Sudahkah kamu berkunjung ke Hard Rock Cafe Kuala Lumpur yang kini berwajah baru? Kalau belum, apa kata buat temujanji bersama pasanganmu ke HRC di malam Hari Kekasih 14 Februari yang bakal tiba kurang dua minggu dari sekarang.
Sempena sambutan Hari Kekasih pada 14 Februari ini, HRC bakal menampilkan menu khas yang mempunyai 3 hidangan utama yang cukup lazat! Berlatar belakangkan suasana yang cukup romantik dan diiringi persembahan akustik dari band "SwitchGroove" pada hari tersebut, sudah pasti ia mampu menjadi kenangan yang tak dapat dilupakan!
Pakej makan malam yang di sediakan pada malam tersebut termasuklah Crabmeat and Mango Cocktail sebagai hidangan pembuka selera, pilihan hidangan utama terdiri daripada pilihan Panfried Seabass, Grilled Sirloin of Beef atau Supreme of Chicken and Scallop Combo dan Praline Chocolate “Heart” Cake pula sebagai hidangan pencuci mulut.
Love,
Zura.
4 comments:
saya pembeli setia majalah cosmo sejak dikeluarkan dipasaran. tapi kenapa majalah cosmo sekarng semakin menipis? baca sekejap sahaja dah siap. tak best la..
erm..the food look yummy.....
sy sdg blaja memasak..
hehe..
kuat makan tp kurus
huhu
susahnye..nak menang peraduan kat majalah cosmo ni..tiap bulan hantar awal..ada apa-apa tips untuk menang?
Post a Comment