Wednesday, September 3, 2008

Multi-tasking Driver


Alangkah bahagianya kalau setiap pagi dan pulang dari kerja aman tanpa traffic jam yang sangat menguji kesabaran. Pagi tadi, pelbagai ragam pemandu yang telah saya perhatikan ketika sedang mengharungi kesesakan. Menggunakan telefon bimbit tanpa alat bebas tangan, ada yang mengambil kesempatan mencalit gincu di bibir (mungkin kat rumah tadi tak habis bersolek), ada yang mengangguk-anggukkan kepala (mungkin sedang layan lagu kat radio kot), ada juga yang boleh tahan menyedut asap rokok pakej dengan asap kenderaan yang dah sedia ada dan yang membaca surat khabar ketika memandu pun ada! Pemandu Malaysia memang hebatkan? Salah satu cara untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas adalah dengan keluar rumah lebih awal dari waktu puncak. Kamu ada cadangan lain? Jom kongsi pendapat! Sharing is caring!

XOXO,

Zura Ahmad

5 comments:

From the Cosmo Team said...

yang ambil gambar sambil memandu tu siapa ye?
heheh

-Nana-

Hanys Jehari said...

nak elak sesak naikla LRT.. tapi LRT skang,, especially PUTRA pun jammed gila... lgi2 kawsan hot mcm wangsa maju, my home.. perghh.. yg paling kronik, last wednesday.. as a result i pitam kat Stesen Ampang Park.. malunyer..:(

From the Cosmo Team said...

Alahai, kesiannya hanys. I pun dulu pernah ada episod nak pitam naik bas mini masa bulan puasa... Tapi sekarang semua pengangkutan awam dah ada air-cond tak lah teruk sangat. Nostalgia betul Bas Mini Wilayah!

Salam Ramadan! Izza

Anonymous said...

Tu belum kes tertinggal bas dan terkena tempias lecak tepi jalan. Tak boleh lupa saat tu, kelakar pun ada gak.

EviL oF daRkNesS said...

hi..zura..
fida suh i leave comment kat u..
n she ask me to say thx to yuo..i have no idea wat its all about..
neway..nice blog..