Friday, April 16, 2010

REBUT PELUANG MENANGI WANGIAN MAGNIFIQUE SPARKLING


Lancome menampilkan wangian ikoniknya- Magnifique Sparkling, wangian segar dan lembut melengkapi saga magnifique dengan unsur elemen kesegaran dan berkilauan. Magnifique Sparkling hadir dalam Eau de Toilette Eau dan terdapat dalam 50ml sahaja. Wangian ini menggabungkan not kilauan red grapefruit dan diwarnai dengan not fruity blackcurrant. Diadun dengan kelopak bunga rose dan jasmine dan base wangian ini dilengkapi dengan woody musky. Menghasilkan wangian yang begitu magnifique dan sparkly!

Ingin miliki wangian Magnifique Sparkling dari Lancome? Caranya mudah sahaja, ikuti langkah berikut;

1) Kunjungi kaunter Lancome berdekatanmu.
2) Take a sniff of the scent dari sampel wangian ini. Tiada free sample ya!Cuma hidu sahaja.
3) Layari semula artikel ini dan kongsi pendapatmu mengenai Magnifique Sparkling dengan lengkapi ayat ini “Saya jatuh hati dengan Magnifique Sparkling kerana……”

5 pembaca bertuah akan memenangi wangian Magnifique Sparkling bernilai RM200 setiap satu! Promosi bermulaApril15-30 2010.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini, sertai fan page Lancome di www.facebook.com/LancomeMY.

9 comments:

AyuArjuna BiGoshh said...

“Saya jatuh hati dengan Magnifique Sparkling kerana……”
sebaik sahaja saya merasai wangian Magnifique, terasa lapang dan indah sekali dan pastinya kenikmatan aoroma ini tidak ingin ditinggalkan. Ianya begitu sebati dalam diri menjadikan lebih berkeyakinan, segar dan begitu feminin!

nadhirah nasser said...

“Saya jatuh hati dengan Magnifique Sparkling kerana…… harumannya yang membawa ku lari jauh ke musim bunga nan indah bersama kesegaran ros dan jasmin, diadun dengan keenakan bau beri hitam, membuatku tenggelam menyelami kilauan Magnifique dalam diri dan bertambah keyakinanku bersama haruman asas woody musky, yang maskulin dihati, namun lembut dan serasi pada diri.

zalikhazahar said...

Saya jatuh hati dengan Magnifique Sparkling kerana keenakan aroma buah beri yang begitu memikat, ditambah pula haruman mawar dan melati yang begitu menyegarkan membuatkan aku seolah-olah berada diawang-awangan, kegarangan aroma woody musky juga menyemarakkan keyakinanku dan sudah pasti membuatkan si dia tak jemu mendampingiku.

sherry said...

“Saya jatuh hati dengan Magnifique Sparkling kerana……”haruman 'feminine wood scents'by lancome yg mempesona memberi impak keabadian didlm menjana sumber inspirasi didlm jiwa kehidupan gadis cosmo seperti ku yg lebih femininisme dgn aroma seksi magnifique yg lasting sesungguhnya membuat hari2 ku teruja dan bersemangat.

Suraya said...

“Saya jatuh hati dengan Magnifique Sparkling kerana……” ciri ultra feminin terserlah dengan sentuhan rempah sitrus dan bungaan indah menjadikannya obsesiku yang terkini. Sofistikated, matang dan tidak berpura-pura, kau memang 'Magnifique'!

Nur Fatin Nabihah said...

“Saya jatuh hati dengan Magnifique Sparkling kerana……”
ia melambangkan diri gadis cosmo seperti saya. ia juga seksi, tidak terlalu berbau kebungaan dan apabila saya memakainya orang akan berkata wow! awak berbau wangi!

kyRa saFfira said...

“Saya jatuh hati dengan Magnifique Sparkling kerana……” bauan bunga-bunga segar menjadikan diri ini disayangi, menambahkan keyakinanku dan menghangatkan hidup ini. "Kilauannya" telah menonjolkan personaliti unikku. Percayalah, dengan haruman Magnifique Sparkling, ianya boleh mengubah hidup anda menjadi seorang wanita yang lebih sofistikated dan berkeyakinan!

nazLYNN jane said...

Here it goes...

“Saya jatuh hati dengan Magnifique Sparkling kerana……” ia menterjemahkan 'suara' gadis cosmo sepertiku. Botol merahnya yang unik dan menarik seperti diriku yang ingin tampil chic dan elegan dengan gaya tersendiri. Gabungan aroma manis bungaan dan not buahan beri hitam dilengkapi dengan bauan garang 'woody musky' membuatku sentiasa "cool" namun masih tetap megekalkan aura feminin. Kini sepertimu, diriku juga "Magnifique".

jun_2208 said...

“Saya jatuh hati dengan Magnifique Sparkling kerana……”
Sangat wangi, aromanya yang unik dan tersendiri, pasti menambah seri dan menyerlahkan peribadi wanita yang sejati. Semburan ‘Manifique Sparkling’, memberikan ku semangat dan keyakinan diri yang tinggi.