Monday, August 22, 2011

Jom Sertai Bengkel Kunci COSMO ke Fashionista Menawan bersama shu uemura

Jadilah antara 60 pembaca terawal untuk menyertai bengkel hebat ini!

September ini, Cosmopolitan dengan kerjasama shu uemura buat pertama kalinya menganjurkan Bengkel Kunci Cosmo ke Fashionista Menawan. Pakar jurusolek dari shu uemura, Lisa Yap akan berkongsi jenis solekan edgy dan urban chic untuk kamu tampil lebih bergaya dan
menyerlah. Bukan itu sahaja, pakar dari Tangs Chabom Chan akan membawamu ke alam gaya fashionista terkini.

Tarikh: Oktober 8, 2011 (Sabtu)
Masa: 10am – 3pm
Tempat: DoubleTree by Hilton, Kuala Lumpur
Bayaran: RM50 setiap seorang

Program:
- Demo solekan fashionista oleh Lisa Yap, shu uemura chief make-up artist.
- Sesi suai padan top dan bottom, tip gaya dan warna serasi bentuk tubuh serta cara padankan aksesori yang sesuai oleh Chabom Chan, senior fashion stylist dari TANGS Pavilion.

Cabutan Bertuah!
10 pembaca bakal memenangi produk shu uemura dan Cosmopolitan bernilai RM200!
5 pembaca bakal memenangi baucar TANGS benilai RM200!

*Kamu akan menerima cenderamata dari shu uemura, TANGS dan Cosmopolitan.
*Jamuan ringan turut disediakan

Menarik bukan? Hantar segera borang penyertaanmu kerana tempat adalah terhad!


4 comments:

MissNS said...

sis, mcm mane nak join misi makeover in cosmo?>

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

boleh join lagi ke??

Cosmo said...

Hi Baby, yes masih ada tempat.

ohmadu said...
This comment has been removed by the author.