Thursday, April 28, 2011

JOM! Sertai Bengkel Kunci COSMO ke Perkahwinan Idaman bersama Lancome!


Jadi 80 pembaca terawal untuk menyertai bengkel yang dinanti-nantikan!

Impikan sebuah perkahwinan yang indah? Khas untuk brides to be, Cosmopolitan dengan kerjasama Lancôme buat pertama kalinya menganjurkan Bengkel Kunci Cosmo ke Perkahwinan Idamanmu.

Tarikh: Jun 4, 2011 (Sabtu)
Masa: 10am – 4pm
Bayaran: RM50 setiap seorang (Kamu juga akan menerima cenderamata dari Lancôme dan Cosmopolitan)
Tempat: DoubleTree Hotel, Kuala Lumpur

Antara program hebat yang diatur khas untuk bakal-bakal pengantin;

➊ Persiapan mental dan fizikal untuk bakal pengantin oleh pakar motivasi Zarina Zainal.
➋ Penerangan mengenai warna dan bentuk gaun yang sesuai untukmu serta persediaan
perkahwinan lengkap oleh Datin Lynda Rahim.
➌ Pengenalan dan demonstrasi kepada solekan pengantin serta tip penjagaan wajah oleh pakar
dari Lancôme, Mell Nor.

Cabutan Bertuah! Tiga pembaca bertuah bakal memenangi produk Lancôme bernilai
RM200 serta pakej perundingan percuma dari Lynda Rahim.

*Sarapan dan jamuan tengah hari turut disediakan.

Hantar segera borang penyertaan kerana tempat adalah terhad!

Monday, April 25, 2011

ESTEE LAUDER MODEL SEARCH KINI KEMBALI!


Kempen Estee Lauder Model Search kembali dengan elemen yang lebih fun, glamourous dan modern.

Rebut peluangmu untuk menjadi bintang peragaan dan menangi hadiah bernilai lebih RM240,000 hanya dengan menyertai pencarian berprestij ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.esteelaudermodelsearch.com.my/

Friday, April 8, 2011

Jom Sertai Kempen Xixili Green Bosom!


Jangan lupa, April adalah bulan sayangi Bumi. Dalam Cosmo edisi terkini pun ada spread istimewa mengenai cara kamu boleh bantu ringankan "beban" Mother Earth ni. Paling menarik perhatian, Cosmo telah dijemput untuk majlis pelancaran Xixili Green Bosom - Bra Recycling Buddies pagi tadi. It was really happening sebab ramai star studded guests, antaranya Profesor Datuk Jimmy Choo (rupa2nya dia rajin ajak kawan2nya yang berpengaruh shopping di Xixili tau, menarik bukan?), Nadia Heng iaitu Miss World Malaysia 2010 yang telah dilantik sebagai duta jenama ini, Amber Chia dan Charmaine Poo. Majlis itu telah dirasmikan oleh Puan Wan Hasmah Wan Mohd, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita.


Bagaimana KAMU boleh contribute dan sekali gus dapat ganjaran? Mudah saja, bawa coli milikmu yang tak dipakai atau lama (jangan yang buruk dan yang dah koyak rabak ya, tak baik!) ke mana-mana rangkaian Xixili dan kamu akan dapat rebate RM10 untuk coli yang baru. Kempen ini akan berakhir 30 April 2011.

Apa mereka nak buat dengan semua coli yang telah terkumpul? Kesemuanya akan disalurkan kepada "unfortunate and disadvantage community or to disaster relief centers locally and at the national level."

Jadi, tunggu apa lagi. Be A Green Warrior to Protect Mother Earth! Begitulah baru Cosmo!

Tuesday, April 5, 2011

Cosmopolitan Pamper Suite di ABPBH 2010

Natasha Hudson mencuba kerusi urut Gintell yang disediakan.



Fara Fauzana mencuba wangian Marc Jacobs di sudut tajaan Luxasia.


2-3 April 2011 - Bertemakan vintage chic dengan rona salmon pink, hitam dan putih, sekali lagi Cosmopolitan Malaysia berkerjasama dengan akhbar Berita Harian sebagai rakan media yang menyediakan khidmat istimewa buat selebriti yang bertandang ke Genting Highlands sempena kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 hujung minggu lalu. Ini adalah pembabitan kali keempat Cosmopolitan bersama penganjuran anugerah berprestij ini dan tahun ini menyaksikan kembali kerjasana kami dengan pakar rias kuku A-Listers (thanks Lynn!!!), Gintell (awesome massage chairs and dua jejaka peramah!), Tini's Spa (urutan bahu, leher dan kepala yang best!), aneka wangian berjenama Luxasia (fabulous scents!), karikatur Warna Art Studio (steady Razlan...) dan Lace Bakery (cayalah Kak Pah!). Selain mendapatkan servis, tetamu turut mengambil peluang bersantai sambil menikmati hidangan ringan bersama teh dan kopi dalam suasana dingin pergunungan Genting. Cosmopolitan amat berbesar hati dengan kehadiran bintang-bintang seperti Bintang Paling Popular Shaheizy Sam (congrats bro!), duta Pamper Suite Miss Fara Fauzana, the funny man himself Zizan Razak, hos ABPBH Sharifah Shahirah bersama suami Ijoy and the people we love dearly Natasha Hudson, Nabila Huda, Kamal Adli, Fizz Fairuz, Jehan Miskin, Karl Shafek, Suraya HotFM, Ben Ibrahim, Sheera dan ibunya Aznah Hamid serta orang kuat ABPBH Kak Cham; yang sudi meluangkan masa bertandang ke Pamper Suite tahun ini. Begitu juga dengan rakan media dari Berita Harian, Berita Minggu, Harian Metro, Metro Ahad, gua.com, Fuhh!!!, Galaksi dan bloggers yang turut sama mendapatkan servis yang disediakan. Kepada pembaca bertuah yang datang dari jauh dan berpeluang menikmati layanan bak bintang di Pamper Suite kami di Cosmo amat menghargai sokongan kalian dan berharap setiap saat istimewa buatmu. Bagi yang tidak berkesempatan ke Pamper Suite... kami paparkan gambar-gambar eksklusif untuk tatapanmu...


Kamal Adli dan Shaheizy Sam bersama Razlan dari Warna Art Studio dan karikatur masing-masing.



Nabila Huda dan Natasha Hudson merias kuku di sudut tajaan A-Listers.


Zizan tidak ketinggalan mendapatkan sesi urutan oleh Tini's Spa.



Fara turut dapat layanan "Bintang" oleh Sam yang sudi bancuh teh buat Penyampai Radio dan Pengacara TV Wanita Popular ini.