Wednesday, September 16, 2009

Rancangan Realiti Online Pertama dari Maybelline & 8TV




Pernahkah kamu bermimpi untuk mempunyai sebuah butik atau menjadi pereka kasut ataupun melanjutkan pelajaran? Apapun impianmu September ini, Maybelline bersama 8TV akan menjadikan impian seseorang menjadi kenyataan dengan kehadiran sebuah rancangan realiti “Simply Fabulous” untuk mengubah imej dan penampilan seseorang. Program realiti ini telah mula disiarkan menerusi laman sesawang 8TV bermula 7 September 2009.

Rancangan menarik ini merupakan sebuah rancangan realiti online yang juga dikenali sebagai “dream maker”. Program ini disertai oleh 10 orang peserta perempuan yang dipilih melalui sesi uji bakat yang telah menarik perhatian lebih 1,200 orang. Setiap minggu, 10 peserta yang terpilih akan menjalani pelbagai aktiviti dan cabaran tentang kecantikan, fesyen dan juga keyakinan diri.

Menurut Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV, “Kami telah menjumpai 10 peserta perempuan yang terbaik sebagai peserta rancangan realiti ini tetapi kami memerlukan pertolongan rakyat Malaysia untuk menentukan siapakah yang terbaik dan impian siapa yang sepatutnya kami tunaikan lagi. Rakyat Malaysia boleh mula mengundi pada 28 September dari jam 12.00 pagi hingga 13 Oktober 12.00 tengahari,”.

Malam finale bagi program ini akan disiarkan di saluran 8TV dan secara online selama 30 minit pada 18 Oktober 2009 jam 10.00 malam. Jadi jangan ketinggalan untuk menonton rancangan realiti “Simply Fabulous” yang dibawakan oleh Maybelline New York dan berilah undianmu dengan melayari www.8TV.com.my/simplyfabulous

2 comments:

Tammy said...

yayyyy Vote for Bei Shan!!!

nadhirah nasser said...

hmmm.. menarik.. belum sempat check this out... will do A.S.A.P!!