Wednesday, July 24, 2013

Menarik Dalam Cosmopolitan Ogos 2013

Pejam celik, dah separuh Ramadhan berlalu. Dan before you know it, Aidilfitri bakal menjelma. Bagaimana dengan persiapan raya kamu? Rasanya tentu banyak yang dah buat preparation awal. Dan team Cosmo sendiri dah submit permohonan cuti, woohoo!

Kamu dah pun melihat gambar eksklusif BTS penggambaran Mizz Nina dalam post sebelum ini, kamu kena dapatkan Cosmo isu Ogos untuk ketahui kisah terbaru mengenai dirinya, dan paling menarik, pandangan suaminya Noh tentang isterinya yang tercinta itu. We dub them the most loving couple ketika ini. Cosmo tabik cara mereka saling menyokong kerjaya satu sama lain.

Lagi dalam Cosmo Ogos:

* Barisan perfume dengan identiti Eau dan Acqua dipaparkan yang wajar kamu miliki. Juga tip berguna untuk mencari wangian yang menepati cita rasa kamu.
Antara wangian mesti dimiliki daripada Guerlain.
* Jom baca perjalanan editor kecantikan, Nana ke San Francisco awal tahun ini untuk mengenali lebih lanjut kisah menarik di sebalik Benefit, jenama kecantikan ternama itu. Selain melawat HQ mereka, dia dapat peluang membancuh gincu sendiri, bestnya...



* Antara rencana menarik bulan ini... Cara untuk putus kawan jika kamu dah tak tahan dengan perangainya dengan nasihat daripada Profesor Muhaya. Juga cara kenal pasti teman 'berkeladak.'

* Pernah cuba dating dengan tiga lelaki serentak? Cosmo kongsikan kenapa ianya BOLEH dilakukan dan apa yang kamu perlu ambil kira. Menarik? Rencana lanjut ada dalam Cosmo Ogos ya...


* Juga paparan fesyen terkini termasuk ilham mix and match kombo cetakan, tekstur dan warna. Kena ikut panduan Cosmo ni kalau taknak kelihatan seperti a fashion victim!


Dapatkan semuanya (dan BANYAK lagi) dalam Cosmo edisi Ogos ya! Miss Cosmo, Miss Out. xoxo

Friday, July 19, 2013

Di Sebalik Tabir Sesi Photo Shoot 

bersama Mizz Nina










Photography by @aaronlkm , make up by @khirkhalid , hair by @fendisani , art direction by @zulkifli_s and styling by Syikin and Jacky Hussein. Wardrobe Mizz Nina untuk cover daripada H&M. (Gambar behind the scenes  oleh Jacky Hussein)


Monday, July 8, 2013

Selamat Mengharungi Ramadhan

Salam Cosmoholics, terutama yang bakal menyambut bulan Ramadhan lusa ini. Dah bersediakah kamu? Pada ketika ini, the team sedang bertungkus-lumus menyiapkan isu Ogos untuk tatapan kamu tapi sementara tunggu edisi itu keluar, kenalah dapatkan July issue yang sedang dijual di pasaran.

Jika kamu sudah mula memikirkan lokasi berbuka puasa di luar (yes yes, it's still too early but manalah tahu...), Cosmo nak cadangkan beberapa tempat yang sempat dicuba baru-baru ini. Kalau sukakan set yang harganya amat berpatutan kamu wajar ke restoran Coliseum. Mereka baru saja melancarkan cawangan terbaru di Jaya 33, Petaling Jaya. Selain menu ala carte sedia ada, Coliseum menawarkan set Ramadhan untuk seorang RM25 dan dua orang, RM38. Set ini terdiri daripada acar jelatah, nasi serai, ayam masak merah atau daging kurma, dhal sayur, pudding jagung, bandung cincau, teh atau kopi. Berbaloi bukan?

Cosmo suka tulisan jawi di atas tu...

Bread butter pudding yang sangat sedap!

Takpun kamu boleh ke Old Town White Coffee yang turut menawarkan My Dulang @ OldTown untuk berbuka puasa nanti. Kalau kamu datang dengan si dia, pesanlah Family Dulang yang menawarkan set nasi dengan pilihan rendang ayam atau daging, air rose selasih, white coffee atau teh tarik dan dua jenis dessert! Memang padan dengan harga RM39.90, dan kalau kamu jenis tak makan banyak, boleh berkongsi dengan seorang lagi teman. Kalau sendirian, boleh saja order set individu pada harga RM16.90. Dan kamu tak perlu lagi sangsi dengan status halal Old Town White Coffee kerana mereka baru saja mendapat pensijilan Halal daripada Jakim untuk 168 rangkaian kafe itu di Semenanjung Malaysia (juga lapan cawangan di Singapura).

Cosmo cuba My Dulang versi miniature, menarik!
Kalau nak idea berbuka puasa lain, ada lagi tempat yang best dan sedap dalam Cosmo isu Julai ini. Terus ke halaman Lifestylist Hot Spot di halaman 148 untuk lebih banyak pilihan.

Tak sah lah nak sambut Raya kalau tak pegi shopping kan? Antara yang mengadakan sale besar-besaran termasuklah Watsons hinggalah ke awal September. Sesiapa yang membeli RM30 ke atas dalam tempoh itu berpeluang memenangi tiket untuk menghadiri Watsons Hari Raya Celebration bersama Faizal Tahir pada 6 September 2013 di Plaza Angsana, Johor Baru!

Selain itu, Watsons turut mengadakan kempen Azam Raya Bersama Watsons di mana kamu boleh kongsikan apakah azam raya kamu tahun ini dan Faizal Tahir akan menggubah lagu khusus berdasarkan azam yang telah dikongsikan. Terus ke Facebook Watsons untuk ketahui lanjut ya...

Akhir kata, selamat sambut Ramadhan ya...

xoxo