Sunday, December 12, 2010

Cosmopolitan Malaysia mengiktiraf personaliti FUN FEARLESS FABULOUS 2010

(L-R) Leya (Personaliti Radio FFF), Yuna (Penyanyi FFF), Shaheizy Sam (Jejaka Terhangat FFF), Azrina Jane Abdullah (The Ultimate FFF), Izza Safinaz Ibrahim (Editor Cosmopolitan), Khari Sufi (Pereka Fesyen Muda FFF), Vanidah Imran & Rashidi Ishak (Pasangan Serasi FFF).

“Siapakah wanta paling FUN, FEARLESS, FABULOUS di Malaysia?”

Pembaca COSMOPOLITAN Malaysia telah memilih Azrina Jane Abdullah, 33, pemandu drift dari Kuala Lumpur. Beliau dinobatkan The Ultimate Fun Fearless Fabulous 2010 di acara Cosmopolitan Rocks, Live in Concert yang diadakan malam tadi di The Celebrities Club, Mont Kiara, Kuala Lumpur.

Azrina Jane Abdullah menguasai litar drifting sejak lima tahun lalu hingga membolehkannya membuka Sync Optima Drift Academy bersama suaminya, khusus untuk peminat sukan berisiko tinggi itu. Nasihat ibu seorang anak ini kepada wanita yang berminat untuk melakukan drift: “Ia bukan saja dapat mengasah skil memandu, malah dapat mengaplikasikan segala ilmu keselamatan di litar yang telah dipelajari dalam pemanduan harian. Ia juga sebahagian daripada pembelajaran asas sebelum seseorang menceburi litar perlumbaan atau rali.” Antara kejohanan yang telah disertainya – Formula Drift Asia Series (Singapore dan Malaysia), Goodyear International Drift Series (tiga pusingan), FX Open Drift Series (empat pusingan) dan ACE Drift Challenge (empat pusingan). “Bukan saja saya sibuk menjadi ibu, dan masuk pejabat, malah perlu bertanding untuksiri drift,” kata wanita yang turut memasarkan alat penyiaran ini.

FUN FEARLESS FABULOUS adalah anugerah bertaraf antarabnagsa anjuran majalah COSMOPOLITAN sedunia. Ini adalah penganjuran ketiga di Malaysia dengan menampilkan 12 finalis yang menepati kriteria wanita bekerjaya yang berani mencuba sesuatu yang baru, pada masa sama tampil menawan. Setiap bulan mulai Januari, Cosmopolitan memaparkan 12 finalis FUN FEARLESS FABULOUS dalam keluarannya sebelum memberi peluang kepada pembaca untuk mengundi calon kegemaran mereka melalui SMS atau boring undian.

Editor COSMOPOLITAN Malaysia, Izza safinaz Ibrahim, berkata, “Cosmopolitan Malaysia berterusan menyokong pembangunan masyarakat dinamik dengan mengiktiraf wanita berinspirasi tinggi daripada pelbagai bidang. Dan tahun ini, finalis kita tidak terkecuali. Mereka memiliki kehidupan yang hebat, berani dan berjaya.”

Pembaca turut memilih selebriti paling FUN FEARLESS FABULOUS. Dan pemenangnya adalah:

Pemenang Personaliti Radio Fun Fearless Fabulous LEYA (HOTFM)

Pemenang Pelakon Fun Fearless Fabulous DIANA DANIELLE

Pemenang Personaliti TV Fun Fearless Fabulous FARA FAUZANA

Pemenang Penyanyi Fun Fearless Fabulous YUNA

Pemenang Jejaka Terhangat Fun Fearless Fabulous SHAHEIZY SAM

Pemenang Senyuman Menawan AWAL ASHAARI

Pemenang Pereka Fesyen Muda Fun Fearless Fabulous KHAIRI SUFI

Pemenang Pasangan Serasi Fun Fearless Fabulous VANIDAH IMRAN & RASHIDI ISHAK

Menyemarakkan lagi malam anugerah ini, jemputan yang hadir dengan gaya Cosmo Rock Chic dihiburkan dengan persembahan mantap tarian pembukaan oleh HMC Phlow serta barisan penyanyi popular seperti Sabhi Saddi, Stacy dan kemunculan istimewa Dayang Nurfaizah.

Anugerah FUN FEARLESS FABULOUS 2010 COSMOPOLITAN MALAYSIA telah dianjurkan dengan tajaan Shiseido, Jaspal dan jam tangan Adidas serta kerjasama The Celebrities Club.

2 comments:

nadhirah nasser said...

such a cool n great event... siapa tak pergi rugi!!!!!!! (_L_)

nazLYNN jane said...

Congrats to all the winners....

As for COSMO, you ROCKKKK!!!!!