Wednesday, June 6, 2012

Selamat Pengantin Baru Nurul & Eric Depp

Gambar dari koleksi saya (Eena) semasa menghadiri majlis akad nikah penyanyi Nurul Wahab pagi tadi. Saya dah mengenali Nurul lebih 10 tahun dan we are always supportive of each other.  Sebagai sahabat saya begitu gembira dapat bersama meraikan hari yang istimewa buat Nurul.
Gambar saya (Eena) bersama pengantin


Just nak share gambar khas buat pembaca Cosmo. Wish i had a proper camera and could take more pictures. Sorry tapi itu je yang dapat saya snap pakai Blackberry.  Yang pasti, we should always cherish the friendship we have made over the years. Sometimes its the smallest gesture you do that your friend would keep in their minds and hearts forever.
Majlis yang serba ringkas tapi penuh dengan kasih sayang dan gelak tawa sahabat dan keluarga.






Tuesday, June 5, 2012


Semalam team Cosmo dijemput untuk menghadiri pelancaran program baru "Edventures in Asia" yang kini disiarkan setiap Ahad, 9 mlm di saluran Life Inspired HD, Astro (channel 706). Bukan saja dapat jumpa dengan Chef terkenal dari Korea Chef Edward, tapi kami juga dapat rasa empat hidangan istimewa yang dimasak khas buat semua media yang hadir. 

Hidangan 1 : "SamGye Tang"

Ayam yang chilled dihidang bersama buih perisa ginseng dan salad segar.
Komen Cosmo : Sedap dan sangat menyelerakan tapi kalau kamu tak suka makanan yang sejuk, mungkin kamu tak kan boleh telan sampai habis.




Hidangan 2 : "Foie Grais & Doeun Jang"

Ini pula sup yang amat creamy! Kalau nak tahu foie grais ialah hati itik tapi sangat digemari oleh orang barat kerana rasanya yang sangat lemak. Disini foie grais dah dimasak dengan campuran kekacang dan dihidang bersama sayuran jeruk Korea.

Komen Cosmo: Wow! Walaupun rasanya sangat creamy tapi bila dimakan dengan jeruk sayuran memang kena dan sesuai. It was so addictive..tak boleh stop makan walaupun dah agak muak.







Hidangan 3 : "Galbi Jjim"

Wagyu Beef direbus hingga lembut dihidangkan bersama sayur-sayuran dan salad epal.

Komen Cosmo: Lihat saja gambar sudah boleh teringat rasa keseluruhan hidangan ini. Daging wagyu yang direbus hingga lembut dan melt in your mouth, di makan bersama mash potatoes yang buttery buat kami hingga tak terkata. Selain daging dan ubi kentang, Chef Edward juga selitkan salad epal hijau bersama cili. Kombinasi hidangan ini memang tak boleh kami lupakan.








Hidangan 4 : "Yuza & Bokbunja"

Masam dan manis. Ais krim sorbet berries dihidangkan dengan mousse yogurt dengan rice crispies.

Komen Cosmo:  Pencuci mulut yang amat unik. Bukan saje ais krim sorbet beri kombinasi manis dan masam secukupnya, tapi mousse yogurt juga penutup set hidangan yang sungguh istimewa.















Friday, June 1, 2012


Bosan lepak dirumah dihujung minggu? Teringin nak join beach party untuk relaks dan berparti dengan kawan-kawan? Jenama kecantikan Clinique tampilkan Summer In Clinique Beach Party 2012 di Wave Pool, Sunway Lagoon, 14hb Julai ini. Jika kamu ingin turut serta, jangan lupa dapatkan borang penyertaan dalam isu bulan Jun atau Julai nanti. Kamu juga boleh beli tiket bernilai hanya RM60 di mana-mana kaunter Clinique. If you think you are our next cover girl, dont forget to sign up and be part of the Cosmo Cover Girl search during the event!  Harap jumpa disana! psssttt...Cosmo dengar ada banyak hadiah menarik menanti kamu...