Friday, December 17, 2010

Cosmopolitan Edisi Januari bersama LISA SURIHANI hari ini!





SURPRISE!! Ya, Cosmo edisi Januari sudah berada di pasaran untuk kamu. Dan istimewa bulan ini, eksklusif bersama Lisa Surihani, aktres dan pengacara TV popular ketika ini. Kalau nak tahu, Lisa sendiri tak tahu dia akan muncul menjadi cover Cosmo bila diminta menghadiri sesi penggambaran di studio. Just before mula buat solekan baru kami beritahu, and dia punyalah happy. Katanya, dah lama tunggu peluang nak jadi wajah depan Cosmopolitan.
Ada banyak paparan hebat lagi menarik untuk kamu buat persiapan menempuh 2011. Dari tips kecantikan terkini hinggalah gaya terbaru agar kamu boleh revamp isi almarimu.
Juga, jom undi 10 pembaca Cosmo paling menawan untuk muncul sebagai cover Cosmopolitan. Team kami telah adakan photoshoot selama dua hari untuk mereka dengan kerjasama Clinique dan Guess. Seronok melihat finalis ini berposing ala selebriti, memang semula jadi! Jangan lupa undi siapa paling best okey.
Tunggu apa lagi, dapatkan edisi Januari sekarang. Kongsikan di Facebook atau di sini, apa yang paling best dalam isu kali ini.
Miss Cosmo, Miss Out!

Sunday, December 12, 2010

Cosmopolitan Malaysia mengiktiraf personaliti FUN FEARLESS FABULOUS 2010

(L-R) Leya (Personaliti Radio FFF), Yuna (Penyanyi FFF), Shaheizy Sam (Jejaka Terhangat FFF), Azrina Jane Abdullah (The Ultimate FFF), Izza Safinaz Ibrahim (Editor Cosmopolitan), Khari Sufi (Pereka Fesyen Muda FFF), Vanidah Imran & Rashidi Ishak (Pasangan Serasi FFF).

“Siapakah wanta paling FUN, FEARLESS, FABULOUS di Malaysia?”

Pembaca COSMOPOLITAN Malaysia telah memilih Azrina Jane Abdullah, 33, pemandu drift dari Kuala Lumpur. Beliau dinobatkan The Ultimate Fun Fearless Fabulous 2010 di acara Cosmopolitan Rocks, Live in Concert yang diadakan malam tadi di The Celebrities Club, Mont Kiara, Kuala Lumpur.

Azrina Jane Abdullah menguasai litar drifting sejak lima tahun lalu hingga membolehkannya membuka Sync Optima Drift Academy bersama suaminya, khusus untuk peminat sukan berisiko tinggi itu. Nasihat ibu seorang anak ini kepada wanita yang berminat untuk melakukan drift: “Ia bukan saja dapat mengasah skil memandu, malah dapat mengaplikasikan segala ilmu keselamatan di litar yang telah dipelajari dalam pemanduan harian. Ia juga sebahagian daripada pembelajaran asas sebelum seseorang menceburi litar perlumbaan atau rali.” Antara kejohanan yang telah disertainya – Formula Drift Asia Series (Singapore dan Malaysia), Goodyear International Drift Series (tiga pusingan), FX Open Drift Series (empat pusingan) dan ACE Drift Challenge (empat pusingan). “Bukan saja saya sibuk menjadi ibu, dan masuk pejabat, malah perlu bertanding untuksiri drift,” kata wanita yang turut memasarkan alat penyiaran ini.

FUN FEARLESS FABULOUS adalah anugerah bertaraf antarabnagsa anjuran majalah COSMOPOLITAN sedunia. Ini adalah penganjuran ketiga di Malaysia dengan menampilkan 12 finalis yang menepati kriteria wanita bekerjaya yang berani mencuba sesuatu yang baru, pada masa sama tampil menawan. Setiap bulan mulai Januari, Cosmopolitan memaparkan 12 finalis FUN FEARLESS FABULOUS dalam keluarannya sebelum memberi peluang kepada pembaca untuk mengundi calon kegemaran mereka melalui SMS atau boring undian.

Editor COSMOPOLITAN Malaysia, Izza safinaz Ibrahim, berkata, “Cosmopolitan Malaysia berterusan menyokong pembangunan masyarakat dinamik dengan mengiktiraf wanita berinspirasi tinggi daripada pelbagai bidang. Dan tahun ini, finalis kita tidak terkecuali. Mereka memiliki kehidupan yang hebat, berani dan berjaya.”

Pembaca turut memilih selebriti paling FUN FEARLESS FABULOUS. Dan pemenangnya adalah:

Pemenang Personaliti Radio Fun Fearless Fabulous LEYA (HOTFM)

Pemenang Pelakon Fun Fearless Fabulous DIANA DANIELLE

Pemenang Personaliti TV Fun Fearless Fabulous FARA FAUZANA

Pemenang Penyanyi Fun Fearless Fabulous YUNA

Pemenang Jejaka Terhangat Fun Fearless Fabulous SHAHEIZY SAM

Pemenang Senyuman Menawan AWAL ASHAARI

Pemenang Pereka Fesyen Muda Fun Fearless Fabulous KHAIRI SUFI

Pemenang Pasangan Serasi Fun Fearless Fabulous VANIDAH IMRAN & RASHIDI ISHAK

Menyemarakkan lagi malam anugerah ini, jemputan yang hadir dengan gaya Cosmo Rock Chic dihiburkan dengan persembahan mantap tarian pembukaan oleh HMC Phlow serta barisan penyanyi popular seperti Sabhi Saddi, Stacy dan kemunculan istimewa Dayang Nurfaizah.

Anugerah FUN FEARLESS FABULOUS 2010 COSMOPOLITAN MALAYSIA telah dianjurkan dengan tajaan Shiseido, Jaspal dan jam tangan Adidas serta kerjasama The Celebrities Club.