Friday, November 20, 2009

Happy 4th Birthday Cosmo Malaysia!



Ya, sedar tak sedar, Cosmo dah pun berusia empat tahun di Malaysia. Wahhh!! Dan seperti biasa, inilah buah tangan istimewa kami untuk kamu bulan ini. The lovely Ning Baizura on our lovely and colourful cover!! (Ning yang berada di luar negara dah diberitahu semalam, tak sabar dah dia nak balik Malaysia untuk melihatnya sendiri). Apa yang Cosmo pelajari daripada Ning? or tentang Ning? Dia itu sangatlah banyaknya tenaga!! Biarpun shoot kali ini memerlukannya mengganti lebih dari 3 pasang baju, she was still smiling ear to ear. Hinggakan Aunty Stella (Ning's lovely mom) pun cakap, Ning sememangnya banyak tenaga. Dan untuk kalian semua, Ning kongsikan cara untuk tampil hebat, konfiden dan menawan bila kamu menghadiri parti hujung tahun. Siap dia kongsikan the dos and dont's, jadi kamu memang kena baca!!
Sempena birthday Cosmo, ada empat special promotion mengandungi hadiah hebat2 belaka untuk kamu rebuti. Jangan lepaskan peluang dapatkan produk daripada Estee Lauder, DKNY, Bobbi Brown dan Origins ya. Dan, Cosmo kembali menganjurkan bengkel kecantikan bersama Clarins oleh itu, kamu tak boleh ketinggalan ya kerana Intan Ladyana pun akan join sama...
Dan ada pelbagai rencana menarik untuk tatapan kamu bulan ini, termasuk cara tarik perhatian si dia (tanpa nampak over) di majlis nanti - dari segi fesyen, kecantikan dan kendiri. Kamu juga kena pelajari kenapa menuruti kata hati itu mampu menyelamatkan kamu dari situasi tak diingini. Termasuklah mengelak menjadi mangsa perogol janji temu. Caranya, dalam rencana Only In Cosmo khusus mengenai isu menakutkan itu.
Tunggu apa lagi, dapatkan a copy of your latest Cosmopolitan NOW!!


p/s - Zura Ahmad dah selamat melahirkan anak perempuan, Thalia Zara pada 9 November lalu ya...Congrats Zura!!!

Friday, November 6, 2009

Perjalanan Gadis Melayu Musim Ke-2

Halloooo....ada sesiapa sempat menonton finals Gadis Melayu semalam? Maaflah lupa nak remind tapi I think as Cosmo girls yang tahu your fav magazine is the official media, tentu tak terlepas menyaksikannya. Me, Zaiti, Nisa were there untuk beri sokongan, apatah lagi bos, Izza Safinaz jadi one of the juries (bersama Rosyam Noor, Adam Salleh, Nurfarahin Jamsari dan Shafinas Selamat).
Pemenang Ikon Gadis Melayu kali ni, tak lain tak bukan...FIQA!! Tahniah from the Cosmo team, memang terserlah keyakinan dirinya dan lakonan hebat sewaktu digandingkan dengan Fauzi Nawawi (Tahniah Fauzi and Lis sebab bergelar Mama Papa round two just before the show starts). Kagumnya ikon berusia 20 tahun ni, dia kalau bab menjawab soalan (in a good way ya) memang jelas dan tak teragak2. Clear je jawab. Syabas!!
TV9 turut berikan dua anugerah berasingan, iaitu Gadis Safi Balqis juga Fiqa dipilih pemenangnya. Dan Gadis Bijaksana - Finas, ratu luncur ais negara. Kalau ada antara kalian ingat, Finas adalah finalis Cosmopolitan Fun Fearless Fabulous tahun lalu. Memang Cosmo bangga dia juga terpilih memenangi anugerah itu. Kepada peserta dan finalis Gadis Melayu yang lain, good luck and best wishes untuk masa depan kalian...
Speaking of Fun Fearless Fabulous, kamu dah mengundi ke belum? Ada lagi masa untuk pastikan selebriti dan finalis pilihanmu menang besar. Dan siapa yang mengundi tu sama ada menerusi borang atau SMS, berpeluang meraih jemputan ke majlis hebat yang bakal diadakan tak lama saja lagi...

Till then, luv,
Anida

Tuesday, November 3, 2009

Your Hot Date, Bowled Over

Janji temu pembaca Cosmo dengan jejaka idaman hari tu memang best. Tup2 nampak coverage kat Berita Harian semalam, alamak...teruja abis! (Thanks Jaydee n Su)
Dari pagi team Cosmo dan terpacak kat Pin Junction, Cineleisure untuk set up and to make sure the place looks hot for you. Dari writers, semua jadi minah bunga aka florist sbb kena buat susunan bunga DIY, nasib baik cantik hehehee...Dengan yang kena panjat sana, hias sini, gantung sana. But ofcourse, staff di Pin Junction banyak membantu, terima kasiiiiihh...
Tetamu pertama yang nampaknya tak sabar2 nak mulakan acara - Noh (Hujan). Yes, he was early! We like! Seronok la tengok gelagat dia, siap duduk kat reception baca berita tetiba..hehehee...asalkan Noh bahagia, team Cosmo tumpang happy.
Then seorang demi seorang (diselang seli dengan readers jemputan) masuk ke area boling. Thank you Zizan Nin, Imran Ajmain, Gambit, Fizo, Kamal, Alif, Ashraf, Noh dan terakhir tiba...Awal. Yang penting, readers had fun bermesra sambil compete secara friendly sepanjang acara itu. Ada yang ingat main sampai tiga games ni! Bukan main lagi...maybe next time kita buat ala GP ke? (pandang kat Izza and Net).
A special thanks to Shiseido Zen For Men, penaja utama acara ini dan Pin Junction as penaja lokasi.

Inilahnya senarai pemenang...
Best team: Geng Kamal Adli (ada kontroversi di situ, tapi keputusan dibuat berdasarkan jumlah jatuhan pin terbanyak. Muktamad)
High Score: Sarah (dari team Zizan Nin)
Ratu Longkang: Mimie (dari team Imran Ajmain)
Raja Longkang: Gambit Saifullah (sporting habis!!)

Kepada sesiapa yang berpeluang ke hot date ari tu, silalah kongsi kenangan kalian di sini ya...we'd love to hear from you.

p/s - Zura Ahmad, editorial assistant Cosmo dah mula cuti rehat untuk persiapan menyambut anak keduanya, insyaallah minggu ini. Sama-sama tolong doakan dia selamat bersalin ya...