Wednesday, August 5, 2009

Cosmo Majalah Rasmi Gadis Melayu 2




Dear ladies (and guys),

Ogos ini menjadi permulaan kembara baru Cosmopolitan dalam memantapkan aktiviti sampingan majalah kesayanganmu ini. Mungkin ada yang dah tahu sebelum ini, Cosmopolitan menjadi majalah rasmi rancangan yang kini menjadi bualan hangat Gadis Melayu musim kedua di TV9.

Jika kamu setia menontonya tahun lalu, tentu kenal dengan format programnya yang menerapkan elemen budaya Melayu dari pelbagai aspek. Pendekatan untuk musim terbaru ini masih lagi konsep sama tetapi ia turut menerapkan elemen kreatif dan adventure untuk selari dengan aliran terkini.

Kami di Cosmo amat berbesar hati untuk turut sama menjayakan program realiti ini dan telahpun turut serta dalam sesi audition dan pemilihan finalis sejak beberapa bulan lalu. Saya juga dijemput untuk menjadi juri ujibakat di Shah Alam dan Kuala Lumpur bersama beberapa juri ternama. Tidak dinafikan ia adalah antara pengalaman yang cukup menarik. Bukan mudah untuk menemubual ratusan gadis yang datang dengan harapan menggunung untuk diterima sebagai peserta Gadis Melayu.

Terima kasih kepada yang sudi hadir sesi ujibakat di semua lokasi dan sekiranya kamu bukan yang terpilih ke peringkat akhir, masih ada ruang untuk kamu perbaiki dan pelajari. Mana tahu, tahun depan ada peluang baru. Saya tabik kesemua peserta ujibakat kerana berani dan bersungguh-sungguh datang to prove yourselves.

Untuk saksikan bermacam aksi di sesi ujibakat, tonton Gadis Melayu musim ke-2, esok (Khamis, 6 Ogos, 9.30malam). Episod pertama ini juga akan turut memperkenalkan 12 peserta akhir yang bakal merebut gelaran Ikon Gadis Melayu. Episod seterusnya (juga waktu dan hari siaran yang sama) akan menyaksikan peserta terbabit dalam pelbagai tugasan serta ujian dan seorang bakal tersingkir setiap minggu sehingga episod akhir November nanti.

Uniknya musim ini, peserta yang terpilih juga datang dari latar yang berbeza dan terbabit dalam pelbagai bidang sebelum menyertai Gadis Melayu. Lihat nanti transformasi gadis urban menjadi wanita Melayu unggul!

Salam,
Izza

7 comments:

nadhirah nasser said...

cool.... hope Cosmo Team would spice up this reality show more than it was before!!!
Go Cosmo Team!! see you guys this Saturday..

ejai said...

yup..kewl & sgt2 sempoi.. way to go COSMO team..

Look forward to ur next issue on this reality show so called Gadis Melayu.

Chaiyuk!!

azila said...

naper i x sanggup tengok realiti show seperti ini? kadang2 tu penuh dgn drama macam tak realiti aje..

azila said...

show gadis melayu 2 ni macam nak pilih p'puan yg cantik, harap2 peserta yg kaki minum + lesbo dsbnya cepat2 disingkirkan dr program, kalu tdk mencemarkan imej org melayu je.. kalu nak melayu urban pun , pilihlah peserta yg kena sikit.

hang nadim said...

Aku dengar yang terpilih pun gadis yang tak senonoh...ishhhh pa barang macam ni..

azila said...

sekarang ni pihak tv9 maybe takleh buat apa, sebab rancangan nikan telah di rakam.. entah2 finalistnya gadis yg paling kita x sanggup tgk tu.
tgk episod 2 hari tu... main dalam air .. bayangkanlah.

Teacher Suzana Fazlin said...

nape dah lame tak update blog?=(