Friday, July 29, 2011

Salam Ramadhan

Cosmopolitan Malaysia nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa. Do check out our August issue with many tips and stories agar kamu dapat buat persiapan sewajarnya untuk Raya nanti.


Miss Cosmo, Miss Out!

Wednesday, July 27, 2011

Dah Dapatkan Cosmopolitan Edisi Ogos? Ada Nur Fazura!


Isn't she HOT?! Cosmo cukup gembira apabila Fazura yang diketahui sibuk dengan jadual lakonannya bersetuju untuk muncul sebagai Cover Star Cosmo bulan ini. Apatah lagi, namanya sering disebut-sebut oleh kamu bila ditanya siapa bintang paling hangat ketika ini. Ikuti kisahnya seperti diceritakan kepada Zura Ahmad dalam Cover Story. Lihat sendiri lakaran kek kahwin idamannya, beria-ia Fazura melukisnya agar kamu pun boleh lihat sendiri betapa dia mahukan hari bahagianya nanti jadi cukup sempurna. Tak kiralah bila ia akan berlaku, Cosmo tak sabar nak melihatnya nanti.

Istimewa untuk kamu, THE BIG SHOE AND BAG GIVEAWAY. Cosmo tahu bila dah nak dekat raya ni, antara persiapan gadis Cosmo yang gemar bergaya kenalah ada kasut dan beg. Kasut mana sesuai untuk ke majlis berbuka atau acara iftar santai bersama teman. Dan sudah tentu, kasut ini boleh kamu pakai terus time Raya nanti. Jangan lepas peluang menangi kasut dan beg yang akan dihadiahkan kepada pembaca bertuah dalam isu ini.

Disebabkan Raya datang hujung bulan, gaji pun masuk mungkin tak membuatkan kamu sempat nak buat persiapan yang diidamkan, Cosmo kongsikan rencana 10 Hari Persediaan Sambut Syawal Sempurna. Lengkap dengan check list dan countdown dari hari gaji ke Aidilfitri untuk kamu guna pakai.

Dan pelajari cara nak suai padan fesyen Malaysiana dalam busana harian kamu untuk tampil lebih bergaya. Terus ke halaman 60 dan berseronoklah dengan inspirasi yang telah dikongsikan oleh Syikin Wahid.

Teruja? Dapatkan edisi Ogos SEKARANG!