Friday, October 9, 2009

Think Pink Sepanjang Oktober


Sabtu lalu, Menara KL yang jadi kebanggan warga Malaysia telah digemerlapkan dengan sinaran merah jambu - menandakan permulaannya bulan kempen kesedaran barah payu dara. Cosmo tabik Estee Lauder Companies dengan kerjasama dengan Menara KL yang menyemarakkan usaha mengetengahkan kesedaran mengenai kepentingan mengesan barah payu dara awal. Kamu boleh lihat keindahan Menara KL diiluminasi rona pink ini selama empat minggu bermula Okt 3 lalu. Bukan setakat Menara KL saja yang menerima simbahan cahaya ini, Estee Lauder melakukan perkara sama kepada beratus-ratus bangunan, monumen dan landmark terkenal di 70 negara seluruh dunia! Wah...Memang hebat betul.



Sebagai pembukaan kepada iluminasi 2009, buat pertama kalinya Estee Lauder Companies menganjurkan Walk for World Pink yang menyaksikan lebih 1,200 rakyat Malaysia memberi sokongan padu kepada kempen hebat ini. Sambutan pada aktiviti ini punyalah tak berbelah bagi, kerana dalam masa tiga minggu saja penyertaan bukan main padat! Lihat sajalah betapa sportingnya para peserta yang seronok-seronok melukis wajah dengan simbol pink ribbon malah sanggup membuat bentuk simbolik itu beramai-ramai. Cantiknya!

5 comments:

Anonymous said...

COSMO Cool dengan highlight kempen kesedaran payu dara yg amat berguna buat kaum hawa. Nampaknya serata dunia menyokong & support kempen seperti ini. I am also of of the supporters! GO PINK!

Nota Tangan : Mengharapkan gathering COSMO CREW+ READER pakai pink t-shirt :)

nadhirah nasser said...

Yes, Hazlina might be rite.. so maybe Cosmo Team nak keluar kan T-shirt version pink?? Just to celebrate this as well??

p/s: jealous tgk Gadis-Gadis Melayu @ TV9 pakai baju merah menyentap Cosmoplitan... :)

nazLYNN jane said...

I wear the pink ribbon with great pride in support to this breast cancer awareness campaign. Tp dlm ofis aje la, hehe...tp hari nih akan pakai samapai balik rumah...

sherry said...

world for pink...
i bangga msian alert about dis...
syabass to cosmo..


i hopefully klu cosmo wat gathering world for pink with us...erm invite ex breast cancer patient
to share their stories erm..like
salamiah hassan n daughter


or free treatment /bengkel info about breast cancer how to detect and prevent.......

Anonymous said...

poor me..from sentul xnmpk pun menara kl..terlindung dek tawakal..huhu