Wednesday, July 11, 2012

Sesi “Mengopi” Di rumah!




Coffee Bean Tea Leaf Bar
Kamu jenis yang tak boleh “hidup” tanpa kopi dan mesti minum sekurang-kurangnya sekali sehari? Haa, ini mungkin produk paling sesuai untuk kamu: Mesin pembancuh kopi CBTL dari Coffee Bean yang hanya menggunakan kapsul. Memang sesuai sangatlah untuk kamu yang sentiasa sibuk dan always on-the-go kerana mesin ini adalah “life savior” yang bakal menjadi “BFF” kamu semasa bekerja mahupun ketika chill out di rumah.
Mesin kopi jenis Kaldi
            Apa kata kamu lari ke Coffee Bean berdekatan sekarang dan dapatkan satu untuk tukar rumah atau pejabat kamu menjadi kedai “kopi mahal”! Kamu boleh pilih sama ada mahukan The Contata (13.75”L x 7”W x 10.5”H) yang berharga RM880 atau The Kaldi, (14.75”L x 7”W x 10.5”H) yang berharga RM980. Terdapat pelbagai jenis kopi espresso, kopi brew dan teh, jadi kamu boleh pilih dan minum mengikut mood: Sewaktu bekerja, relaks dan lepak bersama kawan-kawan. Dengan harga hanya RM21, kamu dapat 10 jenis kopi, espresso dan teh berlainan rasa. Jadi tidaklah kamu bosan dengan satu perisa saja!


Cara mudah nak guna:

Vanilla Latte (Hidangan: 12 oz)
Tuang susu ke CBTL Milk Frother ke tahap maksimum dan panaskannya menggunakan frother wand. Sebatikan CBTL kapsul Espresso ke dalam cawan dengan menekan butang “Small Cup”. Masukkan paket French Deluxe Vanila. Tambah susu frothed ke dalam cawan ¼ inci bawah rim dan tambah foam untuk hasil yang lagi best!

Café Mocha (Hidangan: 12 oz)
Tuang susu ke CBTL Milk Fronter ke tahap maksimum dan panaskannya menggunakan frother wand. Sebatikan CBTL kapsul Coffee ke dalam cawan dengan menekan butang “Large Cup”. Masukkan paket Special Dutch Chocolate. Masukkan susu frothed ke dalam cawan ¼ inci bawah rim dan tambah foam untuk kopi yang “kaw”!

Espresso panas, yummy!
Cara mudah gunakan CBTL


No comments: