Monday, April 16, 2012

Lena Sepuasnya Dengan Ikea

Antara sebab kamu rasa tak bermaya di siang hari - tidur mungkin terganggu. Banyak faktor selain minum kopi atau makan lewat, tempat tidurmu juga mainkan peranan. Kalau dah rasa tilammu dah lunyai semacam, bantal pun dah rasa tak best jadi lapik kepala, inilah masa yang paling sesuai untuk kamu tukarkannya.
IKEA sedang adakan promosi besar-besaran zon bilik tidurnya. Kamu boleh nikmati diskaun dan rebat menarik sehingga 13 Mei ini! Beli tilam SULTAN di IKEA dan mereka boleh bantu kamu buang (dengan betul) tilam lama kamu. Bagitahu saja Home Delivery service jika kamu nak lakukannya. Tak payah serabut kepala pikir mana plak nak buang tilam lama!

Kamu juga boleh dapatkan rebat 50% pada IKEA gift card bila beli mattress pad dan atau mattress protector, bila kamu beli tilam SULTAN dalam satu resit.

Dah puas shopping perut pun kelaparan? Belanja minimum RM20 di restoran IKEA dalam satu resit dan dapatkan baucar RM5 yang kamu boleh gunakan untuk beli bantal, quilt dan set quilt cover.

 Features Editor, Anida (tudung hijau) sedang melihat tilam mana paling sesuai untuk dirinya...

Paling menarik, kamu boleh tanya pakar bilik tidur bila nak memilih jenis bantal dan tilam yang sesuai untuk dirimu. Mereka akan siap-siap timbang berat badan dan syorkan tilam mana paling sesuai untukmu. Kamu jenis tidur telentang, sisi atau meniarap? Mereka ada bantal sesuai untuk setiap jenis tidur. Usah malu bertanya sebab barulah kamu dapat tidur lena yang kamu wajar dapat tu!

Lepas ni tidur nyenyaklaaaah...

Friday, April 6, 2012

Ganjaran Hebat dari Chatime

Hello Cosmoholics!
Hari kamu tak fun kerana stress di tempat kerja? Kurangkannya dengan minuman Chatime. Bermula dari hari ini (April 6, 2012) kamu boleh dapatkan Kad Thirstea (kad ganjaran dari Chatime). Bagaimana untuk dapatkannya? Pergi ke mana-mana cawangan Chatime, bayaran sebanyak RM10 untuk satu kad dan kamu boleh memilih mana-mana minuman Chatime yang berharga RM5.90. Dapatkannya dan nikmati pelbagai ganjaran menarik! 

Dapatkannya hari ini!

Tony Eusoff dan rakan artis lain turut memeriahkan  di majlis pelancaran Kad Thirstea