By this time, pasti kamu dah dapatkan isu terkini Cosmopolitan - isu Oktober 2010 yang makin "meletup"! Shakira, gadis wajah depan bulan ini telah menggegarkan dunia sewaktu Piala Dunia dengan lagu Waka Waka dan di sini, dia berkongsi kisah detik permulaan sebagai penyanyi dan kenapa dia tak bersedia nak bergelar isteri, padahal tengah date anak seorang bekas presiden.
Diperkenalkan, pencarian Cosmo Cover Star! Rebut peluang untuk dipilih menjadi Cosmo cover girl dengan menghantar penyertaanmu sekarang. Maklumat lanjut, terus ke halaman 71 ya.
Lagi berita terhangat: Cosmo Pink Project, acara tahunan yang diadakan pada setiap Oktober bagi memantapkan kamu dengan ilmu berkaitan barah payudara. Sempena itu juga, ACP Magazines (termasuk CLEO, Harper's Bazaar dan The Malaysian Women's Weekly) akan menganjurkan The Pink Shopping Night pada 12 Oktober ini di East Atrium, Mid Valley Megamall. Selain mendapat beg hadiah bernilai RM150 (untuk 500 pembaca terawal saja), kamu boleh membeli-belah di rangkaian kedai terpilih, yang turut menyertai dan menyokong kempen Pink Project hebat ini. Senarai kedai dan tawaran tertera di bawah.
Dapatkan segera isu terbaru Cosmo, dan simpan baik-baik kad shopping kamu itu agar kamu juga dapat sertai misi Pink Project hebat ini. Miss Cosmo, Miss Out!
2 comments:
dah lama tunggu 12th Okt ini..tapi minggu ni kurang sihat pulak...anyway saya cuba untuk sama-sama menyokong projek pink juga!
Tengah shopping lah ni....Pinkish dah on the 10.10.10......the lipstick by Estee Lauder RM90 for 3 is worth to buy!!!! Go and grab one!
Post a Comment