Friday, July 23, 2010

Isu Ogos Lebih Hebat

Yessza... Isu Ogos dah keluar di pasaran. Tunggu apa lagi? Kenalah dapatkan satu untuk lengkapkan koleksi kamu. Bulan ini, Dayang Nurfaizah "menjelma" dalam Cosmo sebagai editor jemputan. Memang kena kerah abis buat story.. Hehe! Macam-macam dia kongsikan, jadi kamu kena baca dari awal sampai ke sudah ya.
Istimewa bulan ini - Kad diskaun daripada GAP yang eksklusif untuk COSMOPOLITAN MALAYSIA yang membolehkan kamu membeli denim (untuk pakai raya ofcourse) dengan harga diskaun. Juga, promosi Ramadhan menjanjikan hadiah bernilai RM10,000 kesemuanya. Memang rugi kalau kamu tak sertai dan menangi sesuatu.
Pada pembaca Cosmo yang telah menyertai acara Hot Date dengan jejaka terhangat di e@Curve bulan lalu, ada gambar kalian bersama artis lelaki pujaan di situ. Simpan buat kenang-kenangan.
Dan lagi paparan eksklusif. Team Cosmo dapat masuk pejabat Datuk Siti Nurhaliza untuk ketahui rahsia kejayaannya dalam bisnes kosmetik SimplySiti dan rancangannya selepas ini.
Di bawah, ada beberapa gambar behind the scene daripada cover shoot bersama Dayang Nurfaizah. Enjoy!

Antara gaya menarik lagi cantik oleh Dayang.

Biarpun dah petang, tapi Dayang tetap bertenaga depan kamera.

Lagi pose menarik Dayang.

Editor, Izza dan Editor Jemputan bergambar bersama.

Antara koleksi aksesori dan kasut terbentang untuk dipakai Dayang.

Segera dapatkan isu Ogos ya. Miss Cosmo, Miss Out!