Friday, November 30, 2012

Cosmo Disember 2012 - MAYA KARIN


Check it out! Cosmo edisi Disember bersama Maya Karin. Pasti dah ramai yang dah dapatkannya tapi kepada yang belum, you have to get it! Selain wawancara eksklusif Maya bersama editor, Eena yang menyentuh topik dalam peribadi dalam hidupnya termasuk cinta dan how to live your life to the fullest, sudah tentu ada pelbagai tip fesyen, kecantikan dan gaya hidup untuk ceriakan hujung tahunmu.

BTS Cosmo Cover Shoot: Antara aksesori yang tersedia untuk Maya Karin. Thank you sponsors!

BTS Cosmo Cover Shoot: Sebenarnya ada tiga rak baju tersedia tau!

Maya sedang beraksi untuk shot Cover Story. Menariknya, it was a super fast photo shoot sebab Maya memang selesa depan kamera, sambil diiringi muzik rancak pilihannya.

Friday, November 16, 2012


Akan Datang!
The Apprentice Asia


Nak jadi usahawan yang hebat? Why not try out your chance on The Apprentice Asia!
Caranya: 
Anyone aged 21 years and older who is residing and working in Asia can apply. We are looking for candidates who are hungry for success, passionate about life and determined to take the next step in their career. You can download the application forms here
 (http://www.axn-asia.com/programs/theapprenticeasia)
 Applications must be sent via mail to:
The Apprentice Asia
FremantleMedia Asia Pte Ltd
10 Raeburn Park, Block A #03-02/03
Singapore 088702

All the best pada yang nak cuba join peluang hebat ini!

Tuesday, October 30, 2012

Undi Yang Paling Fun, Fearless & Fabulous Sekarang!
Kamu berpeluang memenangi hadiah hebat dari team Cosmo dengan undian kamu. Jangan lupa dapatkan isu bulan November untuk lebih maklumat!

Mid Valley Megamall & The Gardens Mall 

kini menyediakan Ladies Parking Zone!

Mid Valley Megamall - Ladies Parking at Zone A, Level P2
  Kini tak perlu lagi nak risau jika teringin pergi shopping di Mid Valley Megamall atau The Gardens Mall kerana kedua-dua shopping ini menyediakan tempat letak kereta khas buat wanita. 
Kamu hanya perlu tuju ke zon khas yang disediakan seperti yang tertera pada gambar diatas dan dibawah. 
Bestnya kalau setiap shopping mall ada menyediakan parking khas buat wanita! Yang pasti bila rasa selamat dan tenang, aktiviti beli-belah pun lebih fun and fabulous.
The Gardens Mall - Ladies Parking at Zone B, Level P2


Kriteria mesti ada untuk kebenaran meletakkan kereta di Ladies Parking Zone ialah:
-         Pemandu wanita (single or with female passengers and/or with children)
-         Pengunjung yang punyai tiket parking yang sah.
-         Entry made between 7am to 11pm daily


Happy Shopping Ladies!
& thank you Mid Valley Megamall and The Gardens Mall for always having womens safety first in mind!

Monday, October 22, 2012






 Behind the scenes - Clinique Cover Girl Search

Nina Azrah

Pencarian Cover Girl cukup mengujakan dan inilah pemenangnya, Nina Azrah Razali. Dengan wajah fotogenik dan personaliti yang begitu menepati ciri fun, fearless dan fabulous, dia selayaknya dinobat juara!
Ikuti temuramah Anida Salwani Abdul Hadi bersama hot Nina dalam isu bulan November. Kini dipasaran!



Clinique expert David Ooi sibuk menyiapkan wajah Nina untuk shoot.                   





Nina begitu natural depan camera.
Kesian Nina tak sempat makan lagi dari pagi. Excited photo shoot!


Friday, October 12, 2012

Kita Minum Duluuuu...!

Kalau kamu rasa lemau, tak fresh dan kulit pun kering semacam... Mungkin kamu tak cukup air dalam badan. Atau dalam erti kata lain tubuh dah tunjukkan simptom nyahidrat. Dan kalau nak ikutkan, air berperisa, soda, kopi, teh dan juga alkohol sebenarnya penyebab tubuh nyahidrat tau. So, penawar terbaik untuk tubuh kekal bertenaga dan kamu pun tak mudah lesu adalah minum banyak-banyak air kosong.

Seperti baru-baru ni, jenama botol plastik yang happening, BROS telah adakan kempen Hydrate, Tag & Go. Angkat tangan siapa kena "serbu" dengan duta mereka? Sewaktu kempen tu, team duta BROS telah adakan sesi jelajah dan siapa yang kena "terjah" diberi satu botol air BROS (bestnya!) dan penerima kena bergambar dengan pasukan sorak mereka, kemudian download gambar tu ke FB BROS dan tag lima kawan dalam gambar itu. Agak menarik juga cara mereka nak sebarkan manfaat dan kesedaran on drinking water.

Cosmo suka sebab menerusi kempen sebegini, kamu boleh mulakan tabiat bawa botol air sendiri ke mana2 saja. Just one bottle that can last you a lifetime! Bukan saja dapat manfaat minum air untuk pastikan tubuh sentiasa hydrated, pada masa sama, kamu jadi gadis Cosmo yang bijak berjimat (tak perlu beli air mineral kerap kali) dan sayangkan alam sekitar. Siapa kata nak buat benda baik ni susah? Harap2 kamu pun dah memulakannya...

Koleksi terbaru BROS, cantiknya!

Antara "mangsa" serbuan team BROS.

 So, enjoy your weekend. Dan kalau keluar melepak atau berekreasi tu, bawalah botol air sendiri k.

Wednesday, October 10, 2012

Slowww Wednesday

Allooooo Cosmo Beauties,

Mungkin sebab di cubicle nan sepi ini tinggal saya sorang jek (yang lain sibuk dengan shoot cover. Siapa? Rahsialah tapi mestilah gempak orangnya), rasa lambatnya nak pukul 6, padahal kerja jalan juga, pagi tadi dah pergi ke product launch.... and aaaaccctuallyyyy the office has been buzzing with activites dari pagi dengan meetingnya, dengan shootnya... Anyway, bercakap tentang launch pagi tadi. Finally jenama Aveda sampai ke Malaysia. Mesti dah pernah dengar kan? Or kalau belum, it's actually a beauty brand, yang sangat mementingkan alam sekitar, menawarkan high performing products yang bagus untuk professionals, pelanggan-pelanggan dan juga Bumi. Kiranya apa jua produk Aveda yang kamu gunakan melalui satu kitaran penuh dan kitaran itu tak putus (cradle to cradle). Dari alam sekitar, ia kembali ke alam sekitar. Contohnya, kamu bersyampu, syampu itu mengandungi khasiat tumbuh-tumbuhan, air bilasan rambut kamu itu mengalir semula ke tanah dan membantu menyuburkannya. Tak ada satu pun yang akan merosakkan alam sekitar yang kita cintai ini. Inilah syarikat kecantikan pertama yang berfungsi dengan 100% kuasa angin (macam gambar di bawah ni).
High-Res Stock Photography: Valley with wind turbines
Getty Images
90% dari minyak pati dan 89% herba-herba yang terkandung dalam produk-produknya adalah certified organic. Semua ni kamu boleh baca sendiri di website mereka. Taknaklah cerita banyak sekarang. Nanti Cosmo perkenalkan produk-produknya dalam majalah ok. Nak balik try dulu! Yeay dah pukul 6....bye