Wednesday, July 11, 2012

Relaks Di Rumah Bersama Jojo Struys



Cosmo bukanlah maksudkan kamu boleh bawa Jojo Struys balik ke rumah untuk temankan kamu tenangkan fikiran ya… Aktiviti relaxation sudah menjadi trend sekarang ini, sebab itulah Jojo Struys - pengacara TV, pelakon dan columnist yang terkenal sebagai health enthusiat ini melancarkan CD relaxation yang dihasilkannya sendiri untuk bantu kamu relakskan tubuh selepas seharian penat di pejabat, rumah mahupun kolej.
Jojo Struys
Kajian oleh The American Society of Hypertension mendapati mendengar muzik yang tenang selama 30 minit sehari boleh mengurangkan tekanan darah tinggi. “Ada banyak kajian tentang muzik relaxation. Hospital di seluruh dunia pun dah mula gunakan terapi muzik untuk kurangkan rasa sakit dan rasa bimbang pesakit,” kata Jojo. Muzik menenangkan ini juga boleh bantu legakan otot-otot yang tegang dan mengumpul aura positif. Jadi buat kamu yang tengah stress dengan masalah cinta atau kerja yang bertimbun, cuba ambil masa untuk relakskan diri dengan mendengar muzik ini sambil melakukan senaman ringkas atau yoga. (Selak Cosmo halaman 136 edisi Julai untuk langkah senaman mudah!)
Langkah pertama yang kamu kena buat adalah dapatkan CD Letting Go with Jojo Struys yang mempunyai enam trek audio khas untuk bantu kamu atasi stress dan kembali positif seperti trek After a Long Day. Bila singgah ke mana-mana cawangan Starbucks untuk beli kopi, belilah sekali CD ini dengan harga RM27. Jika kamu gunakan kad Starbucks, kamu boleh belinya dengan harga RM19.90 saja. Best, kan?

No comments: