Thursday, February 5, 2009

Demam Anugerah!





Bulan ni bukan setakat sambutan Hari Kekasih, tapi bakal menjelma acara gilang gemilang Anugerah Grammy (8 Feb 09) dan Academy (22 Feb 09). Masa ni lah nak tengok bagaimana artis Hollywood melaram sakan dan sama ada mereka akan "ditahan" Fashion Police atau tidak. (Ada kala, mereka pun jadi fashion victims, pelik bukan?) Ofcourse, barisan artis yang dicalonkan tak kira dalam bidang muzik atau lakonan, tak kurang hebatnya. Untuk Grammy nanti, ia akan dihoskan LL Cool J dan Taylor Swift dengan persembahan gempak dari Coldplay, Kenny Chesney, Jennifer Hudson, Jonas Brothers, Lil Wayne, Carrie Underwood dan ramai lagi! Sementara itu, Hugh Jackman (aktor utama filem Australia, sigh!) bakal mengacarakan Anugerah Academy nanti. Hot, hot, hot!



Jom saksikan Grammy Awards di 8TV menerusi siaran tertunda (sejam) pada 9 Feb '09 (Isnin) jam 10.00 pagi. Dan bersempena Academy Awards, ntv7 akan menyiarkan barisan filem hebat seperti Dragon Heart, Mighty Joe Young dan The Recruit pada setiap malam Sabtu bermula 7 Feb '09 jam 10 malam. Saksikan juga siaran anugerah itu Jumaat, 27 Feb '09 jam 10 pagi! Ulang tayangnya pula pada Sabtu, 28 Feb '09 jam 10 malam. Silalah "award" dirimu ya!

Love,
Anida

2 comments:

ani said...

wahh!!!harus tgu depan tv ni =)

Anonymous said...

hugh jackman host?confirm meletup!i like..

p/s time ni la artis2 kite akn dpt ilham fashion apa yg nak digayakan utk anugerah2 yg bkl tiba nanti. tp, hopefully yg seswai la ek..