Friday, August 29, 2008

2 hari lagi nak puasa...

Dah ready ke? Team Cosmo dah mula belasah macam-macam dah ni. Baru tadi minta Steve turun beli kuih la, air soya la, macam-macam demand! Bukan sebab apa, takut bila dah puasa nanti, teringat nak makan macam-macam.
Nak cerita sikit pengalaman balik kampung last weekend. Kenduri sepupu kahwin. Tak sangka pula terpaksa jadi "mak andam terjunan". Pasal dok fikir "balik kampung", saya cuma bawa basic make-up. Eyeshadow pun satu warna saja! Mujur Izza bawa banyak... terlebih banyak sampai tak muat meja. Anyways, persoalannya, bila kamu balik kampung, how simple (or not) would you go? If you are going towards "simple", mungkin kamu boleh pick-up a few tricks melalui spread Tampil Cantik, Nyaman & Selesa, halaman 134 - 136. Tapi sebelum tu, tengok dulu rona fruity mana sesuai untuk bibir kamu (page 130-133).


Oh sebelum terlupa, dah pergi jenguk ke The Body Shop? Mereka ada rangkaian produk "Wellbeing" baru untuk kamu lerai-leraikan tekanan. Eloklah bulan puasa ni tak elok tension-tension. Saya tabik dengan event pelancaran rangkaian baru ni ( di Bukit Cahaya) sebab berjaya untuk "lebih" menyedarkan saya tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Plus saya berpeluang beli-belah di The Body Shop outdoors!


Ok...have a nice weekend dan jangan lupa bangun sahur ya!


-Nana-

4 comments:

hanys said...

how simple i am? tak la simle sangat.. yang penting kena ada
1. kuih raya yg beli kat kawan2 opis
2. baju raya family yg dah siap jahit manik (i buat sendiri tau)
3. satu beg yg ada alat make up, brooch, lain2 aksesori..
4. tudung yg mengikut trend skang, dengan batu oktant..
5. ooo, duit raya n sampul duit raya kenla bawak balik.. ramai sangat org yg minta sampul raya since i kejer bank.. huhuhu..

From The Editor said...

sampul duit raya? hehehe boleh tak kitorang nak pau beberapa paket juga? wow, you jahit baju dan manik sendiri? lepas ni boleh la team cosmo tempah kat hanys baju raya.

baby said...

hai nana
barang bodyshop yg baru tu yg mana best ek...

From The Editor said...

So far I've tried two products from the range. Divine Calm Heavenly Shower Gel yang memang terasa nak melayang saja dalam shower... and also Total Energy Pulse Pint Balm. Tengah lesu-lesu puasa ni, sapu sikit kat belakang telinga, leher and dahi memang cerah balik biji mata ni!