Friday, December 30, 2011

Thursday, December 22, 2011

Anugerah Fun Fearless Fabulous Kembali!

Bulan Disember merupakan bulan extra busy team Cosmo...Kami sibuk menguruskan majlis Anugerah Fun Fearless Fabulous dan kami amat bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar. Tengok saje sneak preview gambar majlis happening tu dibawah...(sorry tak boleh display semua, kena beli Cosmo bulan Februari untuk laporan penuh ya!) We are very grateful and thankful for the support of our main event sponsors Max Factor and Playboy Fragrances. We appreciate everything you have done to make the event a successful one! Kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada The Ultimate Fun Fearless Fabulous Woman 2011, Fathiiah Hamzah. She truly is an inspiration. Kalau nak tahu, ada diantara finalis FFF Awards yang menerima tajaan pakaian istimewa daripada blogshop Button My Buttons (www.buttonmybuttons.com). Terima Kasih Shahida for being so supportive and for the gorgeous outfits!

Friday, November 18, 2011

Gaya Rambut Baru Sambil Beramal Bersama L'Oreal

Nak dapatkan gaya potongan rambut hebat dari pendandan rambut L'Oreal dengan hanya RM15 (kebiasaanya, di caj RM300)? secara tak langsung beramal dengan setiap bayaran akan didermakan kepada The Malaysian Pediatric Aids Fund.

Dapatkannya pada November 25 hingga 27, 2011 di Tingkat 1, Highstreet, 1 Utama.

Terdapat dua sesi iaitu 12 tengahari hingga 3 petang dan 5 petang hingga 8 malam.
Turut menampilkan pengacara majlis, Lexie Rodriguez, penyampai radio. Juga selebriti terkenal Jojo Struys, Genevieve Sambhi, Daphine Iking, Annabella Kong dan ramai lagi.

Thursday, November 10, 2011

Fun Night Out at Nando's Media Party

The Cosmo team attended the Nando's Who Stole Our Peri-Peri Media night at Nando's Sunway Giza last night, and we had loads of fun (and one of us menang iPod lagik!). Check out the pictures!

Upon arrival, kena pose at the Nando's photo wall with crime-scene-props. Anida dah kena tangkap sebab kuat senyum, dan akhirnya Gune dapat pegang pistol! Nasib baik mainan hehehe...

Miss NCIS, Syikin concentrate habis dengar emcee Baki Zainal yang sedang bagi "taklimat" mengenai rules of the games for the night. Looking hot girl!

How we ENJOYED the new mocktails introduced by Nando's. This was Anida's mint peach drink yang sangat sedap...!

Ofcourse, who could NOT say no to their Hot Peri Peri roasted chicken...Yums!

Anida and Farhana ready to rule with their Hawaii Five O gang!


Gune with her CID team and one of them walked away with the RM1,000 cash for guessing the right criminal who stole the Peri-peri plant. Congrats!

Baki Zainal and Jennifer demonstrating the chicken dance.

The five suspects for the Who Stole Our Peri-peri investigative game. A judge and a police officer too? Oh no...!!!

(pics taken using the Olympus PEN Lite E-PL3)

Friday, October 21, 2011

Edisi November bersama Khloe Kardashian

Hanya Cosmopolitan satu-satunya majalah Bahasa Malaysia tempatan yang berpeluang memperoleh international celebrities untuk menghiasi wajah muka depan. And hanya untuk kamu, we have Khloe Kardashian yang berkongsi cerita tentang mulutnya yang zasss dan detik pertemuan dengan suaminya, Lamar Odom.

Dan dalam edisi ini, rebut peluang memperoleh jemputan ke Anugerah Fun Fearless Fabulous 2011 pada 3 Disember akan datang!

Juga ketahui barisan produk kecantikan yang telah diuji dan dinobat memenangi Anugerah Kecantikan Untukmu.

Bagi peminat anything and everything Korea, we have a special section on the stars, the food and an exclusive guide from Editor Cosmo Korea. Check it out ya!

Thursday, October 6, 2011

The Secret Life Of Nora - Kena Tonton!

