Monday, June 27, 2011

Cosmopolitan Julai; Lebih Hangat dengan Natasha Hudson

Cosmo dah keluar hampir seminggu lalu, and pasti ramai yang dah mendapatkannya. Bagi yang belum, kamu dah boleh perolehinya di kedai berhampiran. Natasha Hudson menghiasi halaman depan Cosmo bulan ini malah, dia turut berkongsi cerita menarik tentang rancangan kerjayanya yang terkini - termasuk menulis skrip tau! Juga bagaimana dia mengharungi cabaran sebagai ibu tunggal (yang hot!). Dan adakah dia sedang bercinta dengan seseorang? Jeng jeng jeng...

video

Bonus untuk KAMU! Booklet mini dengan tips penjagaan wajah, solekan dan rambut yang boleh kamu simpan selama-lamanya. Disebabkan saiznya, bawa dalam beg tangan dan kongsikan tips bersama rakan-rakan, pasti mereka lebih tabik denganmu kerana ada lebih ilmu. Untung bukan?

Selain itu, Cosmo himpunkan 20 aksi berani kamu boleh buat bila dalam gelap. Sama ada dengan teman atau suami, hmmm... (Ada sesetengahnya team Cosmo pun dah cuba. Oops!)

Dan khas untukmu, a special spread on hair digayakan oleh Fasha Sandha, selebriti paling hangat ketika ini. Empat gaya rambut DIY kamu boleh cuba untuk acara berbeza. Senang saja...

Jadi, tunggu apa lagi, kalau yang dah dapatkan Cosmo Julai, we love you lah! Dan kepada yang belum, rugi besar kalau tak tambah koleksi mu itu. Miss Cosmo, Miss Out!

Friday, June 17, 2011

JOM! Sertai Peraduan Reka Cipta Beg Kanvas shu uemura

Sertai peraduan DIY Canvas Bag shu uemura dan kamu berpeluang menangi hamper kecantikan dari shu uemura bernilai RM250 dan jemputan khas ke parti shu uemura The Art of Beauty bersama Cosmopolitan !

Cara untuk sertai mudah sahaja;

1) Kunjungi outlet shu uemura yang tertera.

*ISETAN LOT 10, PARKSON GURNEY PLAZA, ROBINSON'S, PARKSON KLCC, 1UTAMA, MID VALLEY MEGAMALL, JUSCO TEBRAU CITY, PAVILION KUALA LUMPUR, SUNWAY PYRAMID, SURIA KLCC, EMPIRE SUBANG, SURIA KK, SPRING KUCHING

2) Dengan pembelian produk shu uemura bernilai RM150, miliki beg kanvas PERCUMA dari shu uemura dan kamu layak untuk menyertai peraduan me-reka beg kanvasmu sendiri.

3) Upload rekaan beg kanvasmu di http://www.facebook.com/MyShuUemura beserta namamu dan no untuk dihubungi.

4) Pemenang-pemenang akan diberitahu melalui panggilan telefon pada Julai 8, 2011.

Terma & syarat:
- Kamu dikehendaki melukis logo COSMOPOLITAN dan shu uemura sebagai sebahagian dari rekaanmu.

Good luck ladies!

Lagi Best Woo-Oo-Oo...

Makin kedengaran tak jingle "Lagi Best" tu di radio dan TV? Kalau belum, tak lama lagi ia akan "menghantui" kamu! Cosmo memang dah asyik ternyanyi2 lagu tu (dalam kepala lah ya) sebab berpeluang lakukan test drive kereta Perodua Myvi terbaru dengan wajah baru dan warna baru - Mystical Purple. Memang excited habis dapat peluang memandu kereta Myvi yang dah upgrade. Nampak kelainan dia daripada Myvi versi lama, kerana yang baru nampak lebih sleek.


Ni lah dia ticket stubs untuk giliran test drive kereta Myvi. I went twice! Saja try yang manual dan auto. I think memang sesuai untuk sesiapa yang nak cari first car. It's compact, senang nak manouver dalam kesesakan atau nak parking kat kawasan agak sempit. It is 1.3L so agak bagus untuk kereta bersaiz kompak macam tu.

Myself, Pam (Cleo) and Claire (MWW) memang impress gila dengan radio baru ni. It's touch screen!! Dan dah ada sesiap software GPS sesuai untuk kaki sesat macam ada sorang dalam team Cosmo ni (ehem). Dan katanya, every year mereka akan update the software for free. Haaa... Untung tu!

Warna ditawarkan - the usual Myvi colours yang kamu dah pernah lihat sebelum ni. Dengan tambahan satu warna special - Mystical Purple yang dah disebut tadi tu. Agak gelap daripada purple biasa walaupun di bawah terik mentari. Almost to black but not. Tapi tetap cun lah.


Tadaaa....selepas pandu Myvi baru manual. Menggeletar gak kaki sebab dah lama tak bawak jenis manual, selalu tekan minyak je kan. Mengaum juga enjin mula2 tu. Hehe... But it was a fun media test drive. And soon, ada lagi satu untuk Cosmo cuba. Yang tu, kamu kena tungggguuuuu untuk ketahui lanjut.
Kalau kamu dah berminat nak kenal Myvi baru ni, terus saja ke showroom terdekat or layari www.perodua.com.my okey!
Selamat berhujung minggu! :))

Wednesday, June 1, 2011

JOM SERTAI KEMPEN DIY BEG KANVAS shu uemura



























Kunjungi road show shu uemura di One Utama Highstreet (berhadapan butik shu uemura di ground floor) dari Jun 6-12, 2011 dan rebut peluang untuk menyertai kempen DIY Canvas Bag shu uemura! Dengan pembelian produk shu uemura di road show bernilai RM150 berserta kupon ini, kamu layak menyertai peraduan membuat rekaan beg kanvas dari shu uemura. Tiga
pemenang paling kreatif bakal memenangi hamper hebat bernilai RM250!

BONUS! Tiga pemenang dan 20 peserta bertuah bakal menerima jemputan ke parti shu uemura The Art of Beauty with Cosmopolitan pada Jun 18, 2011 (Sabtu) jam 10.30am-12.30pm di butik shu uemura, KLCC. Untuk maklumat lanjut, layari http://www.facebook.com/MyShuUemura