Wednesday, June 19, 2013

Warna Lebih Ceria Untuk Rumah Kamu!

Apa khabar Cosmoholics tersayang? We hope kamu semua okay walaupun cuaca sekarang agak 'crazy' skit. Jangan lupa minum banyak air k.

Saja nak kongsi dengan kamu, satu daripada acara yang telah Cosmo team hadiri hari ini. Pelancaran cat baru Dulux di Kampung Lindungan, PJ. Boleh dikatakan antara acara yang menarik dan happening. Bukan saja sebab Dulux memperkenalkan cat siri Inspire (mentang-mentanglah Raya dah nak dekat) tapi mereka telah lakukan satu kerja amal untuk penduduk di situ, apabila team pakar warna Dulux mengecat semula dewan komuniti penduduk di situ. Memang ceria habis kerana mereka menggunakan cat terbaru itu. Cosmo tabik usaha team Dulux dengan kerjasama Fella Design (siap dapat perabot baru!) kerana selepas ini, lebih mudah dan seronoklah penduduk di situ nak adakan aktiviti kerana ada dewan yang telah di-makeover.

So, kamu ada bercadang nak makeover kediaman kamu? Kalau tiada bajet untuk tukar perabot, mengecat adalah pilihan yang lebih wajar. Dulux Inspire terbaru ini dijual dari harga RM76 untuk lima liter bagi cat dalaman dan untuk luar rumah adalah RM96. Kalau nak tahu berapa banyak tin yang kamu perlukan untuk mengecat ruang rumah, kamu boleh layari laman web www.dulux.com.my kerana di situ ada 'mesin kira-kira' khusus untuk membantumu.

Dewan Keluarga Harmoni di Kampung Lindungan sebelum the unveiling of its new look.

 
Rambang mata tengok warna terbaru Dulux Inspire

1 comment:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

best kalau dapat mengecat .. nak2 lagi umah baru kan?