Friday, February 20, 2009

Aksi Bintang Popular

Jumaat dah tiba! Apa rancangan hujung minggu ni? Kalendar weekend team Cosmo pun agak padat. Esok Cosmo team akan berada di Sunway Pyramid untuk majlis The Body Shop Professional Make-Up Artiste Competition 2009 (3-5pm) kemudian, Cosmobile pula akan "terjah" UKM, Bangi (5-6pm). Kamu pun kena join tau!

Kelmarin, Berita Harian telah adakan sidang media mengumumkan 5 finalis untuk Anugerah Bintang Popular 2008 (ABP). Paling best, Cosmopolitan juga jadi partner acara hebat ini, sebagai penganjur Pamper Suite di Genting Highlands 12 April nanti. Seperti tahun lalu, Cosmo akan buka ruang R&R untuk selebriti memanjakan diri. Kami pun berdebar-debar nak anjurkannya, we all hope it will be as great as last year! (What to wear? What to wear?)

Nak tahu siapa finalisnya ABPBH '08. Here goes:
1. Pengacara TV Lelaki: AC Mizal, Ally Iskandar, Aznil Nawawi, Faizal Ismail, Faizal Tahir.
2. Pengacara TV Wanita: Abby Fana, Cheryl Samad, Fara Fauzana, Juliana Evans, Nurul Alis.
3. Penyampai Radio Lelaki: AG, Aznil Nawawi, Faizal Ismail, Kieran, Khairil Rashid.
4. Penyampai Radio Wanita: Abby Fana, Fara Fauzana, Leeya, Linda Onn, Nana.
5. Artis Komedi Lelaki: AC Mizal, Afdlin Shauki, Nabil, Saiful Apek, Zizan.
6. Artis Komedi Wanita: Amyza Adnan, Kenchana Dewi, Noorkihiriah, Ruminah Sidek, Sheila Mambo.
7. Artis Baru Lelaki: Aiman, Fizzow, Nabil, Nubhan, Riz.
8. Artis Baru Wanita: Ayu OIAM, Lisa Surihani, Sari Yanti, Scha, Stacy.
9. Penyanyi/Artis Nasyid: Aiman, Akhil Hayy, Hijjaz, Rabbani, Raihan.
10. Penyanyi Berkumpulan/ Duo: Estranged, Fabulous Cats, Hujan, M Nasir, Meet Uncle Hussein.
11. Penyanyi Lelaki: Adam, Aizat, Amy Search, Mawi, Nubhan.
12. Penyanyi Wanita: Elyana, Jaclyn Victor, Mila, Siti Nurhaliza, Stacy.
13. Pelakon Filem Lelaki: Farid Kamil, Que Haidar, Rosyam Nor, Rusdi Ramli, Saiful Apek.
14. Pelakon Filem Wanita: Erra Fazira, Liyana Jasmay, Maya Karin, Sh Amani, Vanidah Imran.
15. Pelakon TV Lelaki: Aaron Aziz, Aqasha, Ashraf Muslim, Fahrin Ahmad, Rosyam Noor.
16. Pelakon TV Wanita: Abby Abadi, Diana Danielle, Dynas, Fasha Sandha, Rita Rudaini.

Kalau nak pilih, tak susah. Beli akhbar Berita Harian, isi borang dan undi artis pilihanmu kemudian hantarkan kepada alamat tertera pada borang tu ya. And, they're doing roadshows in Johor, Terengganu, Kedah, Pahang and Selangor sepanjang bulan depan hingga awal April. Cosmobile juga dijangka menyertainya. Nantikan kehadiran Cosmo sekali ya!

Love,
Anida.

1 comment:

suezen said...

wah...ader event kat sunway pyramid...erm....