Friday, April 8, 2011

Jom Sertai Kempen Xixili Green Bosom!


Jangan lupa, April adalah bulan sayangi Bumi. Dalam Cosmo edisi terkini pun ada spread istimewa mengenai cara kamu boleh bantu ringankan "beban" Mother Earth ni. Paling menarik perhatian, Cosmo telah dijemput untuk majlis pelancaran Xixili Green Bosom - Bra Recycling Buddies pagi tadi. It was really happening sebab ramai star studded guests, antaranya Profesor Datuk Jimmy Choo (rupa2nya dia rajin ajak kawan2nya yang berpengaruh shopping di Xixili tau, menarik bukan?), Nadia Heng iaitu Miss World Malaysia 2010 yang telah dilantik sebagai duta jenama ini, Amber Chia dan Charmaine Poo. Majlis itu telah dirasmikan oleh Puan Wan Hasmah Wan Mohd, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita.


Bagaimana KAMU boleh contribute dan sekali gus dapat ganjaran? Mudah saja, bawa coli milikmu yang tak dipakai atau lama (jangan yang buruk dan yang dah koyak rabak ya, tak baik!) ke mana-mana rangkaian Xixili dan kamu akan dapat rebate RM10 untuk coli yang baru. Kempen ini akan berakhir 30 April 2011.

Apa mereka nak buat dengan semua coli yang telah terkumpul? Kesemuanya akan disalurkan kepada "unfortunate and disadvantage community or to disaster relief centers locally and at the national level."

Jadi, tunggu apa lagi. Be A Green Warrior to Protect Mother Earth! Begitulah baru Cosmo!

1 comment:

mizzura said...

tak pernah terfikir bra pun boleh di derma...interesting!


|Malay Wedding Ekspo @ Mid Valley|