Monday, May 7, 2012

Drama Seindah Sakura Romantis Dalam Sedih

Selepas drama Cinta Buat Emelda yang mengisi slot Akasia, kini disusuli pula dengan drama terbaru berjudul Seindah Sakura. Memaparkan kisah sedih menyayat hati kehidupan Shakira yang terpaksa mengharungi pelbagai rintangan dan dugaan bersama neneknya sejak mereka ditinggalkan sebatang kara oleh ibunya sejak kecil.

Antara barisan pelakon drama Seindah Sakura
Drama bersiri 24 episod terbitan Temenggong Pictures, bakal membuka tirainya pada 7 Mei 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 7.00 malam. Drama yang diarahkan oleh pelakon dan juga pengarah yang berbakat besar iaitu Zul Huzaimy dan skrip yang ditulis oleh Wan Mahani menampilkan pelakon-pelakon hebat tanahair seperti Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Dato' Eizlan Yusof, Eryna, Fimie Don, Mak Mah dan ramai lagi.

Fahrin Ahmad  & Fasha Sandha selaku teraju utama


Jangan lepaskan peluang menyaksikan Seindah Sakura menerusi slot Akasia, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam bermula 7 Mei 2012 di TV3. Penonton yang terlepas menyaksikannya boleh menonton melalui laman web Tonton di www.tonton.com.my.

No comments: