Wednesday, November 24, 2010

Cosmopolitan Edisi Disember 2010 Di Pasaran HARI INI!




video

Nak tahu KENAPA Mizz Nina terima lamaran Noh, Cosmo ada kisahnya. Kenalah dapatkan edisi Disember yang sudah ada di pasaran hari ini. Team Cosmo macam nak menari-nari bila buat penggambaran dengannya sebab lagu What You Waiting For tu memang sentiasa terngiang2.
Apa lagi yang menarik? Sudah tentu idea untuk kamu update almari dengan produk fesyen terkini untuk sambut tahun baru. Lebih eksklusif, editor Cosmo dari seluruh dunia sekali lagi kongsi tip dan cara untuk memperhangatkan detik mengucapkan selamat tinggal kepada 2010.
Untuk yang sedang bercinta, atau baru nak belajar ilmu perhubungan, ketahui cara "terbalik" bagi memenangi hatinya. Lagi kamu buat "bodoh" lagi si dia sayang, percaya tak? Kenalah baca Cosmo kalau nak tahu lanjut. Juga, cara berjalan yang betul untuk buat si dia naik angau. Itu pun ada caranya...
Tunggu apa lagi, terus ke kedai berhampiran untuk dapatkan senaskhah majalah kesayanganmu ini, biar lengkap koleksi Cosmopolitan kamu bagi 2010.
Miss Cosmo, Miss Out!

Tuesday, November 9, 2010

JOM SERTAI COSMO DI PINK BAZAAR AND AUCTION SABTU INI!


Jom sertai Cosmo melawan kanser serviks di Pink Bazaar and Auction, sebuah inisiatif di bawah "Power over Cervical Cancer" (POCC) . Bertemakan “Fight Cervical Cancer in Style, Best Friends Forever”, kempen ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran dan memperlengkapkan wanita di Malaysia untuk memperoleh kuasa terhadap kanser serviks.

Antara aktiviti yang terdapat di Pink Bazaar ini termasuk lelongan barangan peribadi sumbangan dari selebriti tempatan, jualan dari pelbagai jenama fesyen dan kecantikan serta khidmat nasihat mengenai kanser serviks. Cosmopolitan dan CLEO juga turut mengadakan aktiviti jualan majalah serta langganan percuma kepada pembaca bertuah. Separuh dari hasil jualan dan sumbangan ini akan disalurkan ke National Cancer Society Malaysia (NCSM) untuk untuk mempertingkatkan servis terhadap pesakit kanser serviks seperti screenings, support groups serta inisiatif untuk menaikkan tahap kesedaran mengenai kanser serviks di kalangan kaum wanita di Malaysia. Kamu juga digalakkaan untuk berkongsi your own digital photo pledge melalui website interaktif info kanser serviks iaitu www.pocc.com.my

So ladies, let's your support and join Cosmopolitan dan CLEO at Pink Bazaar and Auction this weekend;

Tarikh: November 13, 2011
Masa: 1-5pm
Tempat: Zouk CLub, 113 Jalan Ampang, Kuala Lumpur

See you there!

Thursday, November 4, 2010

Jom Sertai Bengkel Kecantikan bersama Shiseido!

Jadilah 30 pembaca terawal untuk menyertai bengkel hebat ini!

Impikan solekan terkini dari jenama kecantikan terkemuka? Cosmo dengan kerjasama Shiseido ingin menjemput kamu menyertai bengkel kecantikan bulan ini. Pelajari teknik solekan harian juga rias untuk ke majlis serta tip-tip penjagaan kulit wajah dari pakar kecantikan Shiseido. Hantar segera borang penyertaan kerana tempat adalah terhad!

Tarikh: November 27, 2010 (Sabtu)

Masa: 10.00am-1.00pm (Sesi 1),
: 2.00pm-5.00pm (Sesi 2)

Tempat: Shiseido Malaysia Office, Unit 7-03, Level 7,
Menara UAC, No. 12, Jln PJU 7/5,
Mutiara Damansara, 47800
Petaling Jaya

Bayaran: RM60 setiap seorang (Kamu juga akan menerima baucar bernilai RM60 berserta
goodie bag istimewa dari Shiseido)

Program
✽ Pengenalan kepada jenama Shiseido, trend solekan masa kini serta pelbagai jenis riasan wajah.
✽ Kepentingan penjagaan harian kulit dengan beberapa langkah mudah: Langkah1-2-3, serta cara untuk menyediakan wajah bagi mendapatkan solekan yang mulus sempurna.
✽ Demonstrasi solekan langkah demi langkah (untuk wanita bekerja).
✽ Sesi hands-on solekan bersama peserta.
✽ Sesi demonstrasi dan tip hebat untuk solekan siang ke malam.

Cara-cara untuk menyertai;

1) Hantarkan wang pos bernilai RM60 dan borang penyertaan ke;

ACP Magazines Pte. Ltd.,
Unit 801 & 804, Level 8, Uptown 2,
No. 2, Jalan SS21/37, Damansara Uptown,
47400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

2) Pembayaran melalui akaun ACP;

Bank : HSBC
Account No. : 303-870653-001
Company name : ACP Magazines Pte Ltd
Selepas bayaran, sila faks kan semula slip bayaran ke 03-77254070 bersama slip penyertaan.

3) Atau untuk lebih cepat lagi, kamu juga boleh membuat penempahan awal disini atau telefon Sofia atau Natasya di 03-77259998.