Seperti baru-baru ni, jenama botol plastik yang happening, BROS telah adakan kempen Hydrate, Tag & Go. Angkat tangan siapa kena "serbu" dengan duta mereka? Sewaktu kempen tu, team duta BROS telah adakan sesi jelajah dan siapa yang kena "terjah" diberi satu botol air BROS (bestnya!) dan penerima kena bergambar dengan pasukan sorak mereka, kemudian download gambar tu ke FB BROS dan tag lima kawan dalam gambar itu. Agak menarik juga cara mereka nak sebarkan manfaat dan kesedaran on drinking water.
Cosmo suka sebab menerusi kempen sebegini, kamu boleh mulakan tabiat bawa botol air sendiri ke mana2 saja. Just one bottle that can last you a lifetime! Bukan saja dapat manfaat minum air untuk pastikan tubuh sentiasa hydrated, pada masa sama, kamu jadi gadis Cosmo yang bijak berjimat (tak perlu beli air mineral kerap kali) dan sayangkan alam sekitar. Siapa kata nak buat benda baik ni susah? Harap2 kamu pun dah memulakannya...
Koleksi terbaru BROS, cantiknya! |
Antara "mangsa" serbuan team BROS. |
So, enjoy your weekend. Dan kalau keluar melepak atau berekreasi tu, bawalah botol air sendiri k.
No comments:
Post a Comment