Tuesday, April 5, 2011

Cosmopolitan Pamper Suite di ABPBH 2010

Natasha Hudson mencuba kerusi urut Gintell yang disediakan.



Fara Fauzana mencuba wangian Marc Jacobs di sudut tajaan Luxasia.


2-3 April 2011 - Bertemakan vintage chic dengan rona salmon pink, hitam dan putih, sekali lagi Cosmopolitan Malaysia berkerjasama dengan akhbar Berita Harian sebagai rakan media yang menyediakan khidmat istimewa buat selebriti yang bertandang ke Genting Highlands sempena kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 hujung minggu lalu. Ini adalah pembabitan kali keempat Cosmopolitan bersama penganjuran anugerah berprestij ini dan tahun ini menyaksikan kembali kerjasana kami dengan pakar rias kuku A-Listers (thanks Lynn!!!), Gintell (awesome massage chairs and dua jejaka peramah!), Tini's Spa (urutan bahu, leher dan kepala yang best!), aneka wangian berjenama Luxasia (fabulous scents!), karikatur Warna Art Studio (steady Razlan...) dan Lace Bakery (cayalah Kak Pah!). Selain mendapatkan servis, tetamu turut mengambil peluang bersantai sambil menikmati hidangan ringan bersama teh dan kopi dalam suasana dingin pergunungan Genting. Cosmopolitan amat berbesar hati dengan kehadiran bintang-bintang seperti Bintang Paling Popular Shaheizy Sam (congrats bro!), duta Pamper Suite Miss Fara Fauzana, the funny man himself Zizan Razak, hos ABPBH Sharifah Shahirah bersama suami Ijoy and the people we love dearly Natasha Hudson, Nabila Huda, Kamal Adli, Fizz Fairuz, Jehan Miskin, Karl Shafek, Suraya HotFM, Ben Ibrahim, Sheera dan ibunya Aznah Hamid serta orang kuat ABPBH Kak Cham; yang sudi meluangkan masa bertandang ke Pamper Suite tahun ini. Begitu juga dengan rakan media dari Berita Harian, Berita Minggu, Harian Metro, Metro Ahad, gua.com, Fuhh!!!, Galaksi dan bloggers yang turut sama mendapatkan servis yang disediakan. Kepada pembaca bertuah yang datang dari jauh dan berpeluang menikmati layanan bak bintang di Pamper Suite kami di Cosmo amat menghargai sokongan kalian dan berharap setiap saat istimewa buatmu. Bagi yang tidak berkesempatan ke Pamper Suite... kami paparkan gambar-gambar eksklusif untuk tatapanmu...


Kamal Adli dan Shaheizy Sam bersama Razlan dari Warna Art Studio dan karikatur masing-masing.



Nabila Huda dan Natasha Hudson merias kuku di sudut tajaan A-Listers.


Zizan tidak ketinggalan mendapatkan sesi urutan oleh Tini's Spa.



Fara turut dapat layanan "Bintang" oleh Sam yang sudi bancuh teh buat Penyampai Radio dan Pengacara TV Wanita Popular ini.

No comments: