Tuesday, June 5, 2012
Semalam team Cosmo dijemput untuk menghadiri pelancaran program baru "Edventures in Asia" yang kini disiarkan setiap Ahad, 9 mlm di saluran Life Inspired HD, Astro (channel 706). Bukan saja dapat jumpa dengan Chef terkenal dari Korea Chef Edward, tapi kami juga dapat rasa empat hidangan istimewa yang dimasak khas buat semua media yang hadir.
Hidangan 1 : "SamGye Tang"
Ayam yang chilled dihidang bersama buih perisa ginseng dan salad segar.
Komen Cosmo : Sedap dan sangat menyelerakan tapi kalau kamu tak suka makanan yang sejuk, mungkin kamu tak kan boleh telan sampai habis.
Hidangan 2 : "Foie Grais & Doeun Jang"
Ini pula sup yang amat creamy! Kalau nak tahu foie grais ialah hati itik tapi sangat digemari oleh orang barat kerana rasanya yang sangat lemak. Disini foie grais dah dimasak dengan campuran kekacang dan dihidang bersama sayuran jeruk Korea.
Komen Cosmo: Wow! Walaupun rasanya sangat creamy tapi bila dimakan dengan jeruk sayuran memang kena dan sesuai. It was so addictive..tak boleh stop makan walaupun dah agak muak.
Hidangan 3 : "Galbi Jjim"
Wagyu Beef direbus hingga lembut dihidangkan bersama sayur-sayuran dan salad epal.
Komen Cosmo: Lihat saja gambar sudah boleh teringat rasa keseluruhan hidangan ini. Daging wagyu yang direbus hingga lembut dan melt in your mouth, di makan bersama mash potatoes yang buttery buat kami hingga tak terkata. Selain daging dan ubi kentang, Chef Edward juga selitkan salad epal hijau bersama cili. Kombinasi hidangan ini memang tak boleh kami lupakan.
Hidangan 4 : "Yuza & Bokbunja"
Masam dan manis. Ais krim sorbet berries dihidangkan dengan mousse yogurt dengan rice crispies.
Komen Cosmo: Pencuci mulut yang amat unik. Bukan saje ais krim sorbet beri kombinasi manis dan masam secukupnya, tapi mousse yogurt juga penutup set hidangan yang sungguh istimewa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
bertuah dapat attend event & taste makanan yang sedap2 macam ni :)
bertuah nyer
Post a Comment