Tuesday, October 29, 2013

Cosmo new blog

Hi Cosmoholics, sekarang Cosmo punya blog baru, so kunjungi laman blog Cosmo di cosmopolitanmalaysia.wordpress.com
thanks, xoxo

Friday, August 2, 2013



Cosmopolitan Malaysia Commits to
 Creating awareness on Sexual Abuse!


Wednesday, July 24, 2013

Menarik Dalam Cosmopolitan Ogos 2013

Pejam celik, dah separuh Ramadhan berlalu. Dan before you know it, Aidilfitri bakal menjelma. Bagaimana dengan persiapan raya kamu? Rasanya tentu banyak yang dah buat preparation awal. Dan team Cosmo sendiri dah submit permohonan cuti, woohoo!

Kamu dah pun melihat gambar eksklusif BTS penggambaran Mizz Nina dalam post sebelum ini, kamu kena dapatkan Cosmo isu Ogos untuk ketahui kisah terbaru mengenai dirinya, dan paling menarik, pandangan suaminya Noh tentang isterinya yang tercinta itu. We dub them the most loving couple ketika ini. Cosmo tabik cara mereka saling menyokong kerjaya satu sama lain.

Lagi dalam Cosmo Ogos:

* Barisan perfume dengan identiti Eau dan Acqua dipaparkan yang wajar kamu miliki. Juga tip berguna untuk mencari wangian yang menepati cita rasa kamu.
Antara wangian mesti dimiliki daripada Guerlain.
* Jom baca perjalanan editor kecantikan, Nana ke San Francisco awal tahun ini untuk mengenali lebih lanjut kisah menarik di sebalik Benefit, jenama kecantikan ternama itu. Selain melawat HQ mereka, dia dapat peluang membancuh gincu sendiri, bestnya...



* Antara rencana menarik bulan ini... Cara untuk putus kawan jika kamu dah tak tahan dengan perangainya dengan nasihat daripada Profesor Muhaya. Juga cara kenal pasti teman 'berkeladak.'

* Pernah cuba dating dengan tiga lelaki serentak? Cosmo kongsikan kenapa ianya BOLEH dilakukan dan apa yang kamu perlu ambil kira. Menarik? Rencana lanjut ada dalam Cosmo Ogos ya...


* Juga paparan fesyen terkini termasuk ilham mix and match kombo cetakan, tekstur dan warna. Kena ikut panduan Cosmo ni kalau taknak kelihatan seperti a fashion victim!


Dapatkan semuanya (dan BANYAK lagi) dalam Cosmo edisi Ogos ya! Miss Cosmo, Miss Out. xoxo

Friday, July 19, 2013

Di Sebalik Tabir Sesi Photo Shoot 

bersama Mizz Nina










Photography by @aaronlkm , make up by @khirkhalid , hair by @fendisani , art direction by @zulkifli_s and styling by Syikin and Jacky Hussein. Wardrobe Mizz Nina untuk cover daripada H&M. (Gambar behind the scenes  oleh Jacky Hussein)


Monday, July 8, 2013

Selamat Mengharungi Ramadhan

Salam Cosmoholics, terutama yang bakal menyambut bulan Ramadhan lusa ini. Dah bersediakah kamu? Pada ketika ini, the team sedang bertungkus-lumus menyiapkan isu Ogos untuk tatapan kamu tapi sementara tunggu edisi itu keluar, kenalah dapatkan July issue yang sedang dijual di pasaran.

Jika kamu sudah mula memikirkan lokasi berbuka puasa di luar (yes yes, it's still too early but manalah tahu...), Cosmo nak cadangkan beberapa tempat yang sempat dicuba baru-baru ini. Kalau sukakan set yang harganya amat berpatutan kamu wajar ke restoran Coliseum. Mereka baru saja melancarkan cawangan terbaru di Jaya 33, Petaling Jaya. Selain menu ala carte sedia ada, Coliseum menawarkan set Ramadhan untuk seorang RM25 dan dua orang, RM38. Set ini terdiri daripada acar jelatah, nasi serai, ayam masak merah atau daging kurma, dhal sayur, pudding jagung, bandung cincau, teh atau kopi. Berbaloi bukan?

Cosmo suka tulisan jawi di atas tu...

Bread butter pudding yang sangat sedap!

Takpun kamu boleh ke Old Town White Coffee yang turut menawarkan My Dulang @ OldTown untuk berbuka puasa nanti. Kalau kamu datang dengan si dia, pesanlah Family Dulang yang menawarkan set nasi dengan pilihan rendang ayam atau daging, air rose selasih, white coffee atau teh tarik dan dua jenis dessert! Memang padan dengan harga RM39.90, dan kalau kamu jenis tak makan banyak, boleh berkongsi dengan seorang lagi teman. Kalau sendirian, boleh saja order set individu pada harga RM16.90. Dan kamu tak perlu lagi sangsi dengan status halal Old Town White Coffee kerana mereka baru saja mendapat pensijilan Halal daripada Jakim untuk 168 rangkaian kafe itu di Semenanjung Malaysia (juga lapan cawangan di Singapura).

