Wednesday, March 24, 2010

Cosmo Malaysia hearts Cosmo Australia


... And all 60 editions of Cosmos around the world, ofcourse! We are very excited today bila tengok Cosmopolitan Australia April 2010 paparkan quotes from Cosmo Malaysia Editor dan features writer untuk edisi istimewa Cosmo World mereka. Terbukti, hubungan Cosmo antarabangsa sangat rapat and yes, we do share stories. Itu yang membuatkan majalah ini sangat istimewa dan lain dari biasa.
Kalau kamu berpeluang nak tanya ajukan soalan kepada editor atau staff Cosmo antarabangsa, what would you ask? Share with us. Mungkin kami dapatkan usahakannya. :)

Monday, March 22, 2010

Cosmopolitan Isu April 2010 - Even Better!

Mempersembahkan...Cosmopolitan April 2010, lebih padat dan hebat. You must buy it - ada 50 halaman ekstra memaparkan trend terkini musim Bunga/Panas tahun ini. Kamu kenalah tahu gaya paling in bagi fesyen dan solekan agar kamu diiktiraf fashionista Cosmo terbaik!! Yeah!!
Khusus untuk peminat Katy Perry, ada cerita eksklusif yang hanya Cosmopolitan Malaysia dapat paparkan untuk kamu. "Korek" ceritanya di halaman 130.
Istimewa sempena isu bonus ini, ada pelbagai giveaways untuk kamu rebuti. Antaranya termasuk produk Origins, wangian Choloe, jam Chronotech, premium filem When In Rome, Nanowhite dan Big Fashion Giveaway serta Big Beauty Giveaway.
Dan memperkenalkan...ANUGERAH PENCERAHAN COSMO 2010! Lihat barisan produk pencerahan terbaik tahun ini yang boleh kamu cuba. Hanya yang terhebat untuk pembaca Cosmo.
Dalam Cosmo Cash, check out cara kamu nak "kumpul" bonus untuk diri sendiri. Caranya mudah dan takkan keluar keringat pun, cuma kamu kenalah usaha sikit. Yang penting, sangat berbaloi.
Cosmo pays tribute to Mother Earth through a special features bertajuk Tabik Pada Bumi! Memaparkan cara simple untuk kamu "hijaukan" diri dan sekali gus Bumi.
Juga, gadis Cosmo Malaysia senaraikan kriteria BARU bagi jejaka pilihan hatinya. Check out apa kata Intan Ladyana dan Irma Hasmie tentang jejaka pilihan hati mereka.
Jangan lupa dapatkannya. Miss Cosmo, Miss Out!!

Friday, March 19, 2010

Selebriti Murah Rezeki


Cosmo perasan satu perkara sangat menarik sejak kebelakangan ni...Selebriti Malaysia makin jadi rebutan jenama terkenal dalam pasaran untuk dijadikan duta. Selepas Liyana Jasmay menjadi jurucakap Maybelline, Datuk Michelle Yeoh menjadi duta Anlene, baru-baru ini Fazura dilantik duta produk penjagaan wajah Nutox. Tahniah, tahniah. Bukan mudah menjadi "wakil" ni, kena ada disiplin dan paling utama, rekod yang bersih. Pada masa sama, artis tersebut mendapat penghormatan tertinggi sebagai duta produk.
Seperti juga Diana Danielle yang baru saja dilantik sebagai jurucakap Nano White, produk kecantikan yang sesuai untuk remaja sepertinya. Apatah lagi dia kan sibuk dengan kerjaya sebagai pelajar yang kena bahagikan masa untuk minatnya dalam dunia lakonan. Sudah tentu kena pastikan wajah sentiasa cun dan cantik, betul tak?

Monday, March 15, 2010

TOP HOST 2010!



Kamu dah tonton rancangan terbaru Top Host 2010? Mana yang ketinggalan tu, jangan lupa saksikannya pada setiap Rabu jam 10pm di TV3 ya... Ia adalah program mencari bakat pengacara generasi baru yang berkaliber dan mempunyai kredibiliti tinggi. Dan nampaknya peserta-peserta yang terpilih sebagai finalis sememangnya mempunyai bakat serba boleh untuk bergelar hos ternama satu hari nanti. Hebat!


Lima peserta lelaki dan lima peserta wanita yang terpilih adalah Za’im Helmi Zaini (24), Za’im Izkandar Zaini (20), Nur Liyana Adnan (23), Nabihah Md Rosdi (23), Fadhil Mohamad Isa (25), Mohd Faizal Azhar (23), Syazwani Diyana Mohamad Isa (24), Sri Sharinnie Rizal (23), Erin Adlina Adnan (20), dan juga Khairul Wasiril Aswad (20).


Cosmo turut berkerjasama dengan Estee Lauder dan Grace Salon untuk sesi grooming buat 10 finalis ini. Jadi saksikan transformasi mereka yang tampil lebih anggun dan berkeyakinan dalam episod ke-3 Top Host 2010 pada Rabu, Mac 17 ini ya!

Love,

Siti Syahidah