Friday, March 19, 2010

Selebriti Murah Rezeki


Cosmo perasan satu perkara sangat menarik sejak kebelakangan ni...Selebriti Malaysia makin jadi rebutan jenama terkenal dalam pasaran untuk dijadikan duta. Selepas Liyana Jasmay menjadi jurucakap Maybelline, Datuk Michelle Yeoh menjadi duta Anlene, baru-baru ini Fazura dilantik duta produk penjagaan wajah Nutox. Tahniah, tahniah. Bukan mudah menjadi "wakil" ni, kena ada disiplin dan paling utama, rekod yang bersih. Pada masa sama, artis tersebut mendapat penghormatan tertinggi sebagai duta produk.
Seperti juga Diana Danielle yang baru saja dilantik sebagai jurucakap Nano White, produk kecantikan yang sesuai untuk remaja sepertinya. Apatah lagi dia kan sibuk dengan kerjaya sebagai pelajar yang kena bahagikan masa untuk minatnya dalam dunia lakonan. Sudah tentu kena pastikan wajah sentiasa cun dan cantik, betul tak?

3 comments:

Suraya said...

fazura cantek.....

mizzura said...

suraya..i sokong u..fazura mmg cantik..

azila said...

selepas Liyana? datuk Michelle Yeaoh dulu lg jadi duta Anlene..