Wednesday, December 31, 2008

Selamat Datang 2009!


Hi Cosmo darlings, apa khabar? Dah bersedia untuk melangkah ke Tahun Baru? Tinggal beberapa jam saja lagi kita akan tinggalkan 2008. Pejam celik, pejam celik kena ubah kalendar atas meja. Apa azam tahun baru ni? Untuk Cosmo, tentulah nak jadi majalah paling diminati, menjadi sumber rujukan yang hebat dan terus-terusan murah rezeki.

Begitu juga yang diharapkan cover girl Cosmo isu Januari - NORYN AZIZ. Hadiahnya buat peminat, album baru yang lebih komersial. Nak tahu rahsia dan petua dirinya untuk tampil hebat di pentas dan permaidani merah, kenalah beli dan baca sendiri. ;)
Juga menarik - sesi makeover mania dengan lapan pembaca Cosmo! Lihatlah penampilan sebelum dan hasilnya selepas itu. Sama ada idea fesyen atau kecantikan, tentu ada satu yang boleh kamu tiru. Inilah masanya nak cuba sesuatu yang baru untuk 2009 ini. Berbaloi!
Semestinya, pemburuan untuk wanita Fun Fearless Fabulous 2009 sudah pun bermula dengan penampilan Norhana Osman, kaki jalan2 sokmo ini. Satu yang Cosmo tak sempat sebut - she loves baking! Memang sedap cupcakes buatannya, yummy! Kami mengalu-alukan sesiapa yang ada kriteria Fun Fearless Fabulous, calonkan dirimu SEKARANG. Hantarkan emel dengan biodata dan gambar ke CosmopolitanMalaysia@acpmagazines.com.my. Tentu ramai yang dah dapatkan Cosmo Januari, tabiklah! Kepada yang belum tu, kamu dah boleh dapatkannya di pasaran. Dah dijual sejak seminggu lalu. Siapa Miss Cosmo, dia Miss Out tau! Have a happy new year. Mwahs!



Love,
Anida

3 comments:

Faizal and Anna said...

Terima kasih buat Cosmo team sebab beri peluang untuk muncul di dalam ruangan FFF Januari. Pasal kek tu...he..he.. janganlah puji2 sangat..baru nak cuba-cuba je... Terima kasih sekali lagi...

Anonymous said...

hye i just wonder, if i already called and make appoitment, it is confirm right? i just have to come on the agree date and time right?

Anonymous said...

Hi Izza, Zaiti, Nana, Anida, Baizura & ALL...

Happy Birthday to COSMO!
Tahniah kepada COSMO kerana bertahan bertakhta di hati pembaca selama 3 tahun lamanya.
Harga minyak yang turun naik tak jadi penghalang kami membeli COSMO setiap bulan.

Kejutan ulang tahun ke-3 sangat menarik dengan pelbagai hadiah hebat untuk dimenangi. Saya merasa diri begitu dihargai sebagai pembaca setia COSMO.

This is real birthday suprise to everyone!

WELL DONE to the Izza dan juga crew COSMO yang cool, ceria, riang & sporting. You all memang COSMO:-

C : CREATIVE
O : OBSESSIVE
S : STYLISH
M : MARVELOUS
O : OPENNESS

Cheers,
HAZLINA HASSAN