Cosmo cuba My Dulang versi miniature, menarik!
Kalau nak idea berbuka puasa lain, ada lagi tempat yang best dan sedap dalam Cosmo isu Julai ini. Terus ke halaman Lifestylist Hot Spot di halaman 148 untuk lebih banyak pilihan.

Tak sah lah nak sambut Raya kalau tak pegi shopping kan? Antara yang mengadakan sale besar-besaran termasuklah Watsons hinggalah ke awal September. Sesiapa yang membeli RM30 ke atas dalam tempoh itu berpeluang memenangi tiket untuk menghadiri Watsons Hari Raya Celebration bersama Faizal Tahir pada 6 September 2013 di Plaza Angsana, Johor Baru!

Selain itu, Watsons turut mengadakan kempen Azam Raya Bersama Watsons di mana kamu boleh kongsikan apakah azam raya kamu tahun ini dan Faizal Tahir akan menggubah lagu khusus berdasarkan azam yang telah dikongsikan. Terus ke Facebook Watsons untuk ketahui lanjut ya...

Akhir kata, selamat sambut Ramadhan ya...

xoxo

Monday, June 24, 2013


Kulit juga perlukan perlindungan daripada jerebu!

Keadaan cuaca yang berjerebu boleh membawa pelbagai penyakit pada tubuhmu jika kamu keluar tanpa memakai mask yang sesuai. Tapi, jangan lupa...Kulit kamu juga perlukan perhatian semasa jerebu yang teruk. Ini kerana tahap jerebu yang tinggiboleh mengakibatkan kulit kamu mengalami pertukaran warna kulit dan kerengsaan daripada pencemaran. Elak kulit bermasalah dengan menggunakan Clinique Even Better City Block Anti-Pollution SPF 40/PA+++ (RM140) kerana ia dapat bantu melindungi wajahmu semasa keluar rumah dalam. 
Cara menggunakannya: Sapukan di wajah sebagai langkah akhir penjagaan kulit sebelum memakai solekan. Ia sesuai bagi semua jenis kulit dan senang diserap kulit sekaligus melindungi kulitmu.



Apa berlaku di sebalik tabir sesi photo shoot bersama Neelofa?
Check out gambar exclusive bersama Neelofa...

















Thursday, June 20, 2013


Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Kamu dah undi ke belum? Masih ada masa lagi...
Jom mengundi jejaka Cosmo Hunks pilihan!

Cara mudah untuk kamu mengundi...
taip COSMO(JARAK)KOD CALON(JARAK)NAMA PENUH(JARAK)IC(JARAK)E_MEL dan hantarkan ke 32733.

(Pssstt: Hantarkan undian sebelum Jun 28, 2013 ya!) 

Code: CH04 (Qayyum)

Code: CH07 (Jamani)

Code: CH09 (Azri)

Code: CH02 (Faizsyah)


Code: CH03 (Hadi Hamdan)

Code: CH05 (Muhammad Adam)

Code: CH08 (Shafik Halis)

Code: CH12 (Ahmad Fakhrul)

Code : CH01 (Shahid Hosey)

Code : CH06 (Amirul Atiq)

Code: CH10 (Amin Hayat)

Code: CH11 (Hafiz)



Terima Kasih kerana mengundi daripada Team Cosmo & Cosmo Hunks 2013!


Wednesday, June 19, 2013

Warna Lebih Ceria Untuk Rumah Kamu!

Apa khabar Cosmoholics tersayang? We hope kamu semua okay walaupun cuaca sekarang agak 'crazy' skit. Jangan lupa minum banyak air k.

Saja nak kongsi dengan kamu, satu daripada acara yang telah Cosmo team hadiri hari ini. Pelancaran cat baru Dulux di Kampung Lindungan, PJ. Boleh dikatakan antara acara yang menarik dan happening. Bukan saja sebab Dulux memperkenalkan cat siri Inspire (mentang-mentanglah Raya dah nak dekat) tapi mereka telah lakukan satu kerja amal untuk penduduk di situ, apabila team pakar warna Dulux mengecat semula dewan komuniti penduduk di situ. Memang ceria habis kerana mereka menggunakan cat terbaru itu. Cosmo tabik usaha team Dulux dengan kerjasama Fella Design (siap dapat perabot baru!) kerana selepas ini, lebih mudah dan seronoklah penduduk di situ nak adakan aktiviti kerana ada dewan yang telah di-makeover.

So, kamu ada bercadang nak makeover kediaman kamu? Kalau tiada bajet untuk tukar perabot, mengecat adalah pilihan yang lebih wajar. Dulux Inspire terbaru ini dijual dari harga RM76 untuk lima liter bagi cat dalaman dan untuk luar rumah adalah RM96. Kalau nak tahu berapa banyak tin yang kamu perlukan untuk mengecat ruang rumah, kamu boleh layari laman web www.dulux.com.my kerana di situ ada 'mesin kira-kira' khusus untuk membantumu.

Dewan Keluarga Harmoni di Kampung Lindungan sebelum the unveiling of its new look.

 
Rambang mata tengok warna terbaru Dulux Inspire

Monday, May 27, 2013

Sneak Peek Sebalik Tabir Sesi Shoot Bersama Tizz Zaqyah

Jom intai gelagat Tizz semasa sesi photo shoot bersama team Cosmo !