Wednesday, March 4, 2009

Cosmo Fitness Regime

Haaa...Tengah buat apa tu? Saja nak kongsi cerita, Cosmo team tengah "demam" pergi gym. Apa tidaknya, dah masuk bulan Mac, azam untuk kuruskan badan, jadi lebih fit, lebih sihat etc etc belum lagi mula. So semalam, me, Nana and Zura kuatkan semangat pergi ke Fitness First untuk sertai kelas Body Jam. Peggghh...Memang best. Dan lagi best sebab tengok pengunjung setia kelas tu dah hafal steps tarian. Kami ni dok lah terhegeh2 kat belakang. But we tried keeping up ofcourse. Puas hatilah!
Kebetulan minggu lepas, I attended a Nike event. Di situ, Nike lancarkan Nike Training Club dan Nike Women Sister Series. Memang jenuh jugak nak ikuti steps diajar Marie Purvis, salah seorang jurulatih Nike yang didatangkan dari US (dia ada kat sini nak ajar trainers Fitness First woh!). Tak sampai 20 minit, dua2 kaki dah rasa "semacam". The say, no pain, no gain kan? Dan bila dah rasa sakit bermakna, the exercises work! "The workout is never boring and is designed to take you to a whole new level of fitness," kata Purvis. I agree! Ia sama saja seperti senaman yang biasa kamu buat masa kelas PJasmani kat sekolah dulu, tapi somehow ia lebih intense.

Kunjungi juga rangkaian kedai Nike, kerana menerusi kempen Be Transformed ia memperkenalkan Nike Women Sister Series, rangkaian kasut dan pakaian sukan lebih inovatif dan gempak. Memang cun!!!
Note: Nak tahu lanjut? layari http://www.nikewomen.com.my/ ya.
Love,
Anida

7 comments:

suezen said...

wah...great shoe..:P

Anonymous said...

Wow, ni tak boleh jadi ni-Nida, Nana & Zura dah start work out dkt gym! I envy your spirit! I agree wit Nida, joining classes dkt gym memang memenatkan yet bring excitedment. I paling suka ke kelas dancing sbb terasa macam Shakira atau Pussycat dolls pulaks, heheh perasannya.

Bila Nida nak workout sama2 dgn we all? Buatla sessi class dancing ke, body combat ke dengan we all? Mesti fitness first bleh sponsor venue/place hehehehe....Good idea tak?

Anonymous said...

i like!! tetapi korang kena janji takleh buat lebih gempak dari kami lah..hahahaha...kidding!

Anonymous said...

i nak kuruskan lower body. camner yek? pagi ni pergi jogging di Taman tasik, badan je berpeluh. Kalau ikutkan memang dah kurus ,BMI cuma 18.5, tapi tulah nak kaki kurus. harap2 keluaran Cosmo akan datang cuba tunjukkan. Nak pergi Gym memang tak mampu. Kat tempat kerjapun ada gym tapi masa tak sesuai nak join.

Anonymous said...

Cara kamu keep fit...

1. Berkemas rumah-house keeping
*ini cara yg paling jimat masa & duit
2. Elakkan menaiki lif kalau setakat nak turun/naik 3-4 tingkat
*ini jimatkan letrik
3. Parking kereta berjauhan dgn tempat yg hendak dituju
*jimat parking tempat yg mahal2 heh
4. Pergi ke pejabat menaiki pengankutan awam-LRT/Bus/etc
* Ini buatkan kepala tak pening dgn traffic jem, less stress & menyihatkan badan

Come on! Mula lakukannya. Impossible it nothing...

Anonymous said...

Kalau "tawaf" shopping mall pun boleh bakar kalori juga!

Anonymous said...

Ziela_88: Interesting point. Nanti I cuba find out for you k.
Hazlina: Cayalah sis. and great tips!
Girl Next Door: I like! Memang aktiviti "kuruskan badan" (dan poket) paling best..hehehehehee