Friday, August 17, 2012




(L-R: Ain Mahthir (Editorial Assistant), Siti Syahidah (Sub-Editor), Norasyikin Abd Wahid (Fashion Assistant), Nana Marlini (Beauty Editor), Anida Salwani (Features Editor), Eena Houzyama (Editor), Eryn Liza (Graphic Designer), Nurul Azwa (Art Director))

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin... Ikhlas daripada team Cosmopolitan Malaysia kepada semua pembaca tersayang. Selamat bergembira dengan keluarga dan orang tersayang. Be safe wherever you are... xoxo
 

Wednesday, August 15, 2012



Jangan lupa dapatkan isu bulan September! Bukan sahaja kamu dapat updates tentang gaya fesyen terkini musim luruh/dingin 2012 tetapi kamu juga dapat cuci mata dengan koleksi kasut serta beg yang di paparkan dalam edisi kali ini. Lepas dah belek kesemua mukasurat majalah, pastikan kamu turut menyertai peluang menang beg dan kasut khas dari koleksi Lewre Couture!



Tuesday, August 14, 2012


Kami team Cosmopolitan Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga Helen Gurley Brown. Helen meninggal dunia tengahari semalam.
Helen merupakan pengasas dan editor-in-chief majalah Cosmopolitan di Amerika Syarikat selama 32 tahun.
Helen sememangnya gadis Cosmo paling fun fearless dan fabulous!


Msg from Eena : Saya hanya terserempak dengan Helen awal tahun ini semasa training di New York. Dalam 5 minit saya bersamanya, saya dapat rasakan aura seorang wanita hebat. Dia tanya pada saya adakah saya teruja menjadi editor Cosmo Malaysia? Saya yang begitu excited dapat jumpa dia terus senyum lebar dan jawab, "Ofcourse!"  Helen begitu bergaya dan anggun walaupun umur cecah 90 tahun. Memang seorang wanita yang hebat!