat pembaca Cosmo. Wish i had a proper camera and could take more pictures. Sorry tapi itu je yang dapat saya snap pakai Blackberry.  Yang pasti, we should always cherish the friendship we have made over the years. Sometimes its the smallest gesture you do that your friend would keep in their minds and hearts forever.
Majlis yang serba ringkas tapi penuh dengan kasih sayang dan gelak tawa sahabat dan keluarga.






Tuesday, June 5, 2012


Semalam team Cosmo dijemput untuk menghadiri pelancaran program baru "Edventures in Asia" yang kini disiarkan setiap Ahad, 9 mlm di saluran Life Inspired HD, Astro (channel 706). Bukan saja dapat jumpa dengan Chef terkenal dari Korea Chef Edward, tapi kami juga dapat rasa empat hidangan istimewa yang dimasak khas buat semua media yang hadir. 

Hidangan 1 : "SamGye Tang"

Ayam yang chilled dihidang bersama buih perisa ginseng dan salad segar.
Komen Cosmo : Sedap dan sangat menyelerakan tapi kalau kamu tak suka makanan yang sejuk, mungkin kamu tak kan boleh telan sampai habis.




Hidangan 2 : "Foie Grais & Doeun Jang"

Ini pula sup yang amat creamy! Kalau nak tahu foie grais ialah hati itik tapi sangat digemari oleh orang barat kerana rasanya yang sangat lemak. Disini foie grais dah dimasak dengan campuran kekacang dan dihidang bersama sayuran jeruk Korea.

Komen Cosmo: Wow! Walaupun rasanya sangat creamy tapi bila dimakan dengan jeruk sayuran memang kena dan sesuai. It was so addictive..tak boleh stop makan walaupun dah agak muak.







Hidangan 3 : "Galbi Jjim"

Wagyu Beef direbus hingga lembut dihidangkan bersama sayur-sayuran dan salad epal.

Komen Cosmo: Lihat saja gambar sudah boleh teringat rasa keseluruhan hidangan ini. Daging wagyu yang direbus hingga lembut dan melt in your mouth, di makan bersama mash potatoes yang buttery buat kami hingga tak terkata. Selain daging dan ubi kentang, Chef Edward juga selitkan salad epal hijau bersama cili. Kombinasi hidangan ini memang tak boleh kami lupakan.








Hidangan 4 : "Yuza & Bokbunja"

Masam dan manis. Ais krim sorbet berries dihidangkan dengan mousse yogurt dengan rice crispies.

Komen Cosmo:  Pencuci mulut yang amat unik. Bukan saje ais krim sorbet beri kombinasi manis dan masam secukupnya, tapi mousse yogurt juga penutup set hidangan yang sungguh istimewa.















Friday, June 1, 2012


Bosan lepak dirumah dihujung minggu? Teringin nak join beach party untuk relaks dan berparti dengan kawan-kawan? Jenama kecantikan Clinique tampilkan Summer In Clinique Beach Party 2012 di Wave Pool, Sunway Lagoon, 14hb Julai ini. Jika kamu ingin turut serta, jangan lupa dapatkan borang penyertaan dalam isu bulan Jun atau Julai nanti. Kamu juga boleh beli tiket bernilai hanya RM60 di mana-mana kaunter Clinique. If you think you are our next cover girl, dont forget to sign up and be part of the Cosmo Cover Girl search during the event!  Harap jumpa disana! psssttt...Cosmo dengar ada banyak hadiah menarik menanti kamu...