Thursday, December 31, 2009

Let's Welcome 2010

Tinggal beberapa jam saja lagi 2009 akan berlalu dan muncullah pula 2010. Apa rancangan kamu untuk tahun baru ni? Anything great? Bagi Cosmo Team, 2009 memang tahun yang amat mencabar. Namun, kami tetap berpuas hati dengan apa yang dapat disediakan buat pembaca tersayang. Biarpun kegawatan 2009 amat dirasai pada awal tahun lagi, tapi Cosmo tetap move forward untuk pastikan hanya yang terbaik dalam majalah kesayangan kamu ini.
Dengan berakhirnya 2009, Cosmo Team turut mengucapkan selamat maju jaya kepada our beloved Sub Editor, Norzaiti Abdul Talib yang telah berkhidmat bersama kami hampir dua tahun. We will definitely miss you. Apa pun, Cosmo doakan all the best buat Zaiti dalam apa jua bidang yang bakal diceburinya kelak. Mwahs!
Buat pembaca Cosmo, SELAMAT TAHUN BARU!! May all your dreams come true. Dan teruskan menyokong COSMOPOLITAN MALAYSIA.

Wednesday, December 23, 2009

Isu Januari 2010 bersama Cheryl Samad

Kenapa kamu kena dapatkan isu Januari Cosmopolitan SEKARANG?!:
1. It's the Body Love issue, segalanya tentang tubuhmu Cosmo kongsikan. Ada kisah lemak dan "kata-katanya", isu kesihatan yang melanda wanita muda yang perlu kamu ketahui dan bagaimana selebriti Malaysia (termasuk barisan finalis pengacara 8TV Quickie).
2. Ada cara untuk kamu menangi trip ke Hong Kong. Siapa cepat, dia dapat ya!
3. Cheryl Samad, our lovely cover girl dedah rahsia hebat mengacara di pentas siaran langsung. Dan tak lama lagi, Anugerah Juara Lagu 2009 bakal berlangsung. Nantikan kemunculan Cosmo yang telah dilantik media rasmi mereka ya...But don't worry, we're not singing..hehehehe...
4. Tahun baru, azam baru...Cuba nasihat yang telah dibentangkan Cosmo. Pasti banyak yang menusuk kalbu.
5. Kamu nak kelihatan Girl Hot atau Guy Hot? Kedua-duanya kamu boleh perolehi menerusi beauty spread kami di dalam isu ini.
6. 50 jejaka Malaysia kongsi hal wanita. Bukan main lagi...memang nakal!
6. Check out resolusi fesyen tahun baru. Macam2 idea baru kena kami turuti. Barulah boleh bergelar fashionista.
7. Menangi pelbagai hadiah hebat ditawarkan termasuk produk Stage, Fudge, Mariah Carey, menonton wayang Tooth Fairy dan rawatan True Spa. Juga, Amazing Makeover bersama Lancome.

Miss Cosmo, Miss Out!!

The Ultimate Fun Fearless Fabulous 2009

Cosmo sempat minta Intan Shafinaz untuk kongsikan pandangannya mengenai anugerah hebat ini.

Perasaan Juara...When the winner was announced during the Awards evening on December 5th, saya memang terkejut dan sudah tentu, gembira. I had stiff competition from the other finalists as each person is unique in her own fun, fearless, fabulous ways. It was difficult to even predict who would be the chosen one, but when my name was called, it was a moment of mixed feelings - disbelief, nervousness and pure elation. Sememangnya ia detik penting yang saya mahu kongsikan dengan finalis lain.... We are all beautiful.

Erti Anugerah Itu...Anugerah ini satu pengiktirafan pembaca Cosmo sendiri that they could relate to a person as Fun, Fearless and Fabulous. It is not so easy to fit the 3-in-1 bill.... I was not even sure I could. Though, it is amazing that readers can gauge a lot from just the photos of the finalists and their short interviews. Well, I suppose a picture does paint a thousand words! I am certainly thrilled to be awarded the recognition by the readers themselves.