Pasti kamu ada dengar the big hoo-haa pasal muzikal yang sedang ditayangkan di Istana Budaya ni, bukan? Tapi belum lagi terpanggil nak pergi menontonnya? You should!! Cosmo team yang mendapat peluang untuk menyaksikannya sendiri Selasa lalu memang teruja habis. Lagi pula teraju utama (pelakon dan penerbit) adalah Tiara Jacquelina sendiri. Apatah lagi dah dengar a lot of good things about Puteri Gunung Ledang, sudah tentu yang ini pun ada keistimewaannya yang tersendiri.

Kisahnya lebih kurang begini (dont want to spoil it for you), Nora yang hidup dalam era glitz and glamour Malaya tahun 60-an sebagai seorang penghibur di sebuah kelab malam. Dia memang bercita-cita tinggi untuk menjadi aktres berjaya dalam bidang filem pula. Dalam usahanya itu, antara perkara perlu dilaluinya adalah dilatih menjadi ejen perisik untuk menghapuskan aktiviti jahat Mr J (Aznil Nawawi check out his cute heart shape birthmark on his pipi, hihi). Di situlah Nora telah berkenalan dengan Roger Foss (Ryan Silverman) dan Farouk (Tony Eusoff) yang melatihnya hampir sebulan.

You will also love love love watak Khatijah (Adibah Noor) yang sangat bersahaja dengan lawak dan dialognya yang cukup mencuit hati! And you will smile ear to ear setiap kali mereka menyanyi berkumpulan, perasaan light-hearted itu seakan-akan sama seperti menonton sebuah filem keluaran Disney.

So check out this show sebelum 16 October (last day dah tu). Untuk membeli tiket layari airasiaredtix.com atau hubungi 03-8775 4666 atau terus saja ke Istana Budaya untuk mendapatkannya.

Wednesday, October 5, 2011

Cosmopolitan Oktober 2011 bersama TIZ ZAQYAH


Dah dapatkan belum majalah terbaru Cosmopolitan edisi Oktober. And on the cover is the beautiful Tiz Zaqyah, and kami terima pelbagai reaksi daripada kamu di FB. Terima kasih kerana terus memberi komen membina and for those yang dah menambah-lengkap koleksi Cosmo, jutaan terima kasih. We love you too! Here are some of the behind the scene photos of Tiz being made up by well-known makeup artist, Tiar Zainal...


Bagi yang belum dapatkannya, jangan ketinggalan sebab Tiz ada kongsi kisah cinta terbarunya dan lihatlah sendiri lakaran wajahnya yang telah dia lakukan dalam less than a minute. This girl sure knows how to draw!

Friday, August 26, 2011

Happy Eid from Cosmopolitan Malaysia!

(Dari kiri) Fauziah, freelancer; Norasyikin Abd Wahid, Fashion Assistant; Nana Marlini Ghazali, Beauty Editor; Steve Chua, Graphic Designer; Nurul Azwa, Art Director; Eena Houzyama, Editor; Anida Salwani Abdul Hadi, Features Editor dan Siti Syahidah, Sub Editor.

Selamat pulang beraya dan jangan lupa bawa bersama Cosmo edisi September buat peneman kamu! Drive safe & have a great Aidilfitri.

XOXO!

Monday, August 22, 2011

Jom Sertai Bengkel Kunci COSMO ke Fashionista Menawan bersama shu uemura

Jadilah antara 60 pembaca terawal untuk menyertai bengkel hebat ini!

September ini, Cosmopolitan dengan kerjasama shu uemura buat pertama kalinya menganjurkan Bengkel Kunci Cosmo ke Fashionista Menawan. Pakar jurusolek dari shu uemura, Lisa Yap akan berkongsi jenis solekan edgy dan urban chic untuk kamu tampil lebih bergaya dan
menyerlah. Bukan itu sahaja, pakar dari Tangs Chabom Chan akan membawamu ke alam gaya fashionista terkini.

Tarikh: Oktober 8, 2011 (Sabtu)
Masa: 10am – 3pm
Tempat: DoubleTree by Hilton, Kuala Lumpur
Bayaran: RM50 setiap seorang

Program:
- Demo solekan fashionista oleh Lisa Yap, shu uemura chief make-up artist.
- Sesi suai padan top dan bottom, tip gaya dan warna serasi bentuk tubuh serta cara padankan aksesori yang sesuai oleh Chabom Chan, senior fashion stylist dari TANGS Pavilion.

Cabutan Bertuah!
10 pembaca bakal memenangi produk shu uemura dan Cosmopolitan bernilai RM200!
5 pembaca bakal memenangi baucar TANGS benilai RM200!

*Kamu akan menerima cenderamata dari shu uemura, TANGS dan Cosmopolitan.
*Jamuan ringan turut disediakan

Menarik bukan? Hantar segera borang penyertaanmu kerana tempat adalah terhad!


Shila Amzah on Cosmo September Issue!


Mempersembahkan... Cosmo Malaysia Raya Issue! Bersama the lovely miss Shila Amzah yang kini sedang meletup di Youtube dengan lagu Patah Seribu. We think that she's our youngest cover so far! #fakta. Dia berkongsi kisah peluang berganding dengan Ning Baizura dan JaclynVictor untuk album Tiga Suara serta hubungannya dengan Bruno Mars! Segalanya ada di dalam edisi ini ya.

Istimewa buat kamu! Rebut peluang menangi gincu untuk hari raya ini. Kami ada lebih 100 untuk dihadiahkan. Siapa cepat, dia dapat okey.

Juga ada tip istimewa buat "bekalan" kamu pulang beraya. Cara untuk serasi dengan semua orang. Memang berguna bila kamu nak menghadiri rumah terbuka dan berjumpa keluarga yang mungkin dah lama tak ditemui. Biar kamu jadi gadis yang disukai semua!

Tunggu apa lagi? Ada pelbagai tips, kisah dan rencana hebat ditulis hanya untuk kamu.
We love you!

XOXO!

Thursday, August 11, 2011

A Special Message from Fazura!

video

Fazura sends her love to all Cosmopolitan readers. Check it out!

Friday, July 29, 2011

Salam Ramadhan

Cosmopolitan Malaysia nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa. Do check out our August issue with many tips and stories agar kamu dapat buat persiapan sewajarnya untuk Raya nanti.


Miss Cosmo, Miss Out!

Wednesday, July 27, 2011

Dah Dapatkan Cosmopolitan Edisi Ogos? Ada Nur Fazura!


Isn't she HOT?! Cosmo cukup gembira apabila Fazura yang diketahui sibuk dengan jadual lakonannya bersetuju untuk muncul sebagai Cover Star Cosmo bulan ini. Apatah lagi, namanya sering disebut-sebut oleh kamu bila ditanya siapa bintang paling hangat ketika ini. Ikuti kisahnya seperti diceritakan kepada Zura Ahmad dalam Cover Story. Lihat sendiri lakaran kek kahwin idamannya, beria-ia Fazura melukisnya agar kamu pun boleh lihat sendiri betapa dia mahukan hari bahagianya nanti jadi cukup sempurna. Tak kiralah bila ia akan berlaku, Cosmo tak sabar nak melihatnya nanti.

Istimewa untuk kamu, THE BIG SHOE AND BAG GIVEAWAY. Cosmo tahu bila dah nak dekat raya ni, antara persiapan gadis Cosmo yang gemar bergaya kenalah ada kasut dan beg. Kasut mana sesuai untuk ke majlis berbuka atau acara iftar santai bersama teman. Dan sudah tentu, kasut ini boleh kamu pakai terus time Raya nanti. Jangan lepas peluang menangi kasut dan beg yang akan dihadiahkan kepada pembaca bertuah dalam isu ini.

Disebabkan Raya datang hujung bulan, gaji pun masuk mungkin tak membuatkan kamu sempat nak buat persiapan yang diidamkan, Cosmo kongsikan rencana 10 Hari Persediaan Sambut Syawal Sempurna. Lengkap dengan check list dan countdown dari hari gaji ke Aidilfitri untuk kamu guna pakai.

Dan pelajari cara nak suai padan fesyen Malaysiana dalam busana harian kamu untuk tampil lebih bergaya. Terus ke halaman 60 dan berseronoklah dengan inspirasi yang telah dikongsikan oleh Syikin Wahid.

Teruja? Dapatkan edisi Ogos SEKARANG!

