Monday, June 27, 2011

Cosmopolitan Julai; Lebih Hangat dengan Natasha Hudson

Cosmo dah keluar hampir seminggu lalu, and pasti ramai yang dah mendapatkannya. Bagi yang belum, kamu dah boleh perolehinya di kedai berhampiran. Natasha Hudson menghiasi halaman depan Cosmo bulan ini malah, dia turut berkongsi cerita menarik tentang rancangan kerjayanya yang terkini - termasuk menulis skrip tau! Juga bagaimana dia mengharungi cabaran sebagai ibu tunggal (yang hot!). Dan adakah dia sedang bercinta dengan seseorang? Jeng jeng jeng...



Bonus untuk KAMU! Booklet mini dengan tips penjagaan wajah, solekan dan rambut yang boleh kamu simpan selama-lamanya. Disebabkan saiznya, bawa dalam beg tangan dan kongsikan tips bersama rakan-rakan, pasti mereka lebih tabik denganmu kerana ada lebih ilmu. Untung bukan?

Selain itu, Cosmo himpunkan 20 aksi berani kamu boleh buat bila dalam gelap. Sama ada dengan teman atau suami, hmmm... (Ada sesetengahnya team Cosmo pun dah cuba. Oops!)

Dan khas untukmu, a special spread on hair digayakan oleh Fasha Sandha, selebriti paling hangat ketika ini. Empat gaya rambut DIY kamu boleh cuba untuk acara berbeza. Senang saja...

Jadi, tunggu apa lagi, kalau yang dah dapatkan Cosmo Julai, we love you lah! Dan kepada yang belum, rugi besar kalau tak tambah koleksi mu itu. Miss Cosmo, Miss Out!

3 comments:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

dah beli!!!

syakirin zainurin said...

nak beli jugak nnty....;p

3yk4.m!k4 said...

mcm xdp jew hadiah uk bln julai ari 2.. hmm =(