Rancangan 2010... Saya rancang untuk sambung belajar tahun depan. It is high time that I pursue my Masters. The working life is truly competitive, and I am talking globally here, not just within Malaysian boundaries. We not only have to excel academically, but have to be well-rounded and equipped with positive attitude and energy. So in a nutshell, I will be furthering my studies and staying healthy. Oh yes, at some point, I should try to get married. Hahaha. That would be fun, fearless and fabulous all rolled into one!!!

Cara jadi wanita Fun Fearless Fabulous... Love yourself, only then can you be truly comfortable and confident in your own skin. Be positive, healthy, mentally-strong and emotionally-stable. I believe that women have always been the stronger gender and that someday we will rule the Planet. We women have been born with the 'X' factor (heck, we have two 'X' chromosomes in our genes and the men are short of one)... there comes a time when you have to activate it and be fearless! But please do not be selfish and just think about yourself. Being vain is so not cool.

Identify something out there that you have a natural bond with, beyond yourself, and work for the greater cause that is bigger than oneself. For example, I love coral reefs. Diving is my passion and I go out there and try to make sure people understand that our corals are fragile. If they die due to our careless behaviour, so will the ocean, and so will we. We all have a great mission - this one on protecting our coral reefs is mine.

Love, Shafi.

Monday, December 14, 2009

Fun Fearless Fabulous 2009 Pictures!

Group photo of all Anugerah Cosmopolitan Fun Fearless Fabulous 2009 winners with Editor Cosmopolitan,
Izza Safinaz Ibrahim.


Pemenang The Ultimate Fun Fearless Fabulous 2009 - Intan Shafinaz Suhaimi. Tahniah!!


Lokasi majlis, ISHq Restaurant di Crowne Plaza Mutiara Hotel KL dihias untuk acara hebat itu.



Marsha turut menyanyikan dua buah lagu bagi menyerikan majlis. Nurul yang memenangi Best Haute Couture Chic Dress bersama pereka busananya, Amir Luqman. Rashidah Ishak dan Vanidah Imran adalah Pasangan Serasi Anugerah Cosmopolitan Fun Fearless Fabulous 2009! Hebat...


Liyana Jasmay (pemenang kategori pelakon); Awal Ashaari (pemenang Jejaka Terhangat) dan Noryn Aziz (pemenang kategori penyanyi) bergambar dengan trofi "ais" Cosmopolitan. Cool! Izza menyampaikan trofi Anugerah Pereka Muda kepada Hatta Dolmat. Ning Baizura menyampaikan Simply The Best dan Awan Yang Terpilu sebagai penutup majlis gilang gemilang berkenaan.

Monday, December 7, 2009

Dan pemenangnya adalah...

Hello all,

Seperti yang diketahui, majlis kemuncak Anugerah Cosmopolitan Fun Fearless Fabulous 2009 yang berlangsung Sabtu lalu di ISHq Restaurant, Hotel Crowne Plaza Mutiara cukup meriah. Inilah barisan pemenang bagi tahun 2009. TAHNIAH!

· The Ultimate Fun Fearless Fabulous Intan Shafinaz
· Pemenang Personaliti Radio Fun Fearless Fabulous Fara Fauzana
· Pemenang Pelakon Fun Fearless Fabulous Liyana Jasmay
· Pemenang Personaliti TV Fun Fearless Fabulous Nurul Syuhada
· Pemenang Penyanyi Fun Fearless Fabulous Noryn Aziz
· Pemenang Jejaka Terhangat Fun Fearless Fabulous Awal Ashaari
· Pemenang Senyuman Menawan Fun Fearless Fabulous Anuar Zain
· Pemenang Pereka Fesyen Muda Fun Fearless Fabulous Hatta Dolmat
· Pemenang Pasangan Serasi Fun Fearless Fabulous Vanidah Imran & Rashidi Ishak

* Nantikan gambar-gambar eksklusif majlis penuh warna-warni ini dalam posting seterusnya. Hang on!

Love,
Cosmo Team