Monday, June 27, 2011

Cosmopolitan Julai; Lebih Hangat dengan Natasha Hudson

Cosmo dah keluar hampir seminggu lalu, and pasti ramai yang dah mendapatkannya. Bagi yang belum, kamu dah boleh perolehinya di kedai berhampiran. Natasha Hudson menghiasi halaman depan Cosmo bulan ini malah, dia turut berkongsi cerita menarik tentang rancangan kerjayanya yang terkini - termasuk menulis skrip tau! Juga bagaimana dia mengharungi cabaran sebagai ibu tunggal (yang hot!). Dan adakah dia sedang bercinta dengan seseorang? Jeng jeng jeng...

video

Bonus untuk KAMU! Booklet mini dengan tips penjagaan wajah, solekan dan rambut yang boleh kamu simpan selama-lamanya. Disebabkan saiznya, bawa dalam beg tangan dan kongsikan tips bersama rakan-rakan, pasti mereka lebih tabik denganmu kerana ada lebih ilmu. Untung bukan?

Selain itu, Cosmo himpunkan 20 aksi berani kamu boleh buat bila dalam gelap. Sama ada dengan teman atau suami, hmmm... (Ada sesetengahnya team Cosmo pun dah cuba. Oops!)

Dan khas untukmu, a special spread on hair digayakan oleh Fasha Sandha, selebriti paling hangat ketika ini. Empat gaya rambut DIY kamu boleh cuba untuk acara berbeza. Senang saja...

Jadi, tunggu apa lagi, kalau yang dah dapatkan Cosmo Julai, we love you lah! Dan kepada yang belum, rugi besar kalau tak tambah koleksi mu itu. Miss Cosmo, Miss Out!

Friday, June 17, 2011

JOM! Sertai Peraduan Reka Cipta Beg Kanvas shu uemura

Sertai peraduan DIY Canvas Bag shu uemura dan kamu berpeluang menangi hamper kecantikan dari shu uemura bernilai RM250 dan jemputan khas ke parti shu uemura The Art of Beauty bersama Cosmopolitan !

Cara untuk sertai mudah sahaja;

1) Kunjungi outlet shu uemura yang tertera.

*ISETAN LOT 10, PARKSON GURNEY PLAZA, ROBINSON'S, PARKSON KLCC, 1UTAMA, MID VALLEY MEGAMALL, JUSCO TEBRAU CITY, PAVILION KUALA LUMPUR, SUNWAY PYRAMID, SURIA KLCC, EMPIRE SUBANG, SURIA KK, SPRING KUCHING

2) Dengan pembelian produk shu uemura bernilai RM150, miliki beg kanvas PERCUMA dari shu uemura dan kamu layak untuk menyertai peraduan me-reka beg kanvasmu sendiri.

3) Upload rekaan beg kanvasmu di http://www.facebook.com/MyShuUemura beserta namamu dan no untuk dihubungi.

4) Pemenang-pemenang akan diberitahu melalui panggilan telefon pada Julai 8, 2011.

Terma & syarat:
- Kamu dikehendaki melukis logo COSMOPOLITAN dan shu uemura sebagai sebahagian dari rekaanmu.

Good luck ladies!

Lagi Best Woo-Oo-Oo...

Makin kedengaran tak jingle "Lagi Best" tu di radio dan TV? Kalau belum, tak lama lagi ia akan "menghantui" kamu! Cosmo memang dah asyik ternyanyi2 lagu tu (dalam kepala lah ya) sebab berpeluang lakukan test drive kereta Perodua Myvi terbaru dengan wajah baru dan warna baru - Mystical Purple. Memang excited habis dapat peluang memandu kereta Myvi yang dah upgrade. Nampak kelainan dia daripada Myvi versi lama, kerana yang baru nampak lebih sleek.


Ni lah dia ticket stubs untuk giliran test drive kereta Myvi. I went twice! Saja try yang manual dan auto. I think memang sesuai untuk sesiapa yang nak cari first car. It's compact, senang nak manouver dalam kesesakan atau nak parking kat kawasan agak sempit. It is 1.3L so agak bagus untuk kereta bersaiz kompak macam tu.

Myself, Pam (Cleo) and Claire (MWW) memang impress gila dengan radio baru ni. It's touch screen!! Dan dah ada sesiap software GPS sesuai untuk kaki sesat macam ada sorang dalam team Cosmo ni (ehem). Dan katanya, every year mereka akan update the software for free. Haaa... Untung tu!

Warna ditawarkan - the usual Myvi colours yang kamu dah pernah lihat sebelum ni. Dengan tambahan satu warna special - Mystical Purple yang dah disebut tadi tu. Agak gelap daripada purple biasa walaupun di bawah terik mentari. Almost to black but not. Tapi tetap cun lah.


Tadaaa....selepas pandu Myvi baru manual. Menggeletar gak kaki sebab dah lama tak bawak jenis manual, selalu tekan minyak je kan. Mengaum juga enjin mula2 tu. Hehe... But it was a fun media test drive. And soon, ada lagi satu untuk Cosmo cuba. Yang tu, kamu kena tungggguuuuu untuk ketahui lanjut.
Kalau kamu dah berminat nak kenal Myvi baru ni, terus saja ke showroom terdekat or layari www.perodua.com.my okey!
Selamat berhujung minggu! :))

Wednesday, June 1, 2011

JOM SERTAI KEMPEN DIY BEG KANVAS shu uemura



























Kunjungi road show shu uemura di One Utama Highstreet (berhadapan butik shu uemura di ground floor) dari Jun 6-12, 2011 dan rebut peluang untuk menyertai kempen DIY Canvas Bag shu uemura! Dengan pembelian produk shu uemura di road show bernilai RM150 berserta kupon ini, kamu layak menyertai peraduan membuat rekaan beg kanvas dari shu uemura. Tiga
pemenang paling kreatif bakal memenangi hamper hebat bernilai RM250!

BONUS! Tiga pemenang dan 20 peserta bertuah bakal menerima jemputan ke parti shu uemura The Art of Beauty with Cosmopolitan pada Jun 18, 2011 (Sabtu) jam 10.30am-12.30pm di butik shu uemura, KLCC. Untuk maklumat lanjut, layari http://www.facebook.com/MyShuUemura


Monday, May 23, 2011

Fresh Faces!

Hi Girls,

Teringin tak nak masuk magazine? Cosmo tengah cari talents untuk advertorial tentang penjagaan kulit. You'll be given a set of skincare from brand XX (rahsiaaaaa) untuk dicuba. Lepas tu kita shoot.... Kalau berminat, silalah email gambar headshot kamu yang terang lagi tak malap (half body / headshot) ke cosmopolitanmalaysia@acpmagazines.com.my atau NGhazali@acpmagazines.com.my

p/s: Tak semestinya kamu hantar gambar, kamu terpilih ya.... ada proses saringan.

Hantar cepat okayyyy...

Faizal Tahir - Cosmopolitan Fun Fearless Male


Check this out! Faizal Tahir sebagai "tok ketua" Cosmo Men tahun ini. Demi memantapkan lagi aksinya di depan kamera, Faizal bawa dua "babies" miliknya. Tak lain tak bukan, dua gitar kesayangannya. Kami pun tak berani nak pegang..hehehe... Yang syoknya during our interviews, tanpa disedari, Faizal ni suka selit kisah anak2nya. And you should also check out the Cosmo Quiz he did with us, and he even sketched his face! Kata tak reti, tapi hasilnya, boleh tahan juga...

All this in Cosmo June issue. Dah ada di pasaran, go get it now, now, now!

Friday, May 20, 2011

Sedang Menantimu - Cosmo Edisi Jun 2011

Bersama your favourite Glee star - LEA MICHELE, eksklusif untuk kamu. She looks SO HOT, kan? Di dalam, selain kisah "kenakalannya", panjang lebar dia bercerita tentang sisinya yang kamu belum tahu kepada Cosmo.

Dan team Cosmo telah berhempas-pulas mengumpulkan barisan jejaka terhangat Malaysia. Yes, it is our Men Issue. FAIZAL TAHIR that one thing that his friends love to make fun about him. Cosmo sempat "kidnap" KAER untuk photo shoot ini, tiga hari sebelum dia pulang ke Jakarta. HAFIZ yang datang dengan tangan dan ibu jari kaki berbalut sebab jatuh "motor". Siapa lagi kamu nak? Cosmo ada AMAR BAHARIN, KARL SHAFEK, ARJA LEE, SHAHIR, AERIL ZAFRIL, BRONT PALARAE dan ZAHIRIL ADZIM. Lebih fun, Cosmo tanya kepada mereka "maksud" perkataan yang jarang didengar seperti "dempak", "polos", "red velvet" dan pelbagai lagi. Lihatlah sendiri definisi diberikan mereka.

Kepada pembaca Cosmo yang telah sertai makeover Valentine's Day bersama Lancome Februari lalu, kami umumkan siapa pemenang pertama hingga kelima di dalam isu ini. Nak tahu? Kenalah dapatkan majalah ni ya.

And, we have MORE behind the scenes pictures of Cosmopolitan Pamper Suite yang berlaku pada hujung minggu Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 pada April lalu. Terima kasih yang tak terhingga kepada rakan artis yang telah mengunjunginya.

Tunggu apa lagi, dapatkan Cosmo edisi Jun sekarang ya. Miss Cosmo, Miss Out!

Tuesday, May 10, 2011

Vote Wangian Pilihan Kamu!

What's your favourite scent? Jom tolong Cosmo pilih wangian paling menyerlah... dengan hanya click pada wangian paling best di bar sebelah ini. Have fun girls!










Monday, May 9, 2011

JEMPUTAN KHAS POCC CELEBRATE LIFE WITH YOUR BFF PINK PARTY



Jom sertai Power Over Cervical Cancer (POCC) Celebrate Life with Your Best Friend
Forever (BFF) Pink Party, acara amal anjuran National Cancer Society Malaysia (NCSM) dengan sokongan GlaxoSmithKline Pharmaceutical (GSK).

Tarikh: Mei 14, 2011 (Sabtu ini)
Tempat: Zouk Club, KL

Masa: 8pm-10pm


Acara ini diadakan khas untuk mendidik wanita Malaysia mengenai kanser servik dan cara-cara untuk mengatasinya dan ia terbuka untuk khalayak ramai. Sila layari www.pocc.com.my untuk pendaftaran dan tiket percumamu serta cipta your own digital photo pledge to protect your
BFF from cervical cancer.

PLUS! The first 500 attendees akan menerima goodie bag! Come dress in PINK dan kamu berpeluang untuk menangi hadiah dari Anna Sui.

Sila layari www.pocc.com.my untuk maklumat lanjut.

Thursday, April 28, 2011

JOM! Sertai Bengkel Kunci COSMO ke Perkahwinan Idaman bersama Lancome!


Jadi 80 pembaca terawal untuk menyertai bengkel yang dinanti-nantikan!

Impikan sebuah perkahwinan yang indah? Khas untuk brides to be, Cosmopolitan dengan kerjasama Lancôme buat pertama kalinya menganjurkan Bengkel Kunci Cosmo ke Perkahwinan Idamanmu.

Tarikh: Jun 4, 2011 (Sabtu)
Masa: 10am – 4pm
Bayaran: RM50 setiap seorang (Kamu juga akan menerima cenderamata dari Lancôme dan Cosmopolitan)
Tempat: DoubleTree Hotel, Kuala Lumpur

Antara program hebat yang diatur khas untuk bakal-bakal pengantin;

➊ Persiapan mental dan fizikal untuk bakal pengantin oleh pakar motivasi Zarina Zainal.
➋ Penerangan mengenai warna dan bentuk gaun yang sesuai untukmu serta persediaan
perkahwinan lengkap oleh Datin Lynda Rahim.
➌ Pengenalan dan demonstrasi kepada solekan pengantin serta tip penjagaan wajah oleh pakar
dari Lancôme, Mell Nor.

Cabutan Bertuah! Tiga pembaca bertuah bakal memenangi produk Lancôme bernilai
RM200 serta pakej perundingan percuma dari Lynda Rahim.

*Sarapan dan jamuan tengah hari turut disediakan.

Hantar segera borang penyertaan kerana tempat adalah terhad!

Monday, April 25, 2011

ESTEE LAUDER MODEL SEARCH KINI KEMBALI!


Kempen Estee Lauder Model Search kembali dengan elemen yang lebih fun, glamourous dan modern.

Rebut peluangmu untuk menjadi bintang peragaan dan menangi hadiah bernilai lebih RM240,000 hanya dengan menyertai pencarian berprestij ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.esteelaudermodelsearch.com.my/

Friday, April 8, 2011

Jom Sertai Kempen Xixili Green Bosom!


Jangan lupa, April adalah bulan sayangi Bumi. Dalam Cosmo edisi terkini pun ada spread istimewa mengenai cara kamu boleh bantu ringankan "beban" Mother Earth ni. Paling menarik perhatian, Cosmo telah dijemput untuk majlis pelancaran Xixili Green Bosom - Bra Recycling Buddies pagi tadi. It was really happening sebab ramai star studded guests, antaranya Profesor Datuk Jimmy Choo (rupa2nya dia rajin ajak kawan2nya yang berpengaruh shopping di Xixili tau, menarik bukan?), Nadia Heng iaitu Miss World Malaysia 2010 yang telah dilantik sebagai duta jenama ini, Amber Chia dan Charmaine Poo. Majlis itu telah dirasmikan oleh Puan Wan Hasmah Wan Mohd, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita.


Bagaimana KAMU boleh contribute dan sekali gus dapat ganjaran? Mudah saja, bawa coli milikmu yang tak dipakai atau lama (jangan yang buruk dan yang dah koyak rabak ya, tak baik!) ke mana-mana rangkaian Xixili dan kamu akan dapat rebate RM10 untuk coli yang baru. Kempen ini akan berakhir 30 April 2011.

Apa mereka nak buat dengan semua coli yang telah terkumpul? Kesemuanya akan disalurkan kepada "unfortunate and disadvantage community or to disaster relief centers locally and at the national level."

Jadi, tunggu apa lagi. Be A Green Warrior to Protect Mother Earth! Begitulah baru Cosmo!

Tuesday, April 5, 2011

Cosmopolitan Pamper Suite di ABPBH 2010

Natasha Hudson mencuba kerusi urut Gintell yang disediakan.



Fara Fauzana mencuba wangian Marc Jacobs di sudut tajaan Luxasia.


2-3 April 2011 - Bertemakan vintage chic dengan rona salmon pink, hitam dan putih, sekali lagi Cosmopolitan Malaysia berkerjasama dengan akhbar Berita Harian sebagai rakan media yang menyediakan khidmat istimewa buat selebriti yang bertandang ke Genting Highlands sempena kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 hujung minggu lalu. Ini adalah pembabitan kali keempat Cosmopolitan bersama penganjuran anugerah berprestij ini dan tahun ini menyaksikan kembali kerjasana kami dengan pakar rias kuku A-Listers (thanks Lynn!!!), Gintell (awesome massage chairs and dua jejaka peramah!), Tini's Spa (urutan bahu, leher dan kepala yang best!), aneka wangian berjenama Luxasia (fabulous scents!), karikatur Warna Art Studio (steady Razlan...) dan Lace Bakery (cayalah Kak Pah!). Selain mendapatkan servis, tetamu turut mengambil peluang bersantai sambil menikmati hidangan ringan bersama teh dan kopi dalam suasana dingin pergunungan Genting. Cosmopolitan amat berbesar hati dengan kehadiran bintang-bintang seperti Bintang Paling Popular Shaheizy Sam (congrats bro!), duta Pamper Suite Miss Fara Fauzana, the funny man himself Zizan Razak, hos ABPBH Sharifah Shahirah bersama suami Ijoy and the people we love dearly Natasha Hudson, Nabila Huda, Kamal Adli, Fizz Fairuz, Jehan Miskin, Karl Shafek, Suraya HotFM, Ben Ibrahim, Sheera dan ibunya Aznah Hamid serta orang kuat ABPBH Kak Cham; yang sudi meluangkan masa bertandang ke Pamper Suite tahun ini. Begitu juga dengan rakan media dari Berita Harian, Berita Minggu, Harian Metro, Metro Ahad, gua.com, Fuhh!!!, Galaksi dan bloggers yang turut sama mendapatkan servis yang disediakan. Kepada pembaca bertuah yang datang dari jauh dan berpeluang menikmati layanan bak bintang di Pamper Suite kami di Cosmo amat menghargai sokongan kalian dan berharap setiap saat istimewa buatmu. Bagi yang tidak berkesempatan ke Pamper Suite... kami paparkan gambar-gambar eksklusif untuk tatapanmu...


Kamal Adli dan Shaheizy Sam bersama Razlan dari Warna Art Studio dan karikatur masing-masing.



Nabila Huda dan Natasha Hudson merias kuku di sudut tajaan A-Listers.


Zizan tidak ketinggalan mendapatkan sesi urutan oleh Tini's Spa.



Fara turut dapat layanan "Bintang" oleh Sam yang sudi bancuh teh buat Penyampai Radio dan Pengacara TV Wanita Popular ini